Hanya seorang murid didaftarkan ke Tahun 1 di SK Tebing Rebak

Murid tersebut akan ditempatkan di kelas seorang diri dan akan mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesi sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak ini sangat menarik kerana hanya mempunyai 2 orang pelajar sahaja namun, sekolah tersebut masih berfungsi seperti biasa.

Untuk sesi persekolahan 2017, Dhia Sofea Mohd Redzwan, 7 merupakan murid Tahun 1 yang baru mendaftar akan ditempatkan di kelas seorang diri dan akan mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan.

Guru Besar sekolah tersebut, Azmah Zakaria menyatakan bahawa sekolah tersebut tiada murid tahun 2, 3, 4 dan 6. Sekolah tersebut hanya mempunyai seorang lagi pelajar di Tahun 5 bernama Ahmad Norsyarwani Ahmad Kamal.

Beliau berkata SK Tebing Rebak dibina sejak 1950-an dan kini mempunyai empat guru serta seorang kakitangan sokongan selain seorang guru besar. Sekolah tersebut terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Bagan Datoh dan bilangan pelajar telah berkurangan sejak 10 tahun dahulu apabila sebuah sekolah baru dibina diseberang SK Tebing Rebak.

“Dulu, sekolah ini mempuyai 200 lebih pelajar, sekarang, Kampung Tebing Rebak hanya mempunyai kurang daripada 100 penduduk kerana kebanyakan penduduk kampung telah berhirah ke Bandar Kuala Lumpur untuk mencari rezeki” tambah Azmah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ditemui, Dhia Sofia pula seronok belajar di sekolah ini. “Hari ini saya belajar macam-macam dari cikgu. Seronok. Tidak apalah saya (belajar) sorang, petang boleh jumpa kawan juga di Sekolah Agama” kata Dhia Sofia yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Noriyah Ismail, 29, ibu Dhia Sofia berkata pula ynag beliau memilih sekolah tersebut untuk memberikan perhatian khas kepada anaknya kerana sekolah tersebut tiada murid yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, Ahmad Noorsyazwani , pelajr tunggal Tahun 5 pula juga seronk belajar di sekolah tersebut malah, berazam untuk mencapai 5A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun depan.

Gambar dan rencana dipetik daripada The Malay Mail Online

Penulis

Michelle Goh