Pavilion Reit Malls Raikan Aidilfitri Dengan Keunikan Warisan Budaya, Ibu Ayah Jom Ke Sana!

Pavillion reit malls terdiri Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall dan Da Men Mall meraikan kemeriahan Aidilfitri tahun ini dengan keunikan warisan budaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun raya tahun ini tidak memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung, namun jangan berduka kerana Pavilion REIT Malls sedia menghiburkan hati anda sekeluarga dengan sambutan perayaan penuh budaya dan tradisi.

Berbeza dengan tahun sebelum ini, pihak Pavilion REIT Malls menjanjikan kenikmatan dengan suasana hiasan yang cukup mengagumkan, variasi makan tradisional dan pilihan membeli belah sempena musim perayaan ini.

Pavilion REIT Malls meraikan hari raya Aidilfitri dengan cara berbeza

Sekiranya anda menetap di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, kehadiran anda ke tiga pusat membeli-belah ini adalah sangat dinantikan sempena Aidilfitri tidak lama lagi. 

Alami suasana perayaan dengan sambutan ‘Riang Riuh Raya’ di Pavilion Kuala Lumpur, selami keindahan wau tradisional Malaysia di Intermark Mall dengan ‘Wau Raya’ dan raikan Aidilfitri bersama-sama di ‘Muhibbah Mesra Raya’, Da Men USJ.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion REIT Malls, Dato’ Joyce Yap, seluruh masyarakat dijemput mengunjungi pusat membeli-belah ini bagi menikmati hiasan yang indah dan memanjakan diri dengan pelbagai hidangan.

Pihak Pavilion REIT MALLS berusaha melaksanakan kempen perayaan bagi menggembirakan para pengunjung dan dalam pada masa sama menyerlahkan warisan budaya yang ada dalam negara kita.

”Kami amat berharap agar perayaan tahun ini mewujudkan penghargaan, optimisme dan aura positif melalui penyerlahan warisan budaya yang ditampilkan,” jelasnya.

#1. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur dengan tema ‘Riang Riuh Raya’ menampilkan warisan, budaya dan tradisi Malaysia. Pusat membeli-belah ini dihias dengan motif bunga serta warna reka bentuk mosaik yang terang.

Bahagian centre court turut mempersembahkan sebuah taman perayaan yang meriah dengan pelbagai kuntuman bunga dan lampu tradisional. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’, pihak Kementerian telah menyediakan Malaysian Marketplace untuk para usahawan tempat mengetengahkan produk mereka.

Selain itu, Spritzer The Original Rainforest Water turut berada di bahagian pintu masuk utama sehingga 23 Mei ini. Mereka turut mengambil peluang mendidik para pengguna akan kepentingan mengitar semula, memelihara hutan hujan dan sumber air yang asli di Malaysia.

Anda juga boleh menebus Spritzer Natural Mineral Water dan Acilis secara percuma serta mengitar semula botol yang telah habis digunakan di mesin kitar semula disediakan.

Hal yang paling menarik adalah anda berpeluang menerima Paket Raya Eksklusif Pavilion KL dengan perbelanjaan minimum RM150 atau RM100 menggunakan kad kredit atau caj Maybank.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baucar RM20 diberikan dengan perbelanjaan minimum RM250, baucar RM50 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dan baucar RM300 diberikan kepada pengunjung yang membelanjakan RM3,000 dalam satu resit.

#2. Intermark Mall

Para pengunjung berpeluang menyelami wau dengan rekaan oleh pembuat wau yang memenangi anugerah, Razi Said di Intermark Mall. Difahamkan wau ciptaannya dihiasi dengan corak bunga yang rumit sehingga memerlukan 3,200 jam untuk disiapkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‘Wau Raya’ kini sedang berlangsung sehingga 23 Mei 2021. Anda boleh mendapatkan sajian raya kegemaran di Raya Delectables Fair oleh Jaya Grocer di Concourse Floor. 

Pembeli yang berbelanja RM500 dalam dua resit terkumpul boleh menebus hadiah Pyrex, baucar tunai untuk makanan bernilai RM50 dan satu set paket Hari Raya ekslusif Intermark Mall.

Pengunjung yang membelanjakan RM300 dalam dua resit boleh mendapatkan tudung Bacarat dengan harga RM50 (harga biasa RM139). Manakala perbelanjaan sebanyak RM200 ke atas dalam satu resit dari 3 Mei hingga 9 Mei boleh menebus baucar tunai RM10 Grandmama secara percuma.

#3. Da Men USJ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Da Men USJ meraikan Muhibbah Mesra Raya yang mengetengahkan keindahan seni anyaman tradisional Malaysia. Bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri, anda boleh ke Muhibbah Mesra Market yang terletak di lower ground floor. 

Dengan perbelanjaan minimum RM180 dalam dua resit gabungan seluruh pusat membeli-belah, pengunjung berpeluang memenangi kraftangan anyaman eksklusif, barang dagangan dan baucar tunai dalam Lucky Pick Contest.

Anda juga boleh mendapatkan sebuah Slow Cooker Keluli Tahan Karat jenama Faber pada harga RM70 (harga biasa RM109), jag cerek elektrik jenama Faber pada harga RM90 (harga biasa RM169) atau penyembur pembasmi kuman tangan berjenama Nextgen pada harga RM1 (harga biasa RM19.90) dngan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit.

Bukan itu sahaja, bagi perbelanjaan minimum RM180, pengunjung dapat menikmati sesi foto 15 minit secara percuma dalam pakaian tradisional Turki di Blue Eyes bersama diskaun RM20 dengan sejumlah RM100 yang dibelanjakan di dalam kedai.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Sedang Mencari Keperluan Aidilfitri? Ayuh Ke Fahrenheit 88, Banyak Pilihan Menanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan