Bila berbicara mengenai aspek perkembangan anak memang tidak akan ada penghujungnya. Hal ini kerana seiring bertambahnya usia, pasti ada sahaja tingkah laku si manja yang baru dan membuatkan ibu ayah keliru termasuklah sikap anak suka pegang kemaluan ketika lampinnya dibuka!
Persoalannya, wajarkah si manja bertindak demikian? Lebih-lebih lagi apabila ada tetamu atau saudara-mara yang datang ke rumah. Tentu sahaja anda terpaksa menahan tebal muka dan meminta anak segera menghentikan perbuatan berkenaan.
Normalkah anak suka pegang dan bermain dengan kemaluannya?
Sebelum menjelaskan lebih lanjut mengenai masalah ini, ibu ayah hendaklah mengetahui perkembangan perilaku seksual anak. Seperti aspek perkembangan yang lain, perilaku seksual seorang anak juga mengalami perubahan bermula bayi sehinggalah dewasa.
Perkembangan seksual tersebut tidak hanya dalam aspek perubahan tubuh secara fizik, tetapi juga pandangan atau pemikiran anak mengenai hal-hal seksual.
Secara umumnya, beberapa perkara berikut merupakan contoh perilaku seksual yang terjadi pada anak usia dua hingga enam tahun, iaitu:
- Memegang atau menggosok anggota kemaluannya di rumah atau tempat awam
- Ingin buka pakaian sehingga telanjang
- Ingin duduk bersama dengan orang lain terutamanya berlainan jantina
- Suka menunjukkan kemaluan pada orang lain
- Cuba menyentuh bahagian kemaluan adik-beradik
Faktor yang mendorong anak bertindak demikian
#1. Rasa ingin tahu
Pada dasarnya perilaku tersebut muncul akibat rasa ingin tahu anak yang sedang membesar akan anggota tubuhnya, termasuklah alat kelamin. Mereka masih kecil, tentu sahaja tidak mampu untuk mengutarakan keinginannya dengan jelas.
Bukan itu sahaja, perkara ini adalah normal dan wajar terjadi pada anak yang berusia 2 hingga 6 tahun.
#2. Untuk hilangkan rasa gatal
Menurut ahli keibubapaan di Head Start Programme, Stephanie Brown mengatakan tindakan si kecil bermain dengan alat kelaminnya adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan, kecuali mereka berdepan masalah kesihatan.
”Menyentuh, menggaru atau menarik bahagian kemaluan adalah aktiviti normal untuk anak lelaki atau perempuan. Mereka melakukannya mungkin kerana rasa lebih selesa atau untuk menghilangkan rasa gatal,”
#3. Rasa kenyal
”Kebanyakan si kecil mungkin akan ketagih untuk kerap memegang kemaluan mereka memandangkan bentuk zakar sebelum disunat mempunyai lapisan kulit luar yang jika dipegang, ia rasa kenyal-kenyal.” katanya.
Biasanya anak akan berhenti pegang kemaluan ketika ibu ayah mengingatkan mereka atau perhatiannya dialihkan dengan aktiviti yang lain.
”Sediakan sesuatu yang boleh dimainkan seperti buku atau alat permainan kegemarannya. Kemudia, ibu ayah boleh menasihati akan risiko kesihatan bakal terjadi sekiranya dia berterusan menyentuh alat kelaminnya dengan bahasa mudah,” kata Brown.
Namun apabila anak sering bermain atau pegang kemaluan ini sehingga tidak dapat dialihkan perhatiannya lagi, mereka mungkin akan menjadi marah ketika diminta berhenti atau tindakannya tersebut menyebabkan berlaku iritasi dan luka pada alat kelamin.
Ini yang patut anda waspada kerana beberapa tindakan tersebut akan cenderung kepada masalah perilaku seksual dan hendaklah ibu ayah mengatasinya dengan segera.
Tips berdepan anak suka pegang alat kelamin
- Kekal bertenang
Ketika anda melihat si manja bermain dengan kemaluan, jangan terburu-buru memarahinya. Perkataan yang kasar dengan nada tinggi hanya akan membuatkan anak berasa bingung dan takut. Yakinkan diri anda bahawa ini adalah sebahagian daripada perkembangan anak kecil.
- Guna bahasa sederhana dan tepat
Jelaskan kepada anak tentang bahagian-bahagian tubuh secara sederhana dan boleh difahami. Sebut menggunakan nama sebenarnya, bukanlah bebird atau pipit. Sebagai contoh ketika memandikan anak, ibu boleh katakan ”Ini tangan adik, ini mata adik dan ini kemaluan adik.”
Ini adalah untuk mengelakkan si manja keliru dan memiliki pemahaman yang baik terhadap anggota tubuhnya.
- Tetapkan peraturan
Ajarkan anak bahawa kemaluan adalah milik peribadinya sendiri, dia dan ibu ayah sahaja boleh menyentuhnya ketika perlu memandikan atau menukarkan lampin.
Ingatkan si manja anda untuk tidak mempamerkan bahagian sensitif ini di hadapan khalayak umum, didik anak tentang aurat dan rasa malu. Contohnya ajarkan mereka pakai tuala selepas mandi dan tidak membuka pakaian di hadapan orang lain.
Sumber: Klikdokter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comproses-membaca