Berlumba Nak Anak Cepat Pandai Sebelum 7 Tahun, Sedangkan Ia Bawa Kesan Buruk Pada Perkembangan Otak & Emosi

Nak sangat anak cepat belajar dan pintar sebelum usia tujuh tahun namun ia sebenarnya boleh mendatangkan risiko buruk pada emosi dan perkembangan mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan sekarang ramai ibu bapa yang berlumba-lumba memberikan pelajaran anak supaya si kecil cepat pandai sebelum usia yang sepatutnya.

Namun, pernah tak anda terfikir apakah pelajaran anak yang sepatutnya dikuasai sebelum usianya menginjak ke angka 7?

Lantas disebabkan itulah ramai ibu bapa berasa bimbang dengan kebolehan dan kepintaran anak sebelum melangkahkan kaki ke darjah satu di tahun hadapan.

Lebih-lebih lagi melihat anak orang lain sudah pandai ABC, kenal warna, tahu sebut 123 sampai 10 dan bermacam-macam lagi hingga ibu bapa lain rasa panik kerana anak sendiri belum boleh kuasai semua itu.

Hal ini kerana, pada zaman 70 an dahulu anak kecil akan kenal huruf dan nombor semasa berada di darjah satu.

Tapi berbeza dengan sekarang, baru umur tiga ke empat tahun sudah petah bercakap dan kenal semua benda dengan sangat pantas.

Namun persoalannya adakah anak sebaya umur empat dan enam tahun perlu kuasai semua itu? Adakah ia adalah salah satu trend semasa di mana anak kecil perlu menguasai huruf, nombor dan sebagainya itu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, seorang ibu bernama Puan Ainie Ahmad telah membuka mata semua ibu bapa supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada anak kecil semata-mata nak mencapai kejayaan dalam bidang akademik sahaja.

Berikut perkongsian daripada beliau:

Pelajaran anak, ibu bapa nak anak bijak sebelum usia 7 tahun

Silibus darjah satu sekarang memang boleh membuatkan ibu bapa hampir nak gila.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di WhatsApp tadika lama anak saya banyak yang bunyi begini ” Cikgu, anak saya demam hari ini, petang nanti saya pergi school ambil homework ye”.

Chill lah parents! Anak kecil lagi.

Cuba lihat piramid pembelajaran. Umur 0 hingga 6 tahun adalah masa untuk fokus elemen yang saya bulatkan itu.

Bahkan, yang saya bulatkan itu adalah 90 peratus dari keseluruhan perkembangan otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu 10 peratus lagi adalah asas kepada bahagian akademik iaitu yang merangkumi membaca dan mengira.

Kejarlah 10 peratus itu macam mana pun, kalau 90 peratus asas piramid tidak dikuasai sepenuhnya maka anak kita akan goyah diakhirnya.

Mungkin keputusan akademik cemerlang tapi fizikal tak kuat, posture tak betul dan kemudian hari pelbagai penyakit mula menyerang. Misalnya, bila menulis sedikit mulalah rasa lenguh.

Selain itu, mungkin akademik cemerlang tapi tak pandai berkawan dan emosi hancur, bila tiada ibu bapa disekeliling hati remuk segalanya.

Ala…yang di bawah itu boleh buat di rumah – kata sesetengah ibu bapa sebab dulu mereka okey saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan gaya hidup sekarang, berapa ramai ibu bapa yang ambil masa dengan anak di rumah?

Ramai ibu bapa balik sudah penat. Balik kerja terus masuk rumah. Buka tv bagi anak tengok kemudian ayah main telefon dan mak uruskan kerja rumah.

Tapi yang pentingnya, sila jawab beberapa soalan ini sendiri

1) Berapa banyak masa anak-anak kita didedahkan dengan  sensory activity seperti bermain pasir, tepung dan tanah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2) Berapa banyak masa anak-anak kita dapat berlari sebebasnya, selajunya yang dia mahu?

3) Berapa banyak masa anak-anak kita dibenarkan bermain sehingga mengotorkan pakaiannya tanpa ibu bapa berkata tak boleh?

4) Berapa banyak masa untuk anak kita dibiarkan mengambil risiko untuk memanjat setinggi-tinggi yang dia mahu?

5) Berapa banyak masa kita bergaul dengan mereka? Selain membiarkan mereka bergaduh tanpa ibu bapa menyibuk memberikan peraturan dan taklimat tentang dosa serta pahala?

Zaman kini telah banyak berubah

Credit to sources

Sedarlah ibu bapa, zaman kini telah berubah dan gaya hidup kini memang lari jauh dari fitrah anak-anak.

Anak berlari di mall kena marah, takut jatuh eskalator katanya maka diikat tangannya. Tapi berapa banyak masa yang mak ayah bawa keluar pergi padang dan bebaskan mereka berlari?

Malah, ada juga segolongan yang obses breastfeeding sampai umur dua tahun dan tak mahu perkenalkan makanan pepejal langsung.

Tak kurang juga, ada yang bagi bubur saja takut anak tercekik. Bila masa pula anak berstimulasi dengan tekstur makanan yang berbeza dan masuk ke dalam mulut. Sebab itu, anak umur dua tahun sudah pandai menolak. – katanya lagi. 

Golongan risk freak

Ada juga golongan yang boleh dipanggil  Risk Freak. Takut sangat nak bagi anak pegang pinggan kaca takut pecah katanya. Kalau tak pernah pecah, dia tak tahu yang kaca itu boleh pecah.

Tak benarkan anak berlari takut jatuh katanya. Kalau tak pernah jatuh bagaimana mereka nak belajar  push dirinya se optimum yang mungkin?

Jangan panjat tinggi-tinggi takut jatuh, kalau tak rasa sendiri cara untuk imbangkan diri bila masa nak latih daya imbangan dirinya.

Golongan  Control Freak

Dia tahu anaknya kena mencapai 90 peratus ini dan biarkan anak bermain yang boleh membantu perkembangan ini.

Tapi mereka masih risau sebab tiada pembaris untuk mengukur perkembangan anaknya. Kalau kita bagi pembaris pun, dia masih  nervous sebab pembaris dia tak sama dengan majoriti pembaris akademik di luar sana. Pembaris besi yang tidak mengenal keperluan perkembangan kanak-kanak.

Golongan muka senipis sutera

Ibu bapa golongan ini terlalu malu kalau anak lasak bermain dan bising lalu diberinya gajet. Alasannya boleh duduk senyap dan pandai abc, 123 dan pandai cakap englishEducational Apps saja katanya.

Sebenarnya apa yang kita mahu adalah kanak-kanak yag sudah pandai bermain dengan imaginasinya dengan melukis gambar dinasour sambil berlari, lukis wajah ibu dan ayahnya dan imaginasi tentang realiti kehidupannya setiap hari.

Sebabnya dia  make sense of things dengan sekelilingnya dan boleh berkomunikasi dengan apa yang ada di dalam fikirannya.

*******
Kesimpulannya, ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak kecil mereka dengan sendiri supaya membesar dengan baik dan sempurna.

Apapun jangan terlalu memaksa anak di bawah usia tujuh tahun untuk bijak semua perkara kerana perkembangan emosi, sensori, imaginasi dan lain-lain adalah lebih penting di waktu ini.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Ainie Ahmad 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-dua-tahun