Wanita Keluar Susu Dari Vulva Akibat Tisu Ektopik, Ini Kes Sangat Jarang Berlaku!

Bagi yang baru menyusukan anak pasti ada yang hairan mendapati ada benjolan di ketiak. Tahukah anda tentang payudara aksesori?

Payudara aksesori, juga dikenali sebagai polymastia, merupakan keadaan di mana seseorang wanita mempunyai benjolan yang menyerupai payudara (tidak sempurna).

Bagi wanita yang menyusukan anak, payudara tambahan ini ada juga yang boleh melakukan laktasi atau mengeluarkan susu!

Tetapi kes yang berlaku kepada seorang ibu di Austria, apabila tisu payudara tambahan ini ditemui di vulva, kawasan sensitif bagi wanita. Pelik tapi benar.

Wanita Terkejut Kerana Berlaktasi Melalui Vulva

Wanita berusia 29 tahun itu beru melahirkan anak ke-2 apabila dia mengadu sakit akibat bengkak di bahagian kanan vulvanya. Pada mulanya, doktor beranggapan dia hanya mengalami komplikasi akibat jahitan selepas bersalin, namun hakikatnya ia merupakan sesuatu yang lebih pelik!

Wanita itu berkata 4 hari selepas bersalin, pembengkakan mulai berlaku dan dia menyedari terdapat pelepasan cairan “putih susu” dari kawasan itu. Malah perkara sama pernah terjadi ketika dia bersalin anak pertamanya.

Doktor kemudian mengesyaki wanita itu mempunyai tisu payudara “ektopik”, atau tisu payudara yang ditemui di kawasan tubuh selain payudara, dan tisu itu boleh berlaktasi.

Malah ia terbukti benar apabila doktor melakukan ultrasound pada bahagian tersebut. Cuma yang anehnya, ia berada pada vulva dan bukannya bahagian yang kebiasaannya seperti ketiak, atau bawah payudara.

Ibu tersebut walau bagaimanapun dalam keadaan baik selepas proses pembuangan tisu tersebut dilakukan. Dr Richard Mayer, dari Jabatan Ginekologi, Obstetrik dan Endokrinologi Ginekologi di Hospital Universiti Kepler di Austria, yang merawat pesakit tersebut berkata dia tidak pernah melihat kes seperti ini sebelum ini.

Apakah Itu Payudara Aksesori?

Sekitar 1% hingga 5% bayi perempuan dilahirkan dengan tisu payudara ektopik atau payudara aksesori namun tisu payudara ektopik selalunya berlaku di kawasan ketiak.

Dalam sesetengah kes, wanita mempunyai tisu payudara tambahan dengan puting atau isola (kawasan berpigmen yang mengelilingi puting) atau tidak sama sekali.

Apabila wanita mempunyai tisu payudara ectopic tanpa puting atau areola, keadaan ini biasanya didiagnosis semasa hamil, dan lebih mudah untuk dikesan. Namun ada juga kes di mana tisu lebihan ini boleh menjadi kanser.

Terdapat garis panduan khusus untuk merawat tisu payudara ektopik, tetapi tisu itu boleh dikeluarkan jika ia jelas kelihatan atau  ia menyebabkan ketidakselesaan.

Penyebab Payudara Aksesori atau Polymastia

sumber: the insider

Polymastia biasanya berlaku dalam rahim semasa berlakunya pembesaran bayi. Semasa perkembangan normal, tisu payudara akan berkembang di sepanjang garis susu, dan tisu tambahan akan hancur dan diserap ke dalam badan.

Polymastia pula berlaku apabila tisu tambahan tidak hancur sebelum dilahirkan. Keadaan ini boleh diwarisi dan menjadi satu situasi dalam keturunan keluarga yang mengidapnya.

Dalam kes wanita tersebut doktor memberi pendapat yang walaupun kes sebegini jarang berlaku, tetapi kemungkinan ia terjadi pada wanita lain tetap ada. Segera rujuk pakar sekiranya anda mempunyai simptom pembengkakan, atau kelihatan pengeluaran cecair putih seperti yang dialami wanita tersebut.

Macam mana nak hilangkan bengkak susu?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: livescience

Baca juga:

https://my.theasianparent.compayudara-besar-sebelah-semasa-menyusu

Penulis

Beto Rahman