Apabila Isteri Mula Panggil Nama Suami, Petanda Tak Baik Tu! Apa Yang Suami Dah Buat Salah?

Apabila isteri mula memanggil nama suami, dan tidak lagi menggunakan panggilan manja, apalah agaknya nasib suami tersebut? Jaga-jaga ya. Ada buat salah ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila pasangan membuat kesilapan sikit mesti ada saja sejenis ‘treatment’ yang diberi. Baik ‘silent treatment’, cara layanan juga cara panggilan yang tiba-tiba berubah. Tiba-tiba tiada panggilan manja? Oh sudah! apa yang anda dah lakukan?

Buat pasangan yang dah lama berkahwin memang boleh baca lah dari segi perubahan layanan ini. Malah tak sempat nak diberi layanan dingin, dengan cara panggilan pun dah boleh agak, tiada lagi panggilan manja?

Bagai bahasa universal pula, apabila panggilan nama pertama selalu diklasifikasikan sebagai panggilan dingin. Sama seperti memanggil anak, jika si ibu mula memanggil nama penuh anak, sudah tentu boleh tahu anak itu bakal ditimpa masalah. 

Isteri memanggil nama pertama suami, tanda dia marah?

Tular di media sosial baru-baru ini, video tiktok seorang wanita memanggil suaminya yang sedang makan dengan panggilan nama pertamanya. 

Terus berubah wajah si suami, pucat lesi jadinya. Sempat disemaknya kalender untuk melihat jika dia terlupa tarikh penting. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tujuan si isteri hanyalah ingin mengusik namun cukup lucu melihat reaksi si suami. Ha, mana tahu kot memang ada kesalahan yang disembunyikan sebab itulah bukan main risau reaksinya. 

Kalau isteri marah apa suami patut buat

  1. Peluk dan cium isteri 

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

Sentiasa buat isteri rasa dihargai itu yang terbaik. Seharian menguruskan rumah tangga, ada ketikanya isteri akan berasa penat. Mana nak layan suami, anak-anak, mengemas rumah, basuh baju dan pelbagai lagi. Ini yang membuatkan isteri ada ketikanya rasa stres dan nak marah.

Jadi apabila anda melihat isteri sedang dalam keadaan tertekan dan marah-marah, pergilah belakang isteri dan peluk erat bahunya. Panggilnya dengan panggilan manja.

  1. Bawa ke shopping mall 

Kalau nak tahu, isteri ini ada egonya juga. Pendek kata kalau gaduh dia saja nak menang. Tak mahu mengaku kalah. 

Jadi bila dia tengah marah tu ajaklah dia keluar berjalan, pergi mall dan belanja dia makan ais krim ke, tudung sehelai ke. Senang tau sebenarnya nak pujuk isteri ni. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Membeli ikut kehendaknya

Mesti ada yang kata mengada-ngada point yang ketiga ini. Tapi sebenarnya untuk tips hadapi isteri pemarah, suami perlu mengikut kehendaknya.

Cubalah anda renungkan apakah nilai pengorbanan seorang isteri yang tak ternilai dengan wang ringgit anda. Dia yang bertarung nyawa melahirkan anak dan menguruskan rumah tangga.

Jadi tak ada salahnya untuk anda belanja isteri mengikut keperluan yang dia mahukan. Pasti isteri rasa berterima kasih layanan istimewa suami itu secara tak langsung terus tak jadi nak marah. 

  1. Tolong jadi ‘suri rumah’ sehari 

Bila melihat isteri seolah menjeling-jeling anda dengan sanggul tingginya dan muka masih lagi masam mencuka, apa kata anda take over semua benda dalam rumah.

Pasti isteri rasa seronok dengan bantuan sedikit suami itu dan terus tak jadi nak marah selepas terlalu penat menguruskan hal rumah. Seronokkan macam ini? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sentiasa lemparkan senyuman manis

Jangan main-main dengan amarah seorang isteri. Lagi-lagi kalau dia tengah tension dengan macam-macam hal.

Mana nak siapkan kerja pejabat, hal rumah, perihal anak-anak dan macam-macam lagi. Jadi, bila anda melihat isteri tengah kusut dan marah-marah, suami cuba dengar setiap bebelannya (walaupun sakit telinga dengar).

Sebab isteri memang suka meluahkan apa yang dirasa jadi suami perlu menjadi pendengar terbaik dan buat-buat senyum pasti isteri akan rasa sedikit cair kelak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Twitter Shuhaiza Nadia

Baca juga: