Suami Bina Patung Mendiang Isteri Untuk Sama-Sama 'Hadir' Housewarming Rumah Impian

Seorang ahli perniagaan sanggup berbelanja untuk membina patung silikon mendiang isterinya yang sudah meninggal dunia pada 2017 untuk masuk rumah baharu.

Dalam dunia yang kita rasakan kejam kini, ternyata masih wujud lagi cinta sejati. Buktinya, baru-baru ini seorang ahli perniagaan sanggup berbelanja untuk membina patung silikon mendiang isterinya yang sudah meninggal dunia pada 2017. Memang kasihnya dan sayang isteri hingga ke akhir hayat. 

Beliau berbuat demikian bagi membolehkan 'isterinya' itu hadir housewarming rumah baharu mereka iaitu rumah impian isterinya.

Tindakan lelaki ini sangat menyentuh perasaan hingga mendapat lika dan ribuan perkongsian di laman Twitter kerana cintanya yang mendalam terhadap isteri hingga sanggup berbuat demikian.

Patung silikon isteri teman masuk rumah baharu

Kredit foto: hindustantimes

Katanya, rumah baharu itu adalah impian isterinya, tetapi dia terlebih dahulu meninggal dunia sebelum sempat melihat rumah itu siap dibina. 

Mungkin pada orang lain ia adalah sekadar patung, tetapi pada lelaki itu ia adalah 'isterinya' dan mahu bersama-sama berkongsi kegembiraan berpindah ke rumah baharu. Patung itu memang nampak real, seolah-oleh manusia sebenar!

"Saya sangat gembira kerana dapat bersama kembali dengan 'isteri' di rumah baharu ini kerana ini adalah rumah impiannya," katanya menurut laporan hindustantimes.

Isteri lelaki berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan pada Julai 2017.  Patung berkenaan dibuat daripada silikon dan ia dibina di rumah lelaki berkenana oleh seorang pereka dari Bengaluru.

Difahamkan, pereka berkenaan mengambil masa setahun untuk menyiapkan patung isterinya itu. Pada mulanya dia bercadang mahu membuat patung lilin, tetapi atas nasihat pereka berkenaan ia dibuat dengan silikon bagi memastikan ia tahan lama dengan keadaan cuaca panas di sana. 

Bagaimana cara dia layan isteri, begitulah akhlaknya

Kredit foto: Baituljannah

Dalam alam rumah tangga, banyak dugaan harus ditempuhi. Bukan mudah hidup dalam berumah tangga, tetapi jika tolak ansur dan kasih sayang menjadi kuncinya, pasti pasangan dapat melayari bahtera dengan sebaiknya.

Sebagai suami memang wajib anda menghargai isteri. Selain itu, adab antara pasangan haruslah dijaga untuk memastikan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menghuraikan lelaki yang memiliki sifat terpuji adalah golongan yang bersifat baik terhadap isteri.

Menurutnya, keluarga adalah kemuncak pengukuhan agama dalam diri seseoran. Sehubungan itu, katanya amat penting bagi lelaki sebagai ketua keluarga, berbuat baik terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapa, apatah lagi dalam situasi mencabar sekarang.

"Kemuncak akhlak adalah berbuat baik kepada isteri. Hendak tahu seseorang itu baik atau tidak, lihat bagaimana dia bercakap dan melayan isterinya... Itulah Islam yang sebenarnya," katanya.

#1. Bercakap elok dengan isteri

"Bagaimana kita bercakap dengan isteri, itulah Islam. Bagaimana kita bercakap dengan emak, ayah dan anak-anak itulah juga Islam.

"Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, saat kita peluk keluarga kita, rahmat mencurah-curah terhadap kamu.

"Apabila sedang bersedih atau ada masalah, kita peluk isteri, anak atau emak dan ayah, rahmat mencurah-curah kepada kamu."

#2. Kebahagiaan datang dari keluarga bahagia

Kebahagiaan datang daripada keluarga yang bahagia. Katanya, ramai orang hidupnya kelam-kabut. Dia tidak ingat sebelum dia keluar rumah, dia memaki isterinya.

"Isterinya lemah tidak boleh menjawab. Disebabkan itu, doa yang dilihat oleh Allah adalah doa orang lemah.

"Isteri kuat mana pun kalau suaminya marah, dia akan menjadi lemah. Jadi, orang seperti ini tampak seperti tiada kuasa. Namun, orang seperti ini, kalau mendoakan untuk keluarga, ia akan jadi berkat.

"Orang yang sayang, hormat dan jaga kepercayaan serta menguruskan isterinya dengan baik, nanti Allah akan memberi rezeki mencurah-curah.

"Disebabkan itu, kalau suami dan isteri mahukan sesuatu yang sama, mereka akan cepat dapat kerana satu hati yang meminta," katanya.

#3. Jangan malu tunjukkan kasih pada isteri

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda siapa yang memberi contoh yang baik, akan beroleh pahala.

"Tak salah kalau suami yang memasak dan sapu rumah. Tidak jadi hina pun kalau suami pergi membuang sampah, memuji isteri kita dan sebagainya.

"Kadang-kadang orang anggap itu baik tapi itulah agama dalam diri kita.

"Hidup kita untuk reda Allah, alang-alang kahwin biarlah kita sampai bawa isteri kita ke syurga."

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Berita Harian, hindustantimes

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar