Kebanggaan Malaysia
Beliau merupakan antara peserta termuda di persidangan tersebut. Tapi itu bukanlah alasan untuk anak kelahiran Kedah ini merangkul bukan satu tetapi dua anugerah di Persidangan Model Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
R. Prevena telah mencipta sejarah seawal usia empat belas tahun.
Beliau telah memenangi anugerah Pembahas Terbaik dan Kertas Kerja Terbaik semasa di persidang tersebut.
Menurut Prevena, beliau sangat gementar dan tidak fokus untuk menang. Namun apabila namanya diumumkan, beliau sungguh terkejut hingga hilang kata-kata.
Kepulangannya di Malaysia telah disambut oleh rakan-rakan kelas serta guru-gurunya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah di Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Mereka telah memegang sepanduk bagi meraikan kepulangan Prevena. “Beliau telah membanggakan negara kita, serta sekolah kami. Dia benar-benar layak dengan pengiktirafan seperti ini” ujar gurunya, Kamila Mahali.
“Beliau telah membanggakan negara kita, serta sekolah kami. Dia benar-benar layak dengan pengiktirafan seperti ini” ujar gurunya, Kamila Mahali.
Remaja Yang Penuh Dengan Inovasi Dan Cita-Cita
Beliau sebelum ini telah memenangi tempat kedua untuk videonya di 2017 Worldwide United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Centre for Peach Youth Multimedia Competition.
Videonya yang bertajuk “The Souped Up Land – The SMART Refugees Camp” itu memberi cadangan inovatif untuk menangani masalah di kem pelarian. Berikutan inilah Prevena telah menerima jemputan untuk berbahas di persidangan baru-baru ini.
Menurut bapa Prevena, R. Ramakrishnan, 50, Prevena memang aktif turut serta dalam pelbagai pertandingan inovasi sejak usianya 11 tahun lagi.
Beliau juga memang gemar membaca. Malah, cita-citanya ialah untuk menjadi ahli saintis.
Sungguh membanggakan, di usia yang begitu muda, seorang anak Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia. Lebih ramai anak muda harus mencontohi adik Prevena.
Dalam keadaan terlalu banyak berita negatif dan menakutkan tentang generasi muda, adik Prevena menutup semua berita tersebut dengan kejayaannya. Semoga lebih ramai generasi muda seperti adik Prevena.
Tidak semestinya dari segi akademik. Terdapat pelbagai cabang berfaedah yang boleh diceburi generasi muda kita. Dan kita sebagai ibu bapa, haruslah memimpin mereka ke arah itu.
Demi menyiapkan anak-anak ke arah masa depan yang cerah, keseimbangan itu penting. Bukan sahaja penekanan akademik, keperluan nutrisi dan emosi mereka juga amat penting. Seperti yang dibincangkan di artikel Cadangan Pakar – Siapkan Anak-Anak Kita Menempuhi Masa Hadapan Makin Mencabar.
Anda mungkin juga berminat dengan Kajian menunjukan, kanak-kanak tadika dengan pendidikan sosial yang baik lebih kecenderungan menjadi orang dewasa yang berjaya
Sumber: news straits times
Kredit gambar: News Straits Times
Baca juga: