Selepas berhenti menyusu, apa terjadi pada payudara anda?

Jika anda hendak tahu, sebenarnya, sel susu di dalam payudara anda sendiri yang akan 'memakan' sel susu lain. Begitu juga sel epithelial yang 'memakan' jirannya. Inilah yang terjadi selepas anda berhenti menyusu badan si kecil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti ibu-ibu perasan yang bermula saat hamil, bentuk payudara mulai berubah. Dan perubahan ini terus berlaku sepanjang tempoh penyusuan anak.

Tetapi, tahukah anda apa yang terjadi apabila tempoh penyusuan berakhir?

Iyalah, sepanjang tempoh penyusuan, payudara anda menjadi besar akibat susu yang penuh.

Namun apabila berhenti menyusu, produksi susu juga terhenti. Pasti anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada anatomi payudara anda.

Sedikit tentang payudara, sebenarnya, payudara umpama gumpalan tisu lemak yang mempunyai rangkaian saluran.

Sel epitelial yang menyelaputi saluran-saluran ini akan dikejutkan oleh hormon yang membentuk struktur seperti bebola kecil yang dikenali sebagai alveoli.

Alveoli ini yang akan menghasilkan susu untuk bayi setelah mereka lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa terjadi selepas anda berhenti menyusu badan?

Dan apabila anda berhenti menyusu, akan terjadinya pengumpulan sel mati di dalam payudara anda.

Jadi, sistem imunisasi akan memainkan peranan untuk ‘membersihkan’ payudara anda.

Source: Thebump.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain membersihkan sel mati yang terkumpul, sistem imun anda juga bertindak membersihkan lebihan susu yang ada dan anda mungkin mengalami phagocytosis iaitu kesan trauma akibat proses ini.

Jika anda hendak tahu, sebenarnya, sel susu di dalam payudara anda sendiri yang ‘memakan’ sel susu lain.

Begitu juga sel epithelial yang ‘memakan’ jirannya. Bagi memastikan payudara anda ‘bersih’.

Kajian dari Universiti Sheffield di UK

Nasreen Akhthar dari Universiti Sheffield telah membuat satu eksperimen di mana dia telah mendapati protein memainkan peranan yang sama penting seperti menghasilkan susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia telah mengeluarkan protein yang dipanggil Rac 1 daripada tikus terpilih dan mendapati payudara tikus tersebut bengkak kerana penuh dengan susu.

Rac 1 juga meningkatkan mobiliti sel mati supaya proses penjanaan semula sel berlaku lebih cepat. Rac 1 memastikan payudara tidak bengkak.

Malah, ia juga menyediakan payudara untuk menghasilkan susu lagi semasa kehamilan yang seterusnya.

Menarik bukan apa yang badan anda boleh lakukan?

Jadi ibu-ibu, tidak perlu takut dengan apa akan terjadi pada payudara anda selepas berhenti menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, terdapat banyak senaman yang boleh dilakukan bagi mengembalikan payudara anda kepada bentuk asal atau lebih menarik.

Anda mungkin juga berminat dengan perkongsian tentang : 

Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur

Sumber: momjunction

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma