Ada Hubungan Dengan Lelaki Dalam Kerjaya Ini, LUPAKAN Mereka Ini Bikin Masalah!

Kerjaya lelaki yang berisiko untuk mengalami masalah dalam hubungan, orang perempuan kena lebih berhati-hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biar betul pekerjaan di Malaysia ini ada hubung kait dengan perhubungan lelaki dan perempuan. Benarlah orang kata, cinta itu buta yang mana ertinya tidak memandang selain perasaan itu sendiri.

Mungkin istilah tersebut benar, namun faktanya cinta tak cukup jika berdasarkan perasaan semata-mata.

Walaubagaimanapun menjadi lumrah bila kita mencari suami atau isteri, kita pasti bertanyakan apakah pekerjan mereka? Adakah dia seorang ahli perniagaan, pekerja swasta, pekerja kerajaan ataupun tak ada kerja?

Aduhai, kalau tak bekerja itu sebab malas mungkin dia langsung tak ada dalam pilihan untuk menjadi suami. Minta jauhlah kan dapat suami pemalas. Nanti anak dan isteri nak makan apa di rumah, betul tak?

Namun begitu, mengikut pekerjaan di Malaysia ini, antara berikut merupakan pekerjaan yang boleh menyebabkan masalah dalam perhubungan.

Jadi berikut ini antara 7 pekerjaan yang harus anda ambil langkah berjaga-jaga.

5 Pekerja Di Malaysia – Lelaki dengan kerjaya ini rentan alami masalah dalam hubungan

#1. Akauntan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akauntan ini memiliki sifat mengatur kewangan yang baik. Jadi bagi wanita yang ada masalah untuk menggunakan duit, rasanya memiliki pasangan yang pandai merancang kewangan adalah sangat ideal.

Namun begitu, mereka ini mungkin akan ada masalah seperti terlalu kedekut untuk mengeluarkan duit bagi pasangan mereka kerana terlalu berkira walaupun sekadar belanja makan.

#2. Aktor atau pelakon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon ini memang terkenal dengan sifat yang hensem dan ada karisma tersendiri. Malah mereka ini dikatakan kacak dan rupawan.

Namun begitu, memiliki pasangan seorang aktor, wanita harus lebih berhati-hati kerana mereka boleh membuat pasangan cemburu kerana bimbang jika mereka jatuh cinta dengan heroin selepas melakonkan watak romantis.

Sebab itu banyak aktor lelaki yang selalu putus cinta, mungkin tak boleh nak setia?

#3. Atlet

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki pasangan yang di dalam bidang olahraga mungkin menjadi idea untuk beberapa wanita. Sebab itu ramai orang perempuan sangat begitu gilakan pemain bola sepak untuk dijadikan pacaran.

Namun masalah utamanya adalah mereka sering memberi lebih tumpuan kepada sukan permainannya berbanding pasangan mereka sendiri. Dengan keadaan itu, hubungan yang terjalin itu akan rentan bermasalah dan terputus di tengah jalan.

#4. Pelawak atau ahli komedi

Mungkin anda merasakan bercinta dengan pelawak atau ahli komedi itu akan membuatkan hidup rasa ceria dan penuh gelak ketawa.

Namun tahukah anda ciri-ciri suka berjenaka ini paling disukai oleh ramai wanita, jadi pasangan yang memiliki kerjaya ini mungkin selalu diperhatikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asalkan dia setia dan tak muda digoda, tentu dia akan sentiasa setia dengan anda dan hubungan kalian akan baik-baik sahaja.

#5 Penganggur

Memang diakui, pasangan yang memiliki hubungan dengan seorang penganggur adalah sebuah ujian yang cukup berat terutama jika anda sudah lama berkahwin atau sedang menuju ke fasa yang lebih serius.

Malahan, masalah ekonomi akan selalu menjadi topik yang kerap dibahaskan setiap hari tidak kira masa dan tempat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada lagi pekerjaan lain yang boleh membuatkan hubungan bermasalah? Jom kongsikan dengan kami!

Sumber : Popbela 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcara-mengatasi-konflik