Ramai ibu bapa yang memberikan paracetamol tablet untuk anak terutamanya ketika mereka demam panas yang mencecah 38 darjah celcius.
Contohnya seperti kejadian yang telah menimpa seorang kanak-kanak lelaki dua tahun ini, yang telah diberikan ubat paracetamol oleh ibu dan ayahnya hingga dia mengalami kerosakan hati kerana melebihi dos yang sepatutnya diambil bagi seorang budak yang masih kecil.
Apa yang berlaku benar-benar memberi tamparan hebat kepada keluarga ini kerana pada mulanya mereka merasakan memberikan paracetamol tablet untuk anak itu dapat meringankan demam panas, tapi lain pula yang terjadi.
Memberi paracetamol tablet untuk anak hingga menyebabkan kerosakan hati
Semasa kanak-kanak lelaki ini tiba di Hospital Phu Tho Town di Vietnam, dia kelihatan mengantuk, demam tinggi 38 darjah celcius, sukar bernafas dan denyutan jantung menjadi laju.
Setelah dirawat oleh beberapa orang doktor pakar, mereka mengatakan bagi menyelamatkan kanak-kanak ini dia perlu menjalani pemindahan hati.
Menurut doktor lagi, keadaan ini boleh dielakkan jika ibu dan ayahnya tahu dos yang sewajarnya diberikan pada anak yang berumur 2 tahun 3 bulan.
Mengaku beri 500 miligram paracetomal pada anak
Selepas disoal siasat oleh doktor, ibu bapanya mengaku memberikan anak lelaki mereka 500 miligram pil paracetamol dalam masa empat hari bagi mengurangkan demam panas yang dialami anak mereka.
Atas sebab itu, budak lelaki ini didiagnosis dengan metabolic acidosis akibat keracunan paracetamol yang diambil overdose.
Lantas setelah itu, doktor menggunakan segala rawatan yang sewajarnya bagi membantu kanak-kanak ini bernafas dengan baik namun keadaannya semakin teruk lalu koma kerana kegagalan hati yang dialami.
Ternyata doktor terpaksa memaklumkan kepada ibu bapanya anak lelaki mereka memerlukan pemindahan hati untuk meneruskan kehidupannya seperti kanak-kanak normal yang lain.
Menurut Dr Phan Hong, insiden serupa telah berlaku tahun lepas apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital akibat kes yang sama.
Beliau menambah, kanak-kanak yang diberikan ubat panadol atau ubat demam overdos adalah sangat berbahaya hingga boleh mengakibatkan kesan yang amat serius.
Oleh yang demikian, ibu bapa dinasihatkan perlu mendapatkan nasihat pakar bagi memastikan dos ubat yang betul diberikan pada anak sekiranya mereka demam. Paling tidak, bawa mereka berjumpa doktor jika tidak sihat.
Bahkan, apabila anak mengalami keracunan paracetamol ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, kerosakan pakreas dan kematian.
Tips: Bagaimana nak tahu jika anak mengambil ubat dengan dos yang betul
- Baca label di setiap ubat sebelum beri pada anak.
- Tahu berat badan anak
- Cek dos ubat anak setiap kali ingin memberinya pada mereka.
- Pastikan ubat belum sampai tarikh luput
- Tanyakan sebarang soalan pada doktor sekiranya anda tidak pasti tentang dos ubat tertentu
Justeru, bagi kanak-kanak satu bulan hingga 12 tahun, mereka disarankan mengambil 15 mg paracetamol atau panadol yang boleh diberikan setiap empat hingga enam jam dan tidak boleh melebihi empat dos dalam masa 24 jam.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Kidspot
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comdos-paracetamol