Panggilan Untuk Suami Dalam Islam Buat Pasangan Rasa Dihargai & Dihormati Selalu

Panggilan untuk suami dalam islam sememangnya digalakkan untuk mengambil hati suami sendiri selain menambahkan rasa cinta dan sayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panggilan yang mesra boleh menyemai kasih sayang di antara suami isteri, sekaligus menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga dengan panggilan untuk suami dalam Islam yang membuatkan suami lebih merasa dihormati dan disayangi.

Nama Panggilan Untuk Suami Dalam Islam

1. Habibi

Dalam bahasa Arab, Habibi atau Habibie bermaksud kesayangan atau kekasih. Panggilan Habibi adalah panggilan romantis yang diberikan oleh isteri kepada suami.

2. Abi

Anak-anak biasanya memanggil orang tuanya dengan panggilan ini. Abi bermaksud “indah”. Jadi, apabila isteri memanggil dengan nama panggilan Abi dapat menggambarkan betapa suaminya seorang pasangan yang sangat sempurna.

3. Ya Qalbi

Ya Qalbi bermaksud wahai hatiku di dalam bahasa Arab. Anda boleh menggunakan panggilan ini untuk memanggil suami atau isteri.

Ia amat menyentuh hati dan membuatkan perasaan  menjadi berbunga-bunga apabila isteri memanggil dengan panggilan mesra, betul tak?

4. Eini

Orang Arab kerap memanggil pasangan mereka dengan panggilan “Eini”. Eini membawa maksud ‘mataku’ atau ‘penglihatanku’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masyarakat Arab, mata tidak hanya dianggap sebagai organ penting, tetapi juga bahagian tubuh yang amat berharga dan memancarkan keindahan.

Oleh itu, memanggil suami dengan nama panggilan “Eini” menunjukkan bahawa suami amat berharga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Hubby

Hubby ialah panggilan sayang untuk suami dalam bahasa Arab. Asal kata Hubby adalah kata hubun yang bermaksud cinta.

Malah, dalam Bahasa inggeris pula Hubby bermaksud suami.

Memanggil suami dengan nama panggilan untuk suami dalam islam merupakan tanda hormat isteri kepada suami sebagai ketua keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, sebagai isteri, tidak salah untuk mengambil hati suami dan meraih pahala dengan menggunakan panggilan yang penuh kasih dan hormat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Nama Bayi Dalam Islam Yang Memberi Maksud Baik-Baik

Baca juga: 50 Nama Panggilan Tersayang Unik, Buat Hubungan Suami Isteri Makin Romantis, Sayang Sentiasa

Baca juga: 200+ Nama Anak Perempuan Malaysia Islam Dengan Erti Yang Indah (Huruf K-Z)

Penulis

Noorhidayah