Benarkah Ibu Bersalin Czer Kalau Makan Ikan Haruan Parut Boleh Melekat Dengan Usus?

Sama ada ikan haruan segar atau pati ikan haruan untuk ibu bersalin pembedahan perkara ini sering menjadi isu. Mengapa ia jadi isu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan ikan haruan sering menjadi perdebatan sama ada ia boleh dimakan oleh ibu selepas bersalin pembedahan. Sama ada ikan haruan segar atau pati ikan haruan untuk ibu bersalin pembedahan perkara ini sering menjadi isu.

Mengapa ia menjadi isu? Apa yang menyebabkan perkara ini sering disebut-sebut hingga menimbulkan tanda tanya kepada ibu yang bersalin dengan cara pembedahan?

Ada juga yang keliru. Puncanya adalah kerana mereka takut usus melekat. Tahukah anda apakah nama perubatan perkara yang berlaku ini? 

Pati ikan haruan untuk ibu bersalin, berbahaya?

Menurut Dr Imelda Balchin, perkara yang sering dikatakan tisu melekat atau usus melekat adalah adhesions. Katanya, kebanyakan adhesions berlaku disebabkan pembedahan, di mana parut yang sembuh tu terlekat kepada tisu lain.

Katanya, kita hanya boleh diagnose dan tahu ada adhesions jika kita buat pembedahan semula dan nampak ada adhesions di bahagian  itu.

Jika tidak tengok di dalam, kita tidak kan tahu. Katanya ultrasound scan juga tidak boleh nampak adhesions ini. Apa yang kita nampak bila kita masuk tengok kat dalam ialah perlekatan tisu di antara dua permukaan. 

Perlekatan tisu hanya nampak apabila pembedahan dibuat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan dengan ultrasound pun tidak boleh mengesan perlekatan ini, hanya dengan pembedahan seterusnya saja boleh dikesan. Menurut Dr Imelda, disebabkan itu jika hanya ada pembedahan sekali lagi perkara ini dapat dikesan kerana individu tidak merasa sakit atau tidak selesa.

Katanya perlekatan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan di pelbagai keadaan tempat termasuklah:

  • Perlekatan antara pundi kencing dan rahim
  • Perlekatan antara dinding abdomen dan rahim
  • Perlekatan antara lemak omentum dan dinding abdomen
  • Perlekatan antara usus dan ovari
  • Perlekatan antara usus dan lemak omentum
  • Perlekatan antara usus dan usus

Adakah adhesions akan timbulkan gejala? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada perlekatan yang nipis senipis kapas, ,dan ada perlekatan yang sangat tebal seperti parut besar. 

Kebanyakannya tidak memberi gejala atau masalah, tetapi 3 dalam 100 adhesions boleh

menyebabkan ‘small bowel obstruction’
iaitu adhesions yang di luar usus itu mengepit usus dan menghalang perjalanan makanan di dalam usus sehingga tersekat di dalam usus.  

Ini memerlukan pembedahan untuk membuang adhesions. Selepas pembedahan kadangkala adhesions itu akan datang semula tetapi tidak semuanya memberi komplikasi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini bermakna, ramai orang ada adhesions selepas pembedahan tetapi tidak tahu ada adhesions sebab tidak rasa sakit, tetapi dapat tahu ada adhesions jika perlu buat pembedahan baru dan kemudian doktor bedah mengesan perkara berkenaan di tempat pembedahan yang lama. 

Siapa yang berisiko? 

Menurut Dr Imelda, secara purata dua dalam tiga orang ada adhesions selepas pembedahan. Lebih banyak kali dibedah, lebih teruk adhesionsnya.

Disebabkan itulah doktor tidak suka lakukan pembedahan banyak kali termasuklah pembedahan Caesar!

Risiko untuk mendapat kecederaan usus atau pundi kencing disebabkan adhesions parut lama semasa kita buat Caesar itu berlaku kepada 1 dalam 1000 pembedahan Caesarean Section.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi jika anda pernah ada lebih dari 3 kali pembedahan Caesar, risiko mendapat kecederaan kepada pundi kencing atau usus meningkat kepada 10 dalam 1000 pembedahan Caesar.

Jika ada masalah keradangan seperti endometriosis, boleh dapat parut adhesions tanpa apa-apa pembedahan. Sebab bila sembuh dari keradangan, ia boleh meninggalkan parut.

Sebab inilah doktor Gynae akan menasihatkan anda merawat endometriosis dari awal, dan jangan tunggu sampai jadi teruk sehingga dapat banyak adhesions dan menjejaskan kesuburan. 

Kalau dapat jangkitan seperti pelvic inflammatory disease, pun dapat parut adhesions tanpa apa-apa pembedahan. Sebab bila sembuh dari infection, ia boleh meninggalkan parut. Jika parut itu berada di dalam saluran tiub falopio dan inilah penyebab kelahiran di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Boleh atau tidak makan ikan haruan?

Menurut Dr Imelda, ramai pesakit di United Kingdom, akan mendapat adhesions selepas pembedahan walaupun tidak pernah makan ikan haruan kerana di negara berkenaan tiada ikan jenis itu.

Jadi menurutnya, (toksahlah  tuduh ini semua angkara makan ikan haruan). Ini bermaksud, adhesions bukanlah angkara ikan haruan. 

Justeru katanya jika pesakitnya bertanya, sama ada selepas caesarboleh makan ikan haruan atu sebaliknya, beliau berkata terpulang. Beliau tidak memaksa atau melarang. 

Dari segi protein, katanya bukan ikan haruan saja yang ada proterin, kerana untuk kesembuhan apa yang penting makan makanan berkhasiat dan seimbang. Tetapi harus berhati-hati dengan produk yang diproses seperti pati atau kapsul yang tidak diketahui semua kandungannya dan apa-apa pun jangan berlebihan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

Baca juga: 5 Tip Untuk Pembedahan Caesarean Yang Lebih Selamat

Penulis

Lala Annuar