Kejam! Kanak-Kanak 6 Tahun Dirogol & Dibunuh Ketika Keluar Membeli Jajan

Ibu mana yang tidak patah hati mendapat tahu berita anaknya telah dirogol dan dibunuh ketika keluar untuk membeli gula-gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tidak patah hati mendapat tahu berita anaknya telah dirogol dan dibunuh dalam sekelip mata?

Inilah yang terjadi kepada seorang ibu di Afrika Selatan apabila anaknya yang berusia enam tahun diperkosa dan dibunuh ketika dia keluar membeli gula-gula dan sebungkus roti kering dari kedai.

Mayat Inathi Mhlahlo yang separuh bogel ditemui di semak berhampiran rumahnya di bandar Mdantsane, Afrika Selatan, hanya lima jam selepas dia hilang.

Ditikam di leher

Kanak-kanak malang itu dijumpai dengan keadaan kesan tikaman di lehernya dan seluar, seluar dalam dan kasutnya dilucutkan. 

Ibunya yang patah hati Thandiwe menceritakan bagaimana gadis kecilnya bermimpi menjadi model atau doktor ketika dia lebih tua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia mengatakan bahawa anak perempuannya memintanya untuk mengejutkannya dengan hadiah dalam perbualan terakhir mereka.

Menurut laporan Mirror, Thandiwe memberitahu DispatchLive, “saya tidak mempunyai jawapan. Nyawa anak kecil saya telah diambil dengan kejam. Dalam perbualan terakhir kami, dia mengatakan bahawa saya harus mengejutkannya dengan hadiah. Patah hati saya setiap kali saya ingati.”

Polis Afrika Selatan telah melancarkan siasatan bagi mencari perogol dan pembunuh kejam itu. 

“Ketika dia menginginkan sesuatu dari saya, dia akan memanggil saya chommie, bukan mommie,” ujar Thandiwe dengan patah hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Thandiwe menerangkan bagaimana dia hanya mengetahui bahawa anak perempuannya hilang ketika dia pulang dari kerja pada hari Isnin petang.

Tuan kedai tidak nampak kelibat mangsa

Kakaknya, Phaphama mengatakan, keluarga itu terus mencari kanak-kanak berusia enam tahun itu setelah dia gagal pulang dari kedai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka tidak dapat menemuinya di tempat biasa dan mula panik ketika pemilik kedai yang dia pergi mengatakan bahawa dia tidak melihatnya.

Penduduk tempatan lain semua bersatu dalam usaha mencari Inathi, sehingga keluarga tersebut menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa dia telah dijumpai.

Phaphama berkata: “Sebuah panggilan datang untuk mengatakan bahawa saya mesti membawa selimut. Kami fikir dia masih hidup ketika kami bergegas ke hospital. Kami terkejut mengetahui bahawa dia sudah meninggal dunia. Dia mengalami luka tikaman di bahagian atas badannya.”

Saudara mara keluarga itu hadir dan memanggil gadis kecil itu dengan namanya di hospital dengan harapan dia akan bangun, namun punah harapan mereka. 

Siasatan polis sedang dijalankan, walaupun belum ada tangkapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tingkatkan keselamatan anak-anak

#1. Jangan pernah biarkan anak keluar seorang diri

Tidak kiralah anda menetap di kawasan yang selamat mana pun, jangan sesekali membiarkan anak kecil anda keluar seorang diri. Dengan dunia yang sering dibanjiri berita jenayah kejam, anda sudah tentu tidak mahu keluarga anda menjadi mangsanya. Ambil langkah-langkah keselamatan yang maksimum lebih-lebih lagi di musim pandemik ini. Jadikan waktu ini untuk anda dan keluarga kekal duduk di rumah melakukan aktiviti. 

#2. Ajar anak untuk menjerit sekiranya orang tidak dikenali memegang mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin bagi anda ia terlalu dramatik tapi percayalah ia sangat penting dalam menjamin keselamatan anak-anak kita. Lagi-lagi untuk anak yang berjalan kaki sendirian ke sekolah. Jangan ambil selesa dengan rutin anak-anak kita. Walaupun selama ini tiada kejadian berlaku, namun langkah-langkah keselamatan perlu diambil.

#3. Bekalkan pepper spray (semburan lada)

Sentiasa bekalkan pepper spray untuk anak jika mereka keluar seorang diri. Kalau boleh jangan biarkan anak keluar berseorangan namun jika keadaan terdesak bekalkan mereka senjata yang selamat untuk mereka bawa. Ajari anak cara menggunakan pepper spray dan bila waktu yang perlu untuk mereka gunakan.

#4. Kenalkan anak dengan jiran-jiran

Faham di zaman sekarang ini, ibu bapa memang sibuk dengan bekerja mengurus anak-anak, sehingga tiada masa untuk beramah mesra dengan jiran-jiran. Tapi sebenarnya penting untuk kita saling mengenali jiran-jiran juga untuk mereka kenali kita sekeluarga. Sekiranya anak anda keluar kemana-mana, terjadi apa-apa anda punyai saksi di sekeliling. Malah jika penjenayah nampak anak anda berteguran dengan orang sekeliling mereka akan berasa ia satu risiko untuk mengapa-apakan anak anda. 

Sumber: Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-10-bulan