Pelampung Leher Bayi Yang Comel Ini Sebenarnya Mungkin Berbahaya Untuk Mereka

Tahukah anda yang pelampung bayi seperti yang dipakaikan di leher dan tangan ini sebenarnya boleh bocor dan mengundang kemalangan lemas?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelampung bayi dipakaikan di leher

Kalau kita lihat, banyak iklan pelampung yang dipakaikan di leher bayi. Ianya sungguh comel bukan?

Apatah lagi apabila kebanyakan spa bayi menggunakan pelampung seperti itu.

Namun sebenarnya, ramai pakar pediatrik yang mula memberi amaran kepada ibu bapa yang pelampung comel ini merbahaya buat anak-anak.

Seorang profesor pediatrik di Pusat Medikal Universiti Rush, Kyran Quilan, mengatakan yang pelampung ini boleh bocor dan menyebabkan risiko lemas yang tinggi.

Pelampung bayi adalah perangkap maut

Menurut profesor yang juga merupakan ahli tertinggi American Acedemy of Pediatics (AAP) Council bagi Mencegah Keracunan, Keganasan dan Kecederaan, pelampung leher umpama perangkap maut untuk bayi anda.

Dan amaran ini termasuklah untuk alat terapung seperti yang dipakai pada tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

AAP mencadangkan semua ibu bapa untuk tidak menggunakan alatan pelampung ini. Sebaliknya menggunakan alat terapung personal seperti jaket keselamatan yang lebih selamat.

Contoh jaket keselamatan untuk kanak-kanak, foto ehsan ebay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, pelampung bayi yang dijual di eBay telah ditarik semula kerana tidak menepati standard keselamatan.

Pada tahun 2015, syarikat Otteroo juga telah menarik semula 3000 pelampung kerana jahitan yang terbuka.

Walaubagaimanapun Otteroo telah bekerjasama dengan AAP untuk memastikan ibu bapa menggunakan produk mereka dengan selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelampung bayi boleh menyebabkan kemalangan lemas

Sebagai peringatan, kemalangan lemas adalah antara punca utama kematian dan kecederaan untuk kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. 

Sebenarnya berenang dengan bayi tidaklah berbahaya asalkan anda tahu langkah keselamatan yang perlu di ambil kira. 

Jika anda tidak pasti dengan saranan AAP tentang langkah keselamatan bagi mengelakkan lemas, mari semak ia seperti di bawah: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Jangan sesekali meninggalkan anak kecil atau dengan anak kecil yang lain semasa mereka berada di dalam air, sama ada di dalam tub, spa, kolam renang atau kolam renang bayi.
  2. Sekurang-kurangnya seorang orang dewasa yang memantau di dalam jarak tidak lebih sedepa untuk memberi penjagaan boleh sentuh. Dan orang dewasa tersebut haruslah tahu berenang, menyelamat, membuat bantuan pernafasan dan memanggil bantuan.
  3. Kanak-kanak disarankan untuk mula belajar berenang di usia 4 tahun bergantung pada kematangan emosi, limitasi fizikal atau sebarang masalah kesihatan lain. 
  4. Semua kanak-kanak harus memakai alat terapung diri yang diluluskan semasa menaiki kenderaan air atau berada dekat dengan air.
  5. Pilih tempat bermain air seperti pantai dan kolam renang dengan penjaga keselamatan yang boleh menyelamatkan sekiranya terjadi apa-apa.

Anda mungkin juga berminat dengan Ibu Bapa Ini Berkongsi Tentang Pengalaman Ngeri Anaknya Yang Lemas Di Kolam Renang dan Seorang Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas Di Baby Spa

Sumber: The Bump

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/

Penulis

Aqma