Payudara Rasa Sakit, Pedih & Tegang? Salah Satu Tanda Anda Mungkin Hamil!

lead image

Ramai ibu hamil yang mengadu payudara rasa sakit, pedih dan tegang semacam. Selain itu saiz baju dalam pun bertukar. Anda mungkin hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang mungkin masih lagi tertanya-tanya atau keliru dengan tanda hamil. Kali ini kami kongsikan tanda kemungkinan anda hamil salah satunya termasuklah payudara rasa sakit atau pedih.

Tidak dinafikan ramai wanita yang mendirikan rumah tangga, keliru dan tidak tahu bahawa mereka sedang hamil anak pertama kerana tidak pernah melalui pengalaman itu.

Sekiranya wanita merasa badan tidak sihat, mereka hanya pergi klinik dan makan ubat tanpa memikirkan mereka hamil. Apatah lagi tanda kehamilan setiap wanita itu berbeza-beza pengalamannya.

Payudara rasa sakit, pedih? Anda mungkin sedang hamil

Kebiasaanya wanita hanya akan periksa kehamilan mereka mengunakan ujian kit kehamilan apabila sedar tarikh datang bulan mereka agak lambat daripada kebiasaan.

Sudah banyak kes kita dengar, wanita tidak sedar sedang hamil berbulan-bulan lamanya hinggalah merasa tubuh badan mereka agak berisi pada bahagian perut.

Hal ini sebenarnya bahaya buat janin dalam kandungan kerana wanita hamil perlu mengambil suplimen vitamin seperti asid folik, kalsium dan iron.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi wanita yang dah berkahwin, wajib tahu tanda-tanda awal diri sedang hamil supaya ia tidak berbahaya untuk anda dan bayi selain mengurangkan risiko kecacatan bayi.

Kami kongsikan tanda yang anda mungkin sedang berbadan dua:

#1. Lambat datang haid

Ini merupakan tanda umum yang diketahui semua wanita yang dah berumah tangga. Proses ini terjadi apabila janin terbenam pada dinding rahim ibu lalu menyebabkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) dirembeskan.

Hormon ini dianggap sebagai hormon yang menjaga kehamilan dan dapat mengelakkan berlaku proses ovulasi atau haid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sekiranya anda ada berhubungan seksual dan terlambat tarikh datang bulan kira-kira lima hingga tujuh hari, cuba lakukan ujian UPT. Bagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah wanita mempunyai tarikh haid yang tidak tetap atau berlakunya terlambat datang haid kerana ketidakseimbangan hormon.

#2. Payudara rasa sakit, tegang 

Ramai wanita mengakui merasakan perubahan ini sebelum disahkan hamil. Ibu hamil mengadu payudara mereka rasa bengkak dan membesar daripada kebiasaan.

Selain itu, rasa pedih, nyeri dan tidak selesa. Manakala putting pula rasa lebih sensitif walaupun terkena baju yang dipakai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah tiga bulan, ada juga wanita mendakwa muncul garis-garis urat sekitar puting susu dan kawasan areola menjadi sedikit gelap dan melebar.

Ini disebabkan perubahan hormon kehamilan yang mengalirkan darah menuju ke kawasan tersebut untuk mempersiapkan proses produksi susu ibu.

#3. Muntah dan mual

Ramai memanggil muntah dan mual ini sebagai morning sickness. Sedangkan ia tidak hanya berlaku pada waktu pagi, tapi boleh juga berlaku bila-bila masa sahaja. Ia selalu berlaku pada awal trimester pertama dan berkurang sebaik masuk trimester kedua.

Mual terjadi kerana adanya hormon kehamilan dan peningkatan hormon estrogen. Jadi ibu pastikan berehat dan dapatkan nutrisi sebagainya untuk perkembangan janin.

Simptom muntah yang teruk ini juga boleh menyebabkan sesetengah ibu mengalami penurunan berat badan yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Hidung jadi sensitif

Ini antara tanda yang dialami dibenci oleh ibu hamil. Ini kerana bila hidung jadi sensitif, secara tiba-tiba terasa ingin muntah.

Selalunya ibu alah bau makanan, minyak wangi, bau busuk dan sebagainya. Ada jugak yang tak tahan bau suami sendiri . Keadaan ini juga menyebabkan ibu hamil sukar untuk masak pada awal kehamilan dek kerana sensitif terhadap bau-bauan.

Selain itu, hidung juga tidak tahan sejuk dan rasa tidak selesa di hidung yang teramat apabila berada dalam keadaan sejuk seperti berhawa dingin atau di tanah tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Kram perut, muncul sedikit pendarahan

Kredit: news.pabii.co

Sesetengah ibu melalui rasa kram pada perut pada awalnya kerana proses implantasi embrio. Tanda itu turut datang dengan sedikit pendarahan. Pendarahan ini tidaklah banyak hanya setitis dua darah yang berwarna merah kekuningan atau kecoklatan.

#6. Rasa letih, mengantuk

Ini antara simptom yang dialami ramai ibu. Ini disebabkan perubahan hormon dan pertumbuhan janin dalam perut buat ibu terasa penat dan asyik hendak tidur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: 16 Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Mudah Dikenal Pasti!

Penulis

Lala Annuar