Pasangan Dari Jepun Berkahwin Selama 37 Tahun Memakai Pakaian Sedondon Setiap Hari

Sepasang suami isteri dari Jepun telah mendapat pengikut media sosial yang besar dengan menyiarkan foto-foto comel mereka memakai pakaian yang sedondon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepasang suami isteri dari Jepun telah memperolehi jumlah pengikut yang ramai di media sosial mereka apabila mereka selalu menyiarkan foto-foto comel memakai pakaian yang sedondon saban hari.

https://www.instagram.com/p/BRAho5gjSAX/?taken-by=bonpon511&hl=en

Foto-foto fesyen sedondon pasangan comel telah menjadi hit di Instagram, dengan lebih daripada 80,000 orang yang mengikuti perkembangan terkini mereka.

Mereka mengendalikan akaun bernama Bonpon511 di Instagram yang dipercayai merujuk kepada kedua-dua nama Kristian mereka dan tarikh mereka berkahwin.

https://www.instagram.com/p/BOt4DMXjUsa/?taken-by=bonpon511&hl=en

Pasangan 60-an yang bergaya ini sentiasa memastikan pakaian mereka melengkapi antara satu sama lain, dan menggelarkan pakaian mereka sebagai “couple fashion goals“.

“Satu pasangan yang cantik berpakaian sedondon,” tulis seorang peminat.

“Anda berdua begitu cantik dan ia sangat menakjubkan untuk mengetahui yang anda telah kekal berkahwin selama ini. Apa rahsia anda untuk mendapatkan hubungan bahagia?”

“Kalian [adalah] inspirasi. Saya sukakannya; saya pasti anda berdua berasa seronok melakukannya, “tulis follower yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://www.instagram.com/p/BNmLo2Mh8Us/?taken-by=bonpon511&hl=en

Kalau anda dan pasangan sama-sama gemarkan fesyen, mungkin anda boleh ambil inspirasi daripada pasangan ‘otai’ dari Jepun ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan mempunyai minat dan hobi yang sama, pasti hubungan romantis suami isteri akan lebih utuh dan mesra!

Rencana diterjemahkan daripada The Telegraph

Gambar dari Instagram Bonpon511

Penulis

Michelle Goh