Pedoman Enfagrow A+ untuk Membesarkan Anak Secara Holistik Sempena Ramadan Ini

Kempen “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan” dilancarkan sempena Ramadan Al-Mubarak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan Ramadan yang mulia memberi kita ruang dan peluang untuk membuat renungan serta memperbaiki diri kita dari pelbagai sudut. Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Enfagrow A+ pada hari ini melancarkan kempen istimewanya “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan”.

Kempen ini bermatlamat untuk menggalakkan para ibu bapa saling bertukar pandangan serta membimbing mereka dalam usaha untuk membesarkan anak-anak secara holistik, tidak menumpukan kecemerlangan dalam akademik semata-mata, tapi juga dalam keutuhan moral.

“Pelancaran kempen Enfagrow A+ ‘Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan’ ini amat bermakna bagi kami sempena Ramadan Al-Mubarak kerana kami ingin berada di samping perjalanan ini bersama para ibu bapa dan membantu mereka menyemai nilai-nilai positif dalam anak-anak mereka, di samping memperkukuhkan lagi hubungan sesama mereka.

Di Enfagrow A+, kami ingin menjadi tonggak sokongan buat para ibu bapa dalam perjalanan mereka untuk membesarkan anak-anak. Bersama-sama, kami berharap untuk membina sebuah asas yang kukuh lagi lengkap yang menekankan kepentingan perkembangan mental (IQ) serta perkembangan emosi (EQ),” sebut Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Mead Johnson Nutrition bagi Malaysia, Singapura, dan Vietnam.

Ramadan mempersembahkan peluang kepada ibu bapa untuk menunjukkan teladan yang baik, dan seperti melentur buluh dari rebungnya, peluang ini juga boleh diambil untuk menyemai nilai-nilai murni semasa mereka masih lagi kecil, sama ada dengan berpuasa bersama-sama, merapatkan hubungan silaturahim semasa iftar atau menunjukkan keihsanan kepada anggota masyarakat yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nur Fazura, ibu selebriti yang menghadiri majlis pelancaran kempen ini turut berkongsi, “Setiap tahun saya menantikan ketibaan Ramadan, dan kini penantian saya lebih bermakna bersama anak saya, Nur Fatima. Bulan istimewa ini bukan sahaja mencungkil semangat kekeluargaan, namun juga membantu mengukuhkan nilai jati diri kita. Saya berharap Fatima akan membesar dengan keutuhan moral yang tinggi, berupaya untuk membuat keputusan yang baik serta menangani situasi yang mencabar.

Enfagrow A+ merupakan pilihan yang saya yakini untuk memastikan Fatima dapat membesar dengan asas yang bertepatan, dengan terkandungnya khasiat-khasiat penting seperti Membran Globul Lemak Susu (MFGM) dan amaun DHA yang disarankan oleh pakar untuk memberi anak saya kelebihan dalam proses pembangunan IQ dan EQ agar masa depannya lebih cerah.”

Bukan mudah untuk menyemai nilai moral pada usia yang muda, tapi ia dapat dimulakan dengan mengambil langkah yang tepat dalam proses tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar. Kunci untuk membesarkan seorang anak secara holistik adalah dengan membangunkan IQ dan EQ mereka menerusi bimbingan ibu bapa serta pembekalan khasiat yang betul.

IQ merupakan kemahiran kognitif yang dapat membantu kanak-kanak dari sudut akademik manakala EQ merupakan kebolehan untuk mengenal pasti, menilai dan mengawal emosi diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang kanak-kanak yang mempunyai keseimbangan yang baik dalam kemahiran IQ dan EQ akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dalam aspek pemahaman dan kesedaran kendiri, termasuk memori untuk belajar, memahami dan menyimpan maklumat dengan lebih cepat.

Jika tahap IQ yang tinggi mampu membuahkan gred akademik yang cemerlang, EQ yang tinggi pula mampu membuahkan kejayaan dari sudut sosial dan emosi. Apa yang menariknya ialah EQ juga didapati dua kali ganda lebih penting berbanding IQ, kerana EQ mencakupi 67% daripada keupayaan yang diperlukan untuk prestasi lebih cemerlang dalam kalangan pemimpin. [1]

Berbekalkan semangat bulan Ramadan, kempen “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan” juga membawakan sebuah peraduan dengan hasrat untuk mengumpul dana bagi tabung “Dana Sepenuh Harapan”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi tabung kebajikan ini, Enfagrow A+ ingin menyokong dan meningkatkan kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta membantu para ibu bapa menunaikan impian anak-anak mereka dengan memenangi aneka hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Titian Kaseh bagi menunjukkan sokongan kepada rumah-rumah kebajikan ini atas keihsanan mereka untuk menjaga dan melindungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini serta menyalurkan sumbangan kepada tabung kebajikan tersebut, setiap perbelanjaan minimum bernilai RM45 yang dibuat bagi pembelian Enfagrow A+ akan memberi anda satu (1) entri dalam peraduan ini.

Hantar penyertaan anda dan jawab satu soalan yang mudah melalui WhatsApp lalu RM2 akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan tersebut bagi pihak anda. Setiap entri memberi peluang kepada ibu bapa untuk merealisasikan impian anak mereka menerusi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000!

Butiran lanjut mengenai cara untuk mengambil bahagian serta menyumbang kepada Dana Sepenuh Harapan boleh didapati di laman sesawang serta laman Facebook Enfagrow Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bimbingan ibu bapa dari segala segi di samping nutrisi yang optimum adalah mustahak untuk membina asas yang kukuh dalam diri seorang kanak-kanak.

Peranan nutrisi seharusnya tidak dipandang enteng kerana hasil klinikal membuktikan ia mampu memberi kesan yang signifikan pada anak yang masih kecil sebab pertumbuhan fizikal dan mental mereka akan berlaku dengan cepat di fasa ini:

  • MFGM dalam susu membantu sel otak berhubung, yang menjurus kepada daya pembangunan mental yang lebih baik, khususnya bagi kawalan emosi dan tingkah laku yang merupakan kualiti teras dalam kecerdasan emosi (EQ) bagi anak kecil. Sebuah kajian yang melibatkan penilaian oleh ibu bapa menunjukkan kanak-kanak prasekolah yang diberi formula susu diperkayakan dengan MFGM selama 4 bulan mampu mengawal tingkah laku dan emosi mereka dengan lebih baik berbanding kanak-kanak yang diberi formula susu biasa. [2]
  • DHA ialah sejenis asid berlemak omega-3 dan merupakan komponen struktur yang utama dalam tisu otak. Ia memainkan peranan yang penting dalam komunikasi antara sel otak, yang mustahak bagi pembangunan kemahiran intelektual, motor, emosi/sosial dan komunikasi.
  • DHA dan MFGM berfungsi bersama untuk menambah baik keupayaan pembangunan otak dalam kanak-kanak.

EQ akan dicorak melalui interaksi anak-anak dengan ibu bapa dan pengasuh mereka. Berikut merupakan antara kaedah yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mengasah kemahiran EQ anak mereka:

  • Bantu anak anda mengenal pasti, melabel, dan memahami emosi mereka. Ibu bapa boleh memanfaatkan kosa kata emosi menerusi perkataan seperti “gembira”, “marah” dan “teruja” kerana kaedah ini mampu mengasah kemahiran literasi dan kesedaran emosi kanak-kanak terhadap diri mereka dan orang lain.
  • Dengar, fahami, dan tunjuk empati. Antara keinginan yang terbenak dalam lubuk hati anak kita ialah keinginan untuk didengari, dan dengan mendengar luahan mereka tanpa meremehkan pengalaman mereka, serta dengan menunjukkan empati, anak anda akan berasa lebih diterima dan selesa untuk meluahkan perasaan mereka kepada anda.
  • Jadi suri teladan. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak belajar dengan melihat dan meniru tingkah laku ibu bapa mereka, oleh itu, tunjukkan teladan yang anda ingin anak anda contohi.
  • Ajar mereka menangani cabaran. Meskipun penting untuk anak-anak kita meluahkan emosi yang terpendam, tapi tidak kurang pentingnya juga untuk mereka belajar mengawal diri serta mencari solusi bagi sesuatu masalah. Dengan mengajar teknik bernafas atau mekanisme lain untuk menangani cabaran, ia dapat memperkasakan anak anda dengan kemahiran untuk mengawal perasaan mereka dengan lebih baik.

Penafian: Maklumat yang dikongsikan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi bagi kanak-kanak berusia lebih satu (1) tahun sahaja. Ia seharusnya tidak ditafsirkan sebagai nasihat perubatan, ataupun digunakan untuk tujuan diagnosis atau rawatan. Rujuk pakar perubatan sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, dan lakukannya segera jika berlaku kecemasan.

Rujukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Goleman, D (1998). Working with Emotional Intelligence. New York, NY Bantum Books
  2. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752. Diperoleh dari: www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via%3Dihub

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia