Nak Kerja Gaji Besar? Ini Senarai Pekerjaan Dengan Gaji Tinggi Di Malaysia

Semua orang pasti mengimpikan gaji yang besar tanpa perlu buat kerja 'part-time'. Kami kongsikan senarai pekerjaan gaji tinggi di negara ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lompat kerja untuk mengejar gaji yang lebih tinggi dilihat sebagai penyelesaian terbaik seiring dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Selain minat dan cita-cita, kos sara hidup juga adalah faktor penentu graduan sekarang memilih pekerjaan gaji tinggi berbanding kelayakan semata-mata. 

Berdasarkan kajian, majoriti pekerja di Malaysia didapati lebih memilih gaji dan ganjaran atau faedah yang diberikan kepada pekerja berbanding work-life balance’ atau keseimbangan kerja-kehidupan.

Untuk menghilangkan perasaan rasa ingin tahu tentang jenis pekerjaan gaji tinggi yang boleh mengubah standard kehidupan , jom kami kongsikan 7 pekerjaan yang menawarkan gaji yang paling tinggi di Malaysia!

Klasifikasi pendapatan isi rumah bulanan

Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang jenis pekerjaan dengan gaji yang paling tinggi, berikut merupakan purata gaji di Malaysia:

Pendapatan isi rumah Malaysia terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  • T20 (20% teratas) : pendapatan isi rumah RM10,960 dan ke atas sebulan.
  • M40 (40% pertengahan) : pendapatan isi rumah di bawah RM10,959 sebulan.
  • B40 (40% terbawah) : pendapatan isi rumah di bawah RM4,849 sebulan.

7 pekerjaan gaji tinggi yang paling popular

1. Pengarah Perbankan

Di Malaysia, kerjaya dalam bidang perbankan memberi pulangan lumayan dengan pendapatan bagi Pengarah Perbankan sekitar RM252,000 setahun.

Mereka bertanggungjawab untuk menetapkan dan melaksanakan strategi organisasi dan menyelaraskan semula matlamat supaya keseluruhan operasi perbankan  berjalan dengan lancar.

Jika anda sedang mencari jawatan dalam bidang perbankan, mempunyai ijazah sarjana kewangan atau perakaunan sangat membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Pengarah Kesihatan (perubatan) terdiri daripada seorang doktor yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menyelia semua perihal berkaitan perubatan di pusat perubatan.

Ini termasuklah penilaian rakan sebaya klinikal, mewujudkan dasar dan prosedur serta pemantauan kualiti. Mereka juga menyokong pengurusan hubungan doktor-pesakit dan membantu mengendalikan sebarang aduan pesakit klinikal.

Gaji yang diperoleh bagi Pengarah Kesihatan (perubatan) adalah lebih kurang RM296,000 setahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. C-suite

Istilah “C-suite” merujuk kepada gelaran eksekutif kanan atasan. Bermula dengan huruf C  yang bermaksud “ketua” seperti dalam ketua pegawai eksekutif (CEO), ketua pegawai kewangan (CFO), ketua pegawai operasi (COO) dan ketua pegawai maklumat (CIO).

Hakikatnya, jawatan C-suite sebagai salah satu pekerjaan bergaji terbaik di Malaysia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lebih-lebih lagi C-suite yang terlibat dalam bidang dalam sektor yang berpotensi besar dalam meningkatkan ekonomi negara.

Antaranya ialah perbankan dan kewangan, perniagaan, teknologi digital, pembuatan, kejuruteraan, perubatan dan farmaseutikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gaji tahunan CEO adalah sekitar RM281,000 setahun.

4. Pakar Bedah

Pakar bedah ialah doktor bertauliah yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat penyakit yang melibatkan sebarang pembedahan berisiko tinggi.

Tidak hairanlah jika pekerjaan ini termasuk dalam pekerjaan gaji tinggi di Malaysia memandangkan ia memerlukan kepakaran dalam menyelamatkan nyawa pesakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gaji pakar bedah di Malaysia boleh mencecah sehingga RM458,793 setahun. Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana anda perlu mengambil masa sepuluh tahaun atau lebih untuk menjadi pakar bedah yang bertauliah. 

5. Peguam

Peguam boleh memilih sama ada menjalankan tugas sebagai peguam bela atau peguamcara di Malaysia. Peguambela mewakili klien dalam perbicaraan jenayah  dan perbicaraan sivil di mahkamah.

Manakala peguamcara menawarkan nasihat undang-undang dan merangka dokumen seperti kontrak dan surat berkanun.

Peguam di Malaysia boleh memperoleh pendapatan sehingga RM184,675 setahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk menjadi seorang peguam, anda perlu mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang (L.L.B) daripada universiti yang diiktiraf dan perlu menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) untuk menjadi seorang peguam di Malaysia.

6. Jurutera

Industri kejuruteraan dan pembuatan di negara sangat stabil dan sentiasa diperlukan untuk pembangunan. 

Mereka  mempunyai kemahiran dalam mengendalikan pengurusan projek yang kukuh dan perlu bekerjasama rapat dengan pasukan mereka untuk memastikan projek beroperasi mengikut bajet.

Seorang jurutera baharu boleh memperoleh purata RM201,480 setiap tahun .

7. Ketua Bahagian Penerangan

Ketua pegawai maklumat bertanggungjawab untuk melaksanakan strategi IT yang membantu organisasi mencapai matlamat. 

Ketua pegawai maklumat kini mempunyai lebih banyak tanggungjawab yang tidak wujud pada masa lalu. Untuk permulaan, pendapatan boleh mencecah sekitar RM182,374 setahun.

Graduan yang layak memohon adalah mereka yang memiliki ijazah teknologi maklumat. 

Jika anda merupakan lepasan graduan dan menginginkan kerja dengan gaji yang lumayan sebaik sahaja menamatkan pengajian, berikut adalah senarai 5 pekerjaan yang boleh anda pertimbangkan.

  1. Jurutera Awam : mempunyai purata gaji RM38,670 setahun.
  2. Doktor : mempunyai purata gaji RM68,200 setahun.
  3. Jurutera Perisian : mempunyai purata gaji RM65,994 setahun.
  4. Akauntan: memperoleh purata gaji RM59,708 setahun.
  5. Penganalisis perniagaan : memperoleh purata gaji RM73,479 setahun.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Kerja Part Time Yang Disyorkan Untuk Ibu Bekerja Di Rumah, Dapat Gaji & Pengalaman Juga!

Baca juga: Cuti Bersalin: Persiapan & Tempoh Ideal Buat Para Ibu Bekerja, Tapi Rindu Anak Tak Boleh Elak!

Baca juga: Lelaki Bergaji Besar Berisiko Menghidap Darah Tinggi, Tetapi Tidak Bagi Wanita- Kajian

Penulis

Noorhidayah