Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

Kebanyakan tabiat dan sikap tentang kewangan dibentuk melalui tunjuk ajar ibu bapa kita. Apa yang diajar mereka, dan bagaimana ini membentuk gaya pendidikan kewangan kita sendiri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wang. Sebagai ibu bapa, ini satu topik yang kita sukar untuk ajar, kerana tidak pasti apa yang harus kita buat atau katakan. Namun ibu bapa kita telah lakukannya, begitu juga ibu bapa mereka. Kita lihat kembali bagaimana kita diajar tentang wang dan bagaimana ini membentuk cara kita mengajar anak-anak kita pula.

“Apa satu perkara yang anda ingat ketika ibu bapa anda ajar tentang wang?” Melalui tinjauan dengan ibu bapa dalam sebuah komuniti, kebanyakkannya menjawab persoalan tersebut dengan ‘Simpan untuk masa susah.”

Kita sering mendengar kata-kata ini ketika membesar, malah mungkin mengulanginya banyak kali kepada anak-anak sendiri. Namun selain menyimpan wang untuk kecemasan yang tidak dijangka, apa pelajaran kewangan lain yang kita belajar daripada ibu bapa kita?

Pelajaran Kewangan Yang Kita Belajar

1. Duit itu penting

Ibu bapa kita selalu menekankan kita tentang ini: kebanyakan ibu bapa sekarang (89%) ujar bahawa apabila mereka membesar, mereka diajar bahawa duit itu penting.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

76% juga menjelaskan bahawa mereka risau akan wang ketika membesar. Walaupun masalah kewangan terlalu besar untuk ditanggung oleh anak-anak, ia menekankan pentingnya keselamatan kewangan oleh ibu bapa kita.

2. …namun ia bukan segala-galanya

Hanya 17% ibu bapa berkata ibu bapa mereka mengajar tentang kepentingan wang kerana ia melambangkan kejayaan; manakala, hanya 4% berkata ibu bapa mereka ajar bahawa wang tidak penting langsung. Bagi yang lain, ibu bapa mereka ajar bahawa wang amat penting, namun ia bukan segala-galanya.

Bagi ibu bapa tersebut, kepentingan wang diseimbangkan dengan nilai dan keutamaan lain dalam hidup. Ibu bapa mereka ajar: “Duit tidak boleh beli masa, cinta, kesihatan dan rasa hormat,” “Ada beberapa perkara dalam dunia yang tidak dapat dibeli dengan wang,” dan “Duit tidak boleh dibawa mati. Jadilah lebih gembira.” Malah ini nilai-nilai yang dikongsi dengan anak-anak mereka hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu Pengalaman Berbeza

Satu tinjauan utama mendapati kaedah ibu bapa mengajar tentang pendidikan kewangan jauh berbeza. Responden terbahagi sama ada ibu bapa mereka ajar tentang wang melalui pelajaran atau permainan, dengan 46% setuju dan 53% pula tidak.

Manakala, 65% pula berpendapat bahawa mereka diajar tentang wang melalui pengalaman. Separuh daripada mereka berkata mereka menerima elaun, manakala 26% pula berkata ibu bapa membuka akaun simpanan untuk mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah Ibu Bapa Kita Bagus Dalam Pendidikan Kewangan?

Jelas bahawa ibu bapa kini merasakan ibu bapa mereka (kebanyakannya) telah mengajar mereka tentang wang dengan baik – 61% responden menjawab dengan ‘Ya’ apabila ditanya sama ada ibu bapa mereka berjaya mengajar mereka tentang wang.

Melihat Kembali…

Sebagai orang dewasa dan ibu bapa, kita kini lebih menyedari apa yang kurang dalam pendidikan kewangan daripada ibu bapa kita. Malah, ibu bapa kini berharap ibu bapa mereka ajar:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelajaran Daripada Ibu Bapa Kita, Pelajaran Kepada Anak-Anak Kita

Kita telah melalui pelbagai liku untuk menjadi ibu bapa, dibentuk dengan bimbingan oleh ibu bapa kita dan pengalaman unik sendiri. Namun kita semua berkongsi satu nilai yang sama: cinta pada anak-anak dan keinginan untuk kewangan mereka stabil di masa hadapan.

Melalui tinjauan yang dijalankan oleh theAsianparent dengan komuniti ibu bapa mereka, kami mendapati apa yang dilakukan oleh ibu bapa kita dan apa yang tidak diajar. Sekarang tiba masanya untuk kita ketahui bagaimana kita mengajar anak-anak dalam pendidikan kewangan. Lihat kajian pertama Eastspring Money Parenting di sini.

Penulis

Anis Hanini