5 Cara Cegah Payudara Bengkak Lepas Bersalin, Elak Jadi Nanah Hingga Terpaksa Dibedah!

undefined

Ibu lepas bersalin memang tidak dapat dipisahkan dengan isu payudara bengkak. Kami kongsikan cara mencegahnya supaya anda lebih bersedia.

Ouch! Sakitnya hanya mereka yang pernah merasai saja tahu. Berdenyut-denyut hingga boleh buat demam jika payudara bengkak menyerang selepas bersalin.

Ada ibu yang sampai menangis menahan sakitnya rasa payudara bengkak ini. Denyutannya itu membuatkan para ibu tidak boleh/sukar untuk tidur pada waktu malam. Malah, kadang kala ada yang sehinggakan nak mengangkat tangan pun tak mampu.

Yang mendengar pun dah sakit, apa lagi yang merasainya sendiri. Aduhai. Bertahanlah mommies!

Apa Itu Payudara Bengkak? Bagaimana Boleh Terjadinya Keadaan Ini?

Payudara bengkak adalah keadaan ketika payudara seseorang wanita itu mempunyai kandungan susu yang terlalu banyak. Waktu ini, payudara si ibu akan menjadi lebih besar, lebih hangat serta lebih berat dan amat menyakitkan ketika menyusukan bayi.

Bengkak payudara ini kebiasaannya berlaku ketika dua hingga lima hari selepas bersalin dan kebiasaannya akan terjadi pada waktu tengah malam hingga ke Subuh. Tapi ada juga yang terjadi di waktu siang (mungkin juga kerana si ibu tidak menyusukan bayi atau tidak mengepam susu).

Sebab itulah bagi para ibu yang bekerja, amalan mengepan susu ini seharusnya membantu anda untuk mengurangkan bengkak susu ini.

Untuk first-time mommies, mesti panik kan? Jangan risau, dalam artikel ini anda akan dapat mengetahui segalanya tentang keadaan bengkak susu ini serta cara-cara terbaik untuk mengatasinya.

Yang penting, anda sudah bersedia sepenuhnya sejak hamil lagi supaya tidaklah terlalu terkejut apabila ia datang menyerang selepas bersalin nanti.

Apakah Simptom-simptom Payudara Bengkak?

Umum sedia maklum, apabila anda mula menyusukan anak, payudara anda akan menghasilkan kolostrum pada jumlah yang sedikit terlebih dahulu. Kemudiannya, jumlah ini akan bertambah untuk beberapa hari yang pertama.

Walau bagaimanapun, sekitar dua ke empat hari kemudian ianya akan mula menghasilkan susu pada kuantiti yang jauh lebih banyak.

Maka, inilah fasa di mana para ibu akan merasakan seperti susu sedang melimpah masuk ke dalam payudara.

Antara tanda/simptom yang perlu ada ketahui adalah:

  • Payudara bengkak, keras, ngilu dan sakit. 
  • Payudara bengkak teruk, ada merah-merah, panas dan ada benjolan keras bila disentuh. 
  • Puting menjadi bengkak dan areola juga mengeras hingga sukar bayi menyusu 
  • Kalenjar di bahagian ketiak membengkak dan sakit bila disentuh 

Namun begitu, bengkak susu tidak menyerang kedua-dua payudara kerana ada ketikanya ia hanya bengkak di bahagian areola atau ketiak saja. Kadang-kala, hanya sakit dan bengkak pada sebelah payudara sama ada kiri atau kanan.

Perlu diingatkan juga bahawa keadaan payudara bengkak ini bukan hanya disebabkan oleh jumlah susu yang jauh lebih banyak, malah ia juga disebabkan oleh aliran darah yang semakin lancar dan juga lebihan lymph fluid dalam tisu payudara anda.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Payudara Bengkak Lepas Bersalin?

Jangan panik. Ikuti langkah-langkah yang kami berikan ini.

Payudara bengkak

Kredit: liputan6

Ia terjadi disebabkan penghasilan susu yang menyebabkan ia menjadi bengkak, keras dan akhirnya menyakitkan. Payudara bengkak ini dikatakan lebih kerap berlaku apabila wanita mengalami kesukaran menyusukan anak.

Atau jika dia terpaksa dipisahkan dengan bayinya yang mengakibatkan payudara tidak dapat dikosongkan dengan secukupnya. Ada juga kes yang hingga bernanah dan ibu terpaksa menjalani perosedur pembedahan untuk membuang nanah.

Antara perkara yang mungkin boleh ibu hadapi jika dibiarkan adalah radang payudara, puting sakit dan merekah sekaligus menyebabkan bekalan susu kekurangan.

Ia akan mengakibatkan wanita mungkin berhenti menyusu kerana fobia dengan keadaan payudara yang amat menyakitkan. 

Ini 5 Cara Mencegah Payudara Bengkak Selepas Bersalin

Justeru, untuk ibu-ibu di luar sana, kali ini kami kongsikan cara untuk mencegah payudara bengkak yang biasa berlaku kepada semua ibu baru bersalin.

#1. Susukan anak 2 jam selepas bersalin

Payudara bengkak

Kredit: mstar

Selepas dua jam bersalin, anda dinasihatkan untuk terus cuba menyusukan anak yang mana cara ini dikatakan dapat mencegah terjadinya bengkak pada payudara ibu.

Ada yang mudah, dan tidak dinafikan ramai yang sudah ketika awal ini. Tapi perlu anda ingat, yang dihasilkan daripada payudara anda pada awal selepas bersalin ada kolostrum yang amat berkhasiat untuk bayi.

Jadi, cuba sedaya upaya untuk menyusukan anak dua jam selepas bersalin sekaligus dapat mengelak risiko mengalami bengkak pada payudara yang akan menyebabkan anda kesakitan dan tidak selesa untuk mengendalikan bayi anda.

Ia juga boleh menyebabkan demam yang mendatangkan bahaya kepada ibu lepas bersalin.

#2. Susukan Anak Dengan Lebih Kerap

Bayi baru lahir memang terkenal dengan sifat sukar tidur. Mereka seolah-olah masih berada dalam perut ibu walaupun selepas dua tiga hari dilahirkan.

Jadi anda perlu kejut bayi anda dan susukan mereka dengan lebih kerap. Ia juga penting untuk mengelakkan jaundis kerana ia akan keluar melalui sistem perkumuhan bayi.

Jadi adalah lebih baik untuk anda susukan anak dengan lebih kerap selepas bersalin iaitu sekurang-kurangnya berselang tiga jam.

#3. Pastikan Payudara Anda ‘Kosong’

Payudara bengkak

Kredit: bebi mil

Pastikan anda menyusu sehingga kedua-dua payudara kosong. Bagaimana untuk tahu payudara kosong? Anda tidak lagi rasa tegang atau rasa payudara penuh dan bengkak.

Jika anak sudah kenyang, anda boleh gunakan pam payudara untuk mengosongkannya dan simpan dalam peti sejuk. Selepas itu boleh dipanaskan seperti biasa untuk beri kepada bayi anda.

#4. Elakkan Daripada Penggunaan Botol

Perkara ini agak sukar bagi ibu yang bekerja. Tetapi bagi ibu yang tidak bekerja, anda mungkin boleh menyusukan bayi anda secara ekslusif tanpa menggunakan botol,

Ia bagi memastikan bayi anda mendapat kemahirna menghisap dengan sepatutnya. Tetapi jika ada kekangan dan anda wanita bekerja, anda perlu juga latih bayi untuk menggunakan botol. Tiada masalah pun sebenarnya.

Lebih mudah begitu kerana sekiranya ada kecemasan ia tidak akan membuatkan anda pening kepada untuk menyusukan bayi anda dan dia tetapi kenyang jika anda tiada disisinya.

#5. Sediakan Susu Yang Sudah Dipam

Gunakan pam untuk mengepam payudara anda dan buat stok susu. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka akan mengumpul stok susu untuk digunakan ketika mereka bekerja nanti.

Lebih mudah jika anda ada stok susu untuk anda yangbekerja dan hanya perlu menambah bekalan dari semasa ke semasa. Bagi memudahkan anda menyimpan stok sus, boleh gunakan deep freezer.

Urutan Payudara Bengkak/Urutan Untuk Mengeluarkan Susu

Setiap jenis penyakit ada penawarnya. Di sini kami turut menyediakan cara-cara untuk menghilangkan bengkak payudara yang boleh anda praktik ketika di rumah:

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam agar susu ibu lancar tapi jangan lebih dari tiga minit. 
  • Lakukan penyusuan secara rutin selama dua atau tiga jam. Jika bayi sedang tidur tapi susu tetap mengalir keluar, segera pam susu tersebut.
  • Mengurut payudara supaya susu ibu lebih lancar dan bantu kurangkan rasa sakit akibat membengkak.
  • Perah susu dengan tangan supaya areola tetap lembut.
  • Jangan pam susu terlalu kerap jika bayi kerap menyusu direct.
  • Tuam dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi.
  • Jangan guna bra kecil untuk mengelakkan saluran penyusuan tersumbat.
  • Makan ubat bagi kurangkan rasa sakit tapi harus dapatkan nasihat doktor dahulu.

Langkah Pencegahan Susu Bengkak

  • Segera susukan bayi selepas saja dilahirkan supaya bayi belajar menyusu sebelum payudara mengeras dan penuh 
  • Jangan guna botol susu terlebih awal. Biarkan si kecil belajar menyusu terus dari payudara ibu.
  • Jika susu ibu lancar, cuba menyusukan bayi dengan lebih kerap 8 ke 10 kali dalam 24 jam.
  • Sekiraya terasa payudara penuh segera pam terutama di waktu malam.
  • Biarkan bayi minum di satu payudara dahulu kemudian baru berpindah ke payudara yang sebelah pula.

Apakah Kesan Payudara Bengkak Jika Tidak Diberikan Rawatan Sepatutnya?

Walaupun pembengkakan payudara biasanya hilang dengan sendirinya dengan pengurusan yang betul, ia boleh menimbulkan masalah kepada ibu bapa dan bayi yang menyusu.

Risiko dan komplikasi biasa keadaan ini termasuk yang berikut:

Masalah Kepada Bayi

Tekanan daripada sandaran susu dalam payudara anda akhirnya boleh menyebabkan refleks let-down yang terlalu aktif. Aliran susu yang sangat laju boleh menyebabkan bayi anda tercekik seketika, tercekik dan menelan jumlah udara yang berlebihan semasa mereka cuba melekap dan menyusu.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa minit awal penyusuan, bayi anda biasanya telah menyedut susu yang mencukupi untuk mengawal alirannya dengan lebih baik. (Jika ini adalah masalah berulang, pam sedikit susu sebelum setiap sesi penyusuan.)

Bekalan susu yang rendah mungkin tidak kelihatan seperti hasil daripada pembengkakan, tetapi ia mungkin berlaku jika masalah itu berterusan. Pembengkakan menjadikan payudara anda penuh dan keras, yang boleh menyebabkan puting anda menjadi rata. Ini boleh menyebabkan selak yang lemah (apabila bayi anda mengalami kesukaran menyambung ke puting dengan betul).

Apabila susu kekal di dalam payudara, ia memberi isyarat kepada tubuh bahawa ia tidak diperlukan, yang sebenarnya melambatkan pengeluaran lebih banyak susu ibu.

Sesetengah bayi juga mungkin melakukan mogok kejururawatan semasa pembengkakan kerana kekecewaan daripada cuba melekap atau menghadapi kekecewaan yang kuat. Diketepikan bekalan susu yang rendah, ini sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan yang lemah dan menghakis keyakinan penyusuan.

Jika pembengkakan, bekalan susu yang rendah, atau selak yang lemah berterusan atau anda mempunyai sebarang masalah kesihatan payudara yang lain, dapatkan nasihat daripada doktor, pakar pediatrik dan/atau perunding laktasi anda.

Masalah Kepada Si Ibu

Ramai wanita akan meninggalkan hospital dalam masa beberapa hari selepas bersalin, jadi pembengkakan payudara selalunya bermula di rumah. Memandangkan pembengkakan payudara begitu menyakitkan, tidak dijangka dan menyebabkan kesukaran untuk melekap, ia merupakan punca biasa keadaan penceraian susu (weaning) buat bayi anda.

Segelintir menjangkakan penyusuan susu ibu adalah mudah tetapi sebenarnya untuk memiliki kebiasaan menguasainya sebenarnya agak mencabar, terutamanya kerana kesusahan seperti pembengkakan payudara boleh menyebabkan si ibu berasa ia tidak mencukupi, kecewa atau kehilangan. Ketahuilah bahawa ini bukan salah anda dan ini adalah isu biasa.

Selain ketidakselesaan dan cabaran penyusuan yang disebabkan oleh pembengkakan payudara, ia boleh membawa kepada isu yang berpotensi serius, termasuk blebs yang menyakitkan (lepuh menutupi bukaan puting), saluran susu tersumbat, puting sakit atau mastitis.

Oh ya, sila dapatkan nasihat doktor anda untuk memastikan anda mempunyai diagnosis yang betul bagi mencegah dan menangani komplikasi ini, kerana sesetengah daripada mereka, seperti mastitis, memerlukan rawatan di luar pengurusan kejururawatan.

Berunding dengan perunding laktasi juga boleh membawa perubahan.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Selepas berhenti menyusu, apa terjadi pada payudara anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!