Kenapa Payudara Sakit Ketika Hamil? Ada Sebab Dan Cara Untuk Merawatnya Segera
Payudara bengkak ketika hamil merupakan salah satu simptom awal mengandung. Mandi air suam adalah salah satu cara melegakannya.
Semasa hamil, kebanyakan wanita akan mengalami perubahan fizikal tubuh dan juga perubahan emosi. Perubahan ini termasuklah kenapa payudara sakit ketika hamil.
Selain kerap rasa loya, keletihan, sakit badan dan spotting, ada beberapa lagi simptom lain yang dialami oleh wanita berbeza.
Isi Kandungan
Punca Sakit Payudara Semasa Hamil
Seperti gejala kehamilan, yang lain payudara sakit saat hamil adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Hormon estrogen dan progesteron, serta prolaktin (hormon otak yang dikaitkan dengan laktasi) meningkatkan aliran darah ke payudara dan menyebabkan perubahan pada tisu payudara untuk bersedia untuk penyusuan.
Ini akan membuatkan payudara menjadi lebih lembut dan sensitif. Pada ketika ini, bukan hanya payudara puting sakit saat hamil juga akan anda rasai.
Hormon dalam badan anda sedang menyediakan payudara anda untuk laktasi. Saluran susu semakin membesar dan meregang apabila ia dipenuhi dengan susu pada awal kehamilan.
Semua ini menyebabkan payudara anda menjadi lebih sensitif, terutamanya puting anda. Ini boleh menyebabkan anda tidak selesa.
Bila payudara menjadi sensitif, sebab itulah ramai ibu-ibu yang mengadu payudara sakit ketika hamil. Payudara anda mungkin berasa bengkak, sakit, menggigil dan luar biasa sensitif untuk disentuh.
Sesetengah wanita mendapati perasaan itu amat menyakitkan. Ada juga yang mengatakan sakitnya lebih teruk berbanding sakit payudara yang biasa dirasai sebelum haid.
Perubahan Lain Pada Payudara Semasa Hamil
Ada sesetengah ibu hamil akan keluar susunya seawal trimester ketiga. Ini sdalah apa yang mungkin berlaku kepada payudara anda pada setiap trimester.
A. Trimester Pertama
Minggu 1 hingga 12
Pada minggu pertama selepas persenyawaan, anda mungkin akan merasakan payudara dan puting lebih lembut dan sangat sensitif. Anda juga mungkin perasan yang payudara semakin berisi dan puting juga semakin menonjol.
Ini berlaku berikutan badan anda sedang melakukan transformasi besar untuk bersedia menerima kehadiran orang baharu. Keadaan ini mungkin akan beransur lega pada trimester kedua.
B. Trimester Kedua
Minggu 13 hingga 28
Semasa trimester kedua, payudara anda terus menjadi lebih besar dan lebih berat sehingga anda mungkin perlu membeli coli yang lebih besar dan lebih menyokong.
Anda juga boleh melihat lebih banyak urat yang kelihatan di bawah kulit anda, puting dan areola yang lebih gelap (kawasan sekitar puting anda), dan tanda regangan berkembang pada payudara, perut dan peha anda.
Seawal 16 hingga 19 minggu, payudara anda boleh mula mengeluarkan kolostrum, iaitu sejenis cecair likat berwarna kekuningan.
C. Trimester Ketiga
Minggu 29 hingga 40
Semakin hampir dengan saat bersalin, payudara akan menjadi lembut, puting sakit dan ia menjadi lebih sensitif. Pada ketika ini juga, mungkin ada ibu hamil yang sudah keluar susu awal iaitu kolostrum yang berwarna kekuningan.
Sebelum bersalin, tubuh wanita secara semula jadi mula bersedia untuk menyusu. Pada masa ini, pembengkakan payudara dan juga kebocoran juga boleh berlaku walaupun mungkin kelihatan seperti terlalu awal!
Keadaan ini tidak akan mengganggu keupayaan ibu untuk menyusukan bayi selepas bersalin. Selepas bayi dilahirkan, keadaan ini akan reda sendiri apabila ibu mula beri susu badan kepada si manja atau sekiranya susu kering.
Anda perlu rajin bersihkan puting anda. Apabila berlaku bengkak payudara ketika hamil, ibu jangan sekali-kali pam susu walaupun payudara mengalami kebocoran susu. Ini kerapa stimulasi puting boleh mencetuskan kontraksi awal untuk bersalin walaupun si ibu dan bayi masih belum bersedia.
Apa yang ibu boleh buat untuk redakan keadaan ini adalah dengan menggunakan pek sejuk, dengan meletakkan pada bahagian yang bengkak bagi mengurangkan rasa sakit.
Tetapi harus diingat ya ibu, tuam sejuk boleh dilakukan pada bila-bila masa namun elakkan melakukan tuam hangat apabila anda tidak menyusu kerana menyebabkan milk letdown dan penghasilan susu yang lebih banyak!
Cara Mengatasi Sakit Payudara Semasa Hamil
Buah dada sakit ini akan berlarutan disebabkan perubahan hormon yang berlaku tidak kiralah pada trimester pertama, kedua atau ketiga.
Jadi ada beberapa cara untuk anda mengurangkan payudara sakit saat hamil hamil trimester kedua dan payudara sakit saat hamil trimester ketiga.
1. Mandi Menggunakan Air Suam
Air suam dari pancuran mandian juga boleh mengurangkan kesakitan.
2. Mampatkan Dengan Air Batu
Pek sejuk pada payudara anda boleh melegakan ketidakselesaan. Lindungi kulit anda dengan membalut pek ais dalam kain dan tuam payudara anda.
3. Jangan Kerap Menyentuh Payudara Semasa Hamil
Payudara hamil lebih sensitif akibat perubahan hormon, jadi elakkan menyentuhnya secara berlebihan untuk mengurangkan rasa sakit dan iritasi.
4. Tukar Bra
Beli beberapa coli yang bagus, menyokong tetapi selesa. Ana mungkin akan merasa lebih tidak selesa dengan coli berwayar. Ini akan menyebabkan payudara dan puting anda jadi lebih sakit. Belilah coli yang diperbuat daripada kain kapas lembut dan berstruktur tanpa jahitan berhampiran puting.
5. Memakai Coli Semasa Tidur
Coli yang selesa memberikan sokongan tambahan, terutama jika payudara membesar. Pilih coli lembut dan elastik untuk membantu mengurangkan kesakitan, terutama ketika tidur mengiring.
6. Pakai Pakaian Yang Longgar
Jika pakaian terlalu ketat terutama di bahagian dada, anda akan rasa lebih sakit dan tidak selesa. Pakailah pakaian yang longgar.
Pastikan pasangan anda menyedari keadaan ini dan berhati-hati jika ingin bermesra dengan anda. Beritahu dia apa yang boleh disentuh dan caranya.
Berbincanglah dengan doktor anda jika kesakitannya semakin membuatkan anda tidak selesa.
Trimester Keberapa Akan Hilang
Perkara ini adalah perkara biasa pada trimester pertama, jadi mungkin buah dada sakit ini akan mula berkurangan pada trimester kedua dan ketiga.
Ketidakselesaan boleh kembali apabila laktasi bermula dan payudara anda beralih daripada menghasilkan kolostrum kepada menghasilkan susu yang lebih matang untuk bayi anda.
Satu lagi punca kesakitan boleh berlaku selepas bersalin dalam bentuk pembengkakan, yang bermaksud payudara anda membengkak dan mengeras dengan susu dan darah serta cecair tambahan yang masuk ke dalamnya.
Pembengkakan boleh berlaku bukan sahaja apabila susu anda mula-mula masuk, tetapi juga apabila anda berusaha untuk mewujudkan rutin penyusuan yang mantap.
Ia adalah perkara biasa, dan anda boleh cuba mengikut petua yang sama (seperti memakai coli yang menyokong dan menggunakan pemampat) untuk melegakan sedikit ketidakselesaan.
Kesakitan dan kelembutan payudara adalah perkara biasa dalam kehamilan dan sejurus selepas anda bersalin. Tetapi jika ia menjadi lebih teruk atau bertahan lebih lama daripada yang anda fikirkan, cuba dapatkan nasihat doktor anda. Dengan beberapa remedi cepat dan beberapa nasihat penyusuan awal, anda akan bebas kesakitan dalam masa yang singkat.
Anda mungkin merasakan sakit pada payudara dan puting anda sebaik sahaja satu hingga dua minggu selepas berlakunya persenyawaan.
Bila Perlu Jumpa Doktor
Sesetengah ketidakselesaan payudara dan puting adalah perkara biasa dikaitkan dengan kehamilan. Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin untuk gejala berikut:
- Sakit payudara yang mengganggu kehidupan
- Keputihan berdarah atau jelas keluar dari puting anda
- Ketulan di payudara anda
- Tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, nanah, atau demam
Selain itu, meneruskan pemeriksaan payudara sendiri semasa kehamilan adalah penting. Malangnya, semasa kehamilan, ia lebih sukar untuk dicapai kerana semua perubahan yang dialami oleh payudara anda.
Ada juga kes yang ibu hamil rasanya payudara nyeri sebelah kiri saat hamil atau sakit di bawah payudara sebelah kiri ketika hamil. Jadi boleh dapatkan nasihat doktor jika ia berlanjutan.
Payudara anda semakin membesar, lembut, dan kadangkala berketul-ketul. Masih penting bagi anda untuk memeriksa payudara anda semasa mengandung setiap 4-5 minggu.
Ketulan yang sangat biasa ditemui di kalangan wanita semasa mengandung ialah saluran susu tersumbat. Ini adalah ketulan merah, lembut untuk disentuh, keras pada payudara anda.
Cuba tuam suam payudara anda dan urutan lembut mungkin akan melancarkan saluran dalam beberapa hari. Jika anda tidak pasti ada benjolan baru, beritahu doktor anda untuk pemeriksaan selanjutnya.
Perlu diingat bahawa kanser payudara jarang berlaku di kalangan wanita di bawah umur 35 tahun. Jika anda merancang untuk melahirkan bayi dan berumur lebih dari 35 tahun, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk bertanya kepada doktor anda tentang mamogram sebelum anda hamil.
- medela.com (n.d) Breast changes from pregnancy to weaning. www.medela.com/breastfeeding/mums-journey/breast-changes-pregnancy-to-weaning
- National Institute of Child Health and Human Development (January 31, 2017). What are some common signs of pregnancy?. www.nichd.nih.gov/health/topics/pregnancy/conditioninfo/signs
- American Pregnancy Association (n.d) Breast Changes During Pregnancy. americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/changes-in-your-body/breast-changes-during-pregnancy/
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Spider Veins Pada Payudara: Mengapa Ia Lebih Menyerlah Semasa Kehamilan & Adakah Bahaya?
Baca juga: Abses Payudara: Bakteria Akibat Mastitis Yang Tak Dirawat, Ibu Jangan Ambil Mudah Bengkak Susu!
Baca juga: Tambah & Lancar Susu Badan Ibu Dengan Urutan Payudara Oketani, Ibu Menyusu Boleh Cuba Ya!