Terkejut dan sedih mendengar berita tentang seorang gadis yang baru berusia 14 tahun sanggup melacurkan badannya selama 35 kali semata-mata kerana ingin membeli telefon. Tahukah anda kancah pelacuran di Malaysia kini mensasarkan anak-anak kecil?
Pelacuran di Malaysia adalah topik tabo yang jarang dibincang oleh sesiapa. Sebab itu, ramai yang tidak sedar tentang pelacuran kanak-kanak yang terjadi.
China Press melaporkan Datuk Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Perjudian Bukit Aman (D7) telah mendapati kes pelacuran di Malaysia makin meningkat dengan penambahan kanak-kanak bawah umur dalam pemerdagangan seks ini.
Pelacuran di Malaysia – Mengapa kanak-kanak dijadikan target utama?
Berdasarkan siasatan polis, pelacur bawah umur yang terjebak dalam kancah ini perlu berkongsi pendapatan mereka dengan bapa ayam sebanyak 50%. Bayaran yang dikenakan pada mereka pula hanya sejumlah RM300.
Maka, mereka hanya mendapat RM150 bagi setiap satu “perkhidmatan”. Atas sebab itu, anak gadis yang baru berusia 14 tahun ini terpaksa berhubungan seks dengan 35 lelaki untuk mengumpul RM5,000.
Kerjasama antara pasukan hak asasi manusia dan agensi kerajaan juga berjaya membongkarkan kenapa pelacuran di Malaysia kini memfokuskan kepada kanak-kanak bawah umur.
Antara sebabnya ialah:
- Ada lelaki yang percaya jika mereka melakukan seks dengan anak dara yang masih muda, kesihatan seksual mereka akan meningkat
- Kanak-kanak juga dipercayai bebas dari penyakit seksual seperti HIV dan AIDS, berbanding pelacur yang lebih tua
- Kanak-kanak adalah “pelaburan jangka masa panjang” dalam sindiket pemerdagangan manusia
Pelacuran di Malaysia – pelacuran kanak-kanak adalah target mudah dan menguntungkan
Yang lebih teruk, memang ramai insan-insan di Malaysia yang menggemari “kanak-kanak” untuk dijadikan habuan nafsu mereka! Sebab itu pelacuran kanak-kanak makin meningkat dan berleluasa.
Baru-baru ini, ada kes di mana terdapat penyeludupan 3 gadis dan remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang terpaksa bekerja di Sabah untuk perkhidmatan seks. Mereka diselamatkan pihak polis selepas serbuan dilakukan.
Pelacuran di Malaysia, sama ada di Sabah atau Semenanjung Malaysia tiada bezanya. Kedua-dua bahagian negeri mempunyai perkhidmatan seksual yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa dibawa dari Kemboja, Vietnam atau Thailand. Sehingga kini, usia kanak-kanak yang paling muda pernah diselamatkan dari kancah pelacuran di Malaysia adalah 13 tahun!
Selagi ada permintaan, selagi itu kancah pelacuran di Malaysia akan berleluasa. Apa yang lebih parah jika pelacuran kanak-kanak yang makin naik sekarang.
Di mana nasib dan masa depan kanak-kanak ini? Bukankah sebagai ibu bapa dan manusia, tugas kita adalah untuk melindungi insan tidak terdaya dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya?
Sumber rujukan: Free Malaysia Today, Asia One
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-lacurkan-anak-pada-bangladesh/