Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

Pakai pelampung kanak-kanak memang sangat penting supaya keselamatan anak tetap terjamin ketika belajar renang, namun ada risiko yang mungkin boleh terjadi!

Pelampung kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai Baby Neck Floats mula mendapat perhatian sejak beberapa tahun lalu untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak ketika mandi dalam kolam renang. 

Biasanya, ibu bapa merasakan anak sangat comel apabila menggunakan pelampung kanak-kanak ini. Namun, tahukah anda bahawa ia juga boleh mengundang bahaya terutama kepada bayi bawah umur lima bulan?

Kenyataan tersebut juga disokong Kyran Quinland, Profesor Pediatrik dari Rush University Medical Center dan ahli American Academy of pediatrics (AAP). 

Pelampung kanak-kanak lebih banyak kemudaratan berbanding manfaat 

Memetik perkongsian seorang wanita bernama Hidayatul Ismail yang berkongsi tentang isu ini dalam laman sosial Facebook miliknya di mana dia juga tidak bersetuju apabila ibu bapa menggunakan pelampung kanak-kanak ini terlalu awal pada anak mereka. 

Berikut antara luahan yang dikongsinya itu: 

Kebanyakan ibu bapa sekarang suka ikut apa yang orang lain buat, tanpa tahu tujuan utamanya. Sebaiknya, kita harus fikir kesan baik dan buruk terhadap anak apabila membuat sesuatu keputusan.  Rasanya dari tahun lepas baby neck floats ini popular dan ramai parents yang menggunakannya untuk anak kecil mereka. Malah ia menampakkan si kecil itu kelihatan sangat comel!  Namun, secara realitinya ia mampu menjadi punca kepada insiden yang buruk dan memudaratkan keselamatan anak

Lebih mendukacitakan apabila ada sebilangan parents yang berani beri anak minum susu botol sambil pakai neck floats itu. Tahu tak ia boleh membuatkan si kecil itu tersedak atau tercekik. Tak kasihan pada anak?  Ini kerana, apabila bayi dimasukkan ke dalam neck floats, ia boleh ganggu laluan neuro yang berkaitan dengan refleks kepala sekaligus mendorong bayi bertindak balas terhadap keinginan mereka untuk duduk. Neck floats ini bukan sahaja gagal membantu evolusi asas primitif pada refleks postur tubuh tetapi ia menjadikan bayi pasif semasa di dalam air. Selain itu, kemungkinan bayi boleh mengalami kecederaan tulang cervical. Di mana ia berfungsi sebagai penyokong dan keseimbangan kepala bayi.  Kemungkinan anak lemas juga boleh berlaku apabila menggunakan pelampung kanak-kanak ini jika ia secara tiba-tiba kempis atau bocor.  Di United States, US jualan baby neck floats ini ditarik semula tetapi kita di sini masih menggunakannya.  Ya, tidak ada salahnya untuk parents menggunakan pelampung kanak-kanak ini tetapi fikirkan dahulu keselamatan anak sama ada sesuatu produk itu selamat atau tidak.  Jika nak ajar anak berenang lakukan dengan cara yang betul dan pastikan ia tidak mendatangkan risiko yang boleh memudaratkan keselamatan si kecil. 

Risiko penggunaan pelampung kanak-kanak atau baby neck floats 

Kredit: ABC News

#1. Tenggelam dan lemas 

Kita pernah digemparkan insiden di mana seorang bayi lelaki 7 bulan dari China hampir lemas kerana menggunakan neck floats meskipun ia diletakkan di bahagian pinggang. 

Ketika kejadian, bayi berkenaan terbalik menggunakan neck floats lalu menyebabkan tubuhnya terbenam ke dalam air dan jatuh keluar dari neck float selama 46 saat. 

Bayangkan jika petugas di situ tidak sedar sudah tentu bayi itu mati lemas ketika bergelut dalam air. 

#2. Otot menjadi tegang 

Selain itu, bayi juga berisiko untuk mengalami tortikolis yang boleh berlaku sejak kelahiran bayi sehingga umur tiga bulan. 

Menurut Perunding Pakar Bedah Neuro, Pusat Perubatan Sunway, Dr Syed Abdullah Al-Haddad berkata torticollis boleh berlaku dalam dua kumpulan iaitu sejak lahir (kongenital) dan disebabkan punca lain (acquired). 

Sekiranya bayi bawah lima bulan menggunakan neck float ini ia boleh membuatkan tekanan pada tulang belakang di bahagian leher si kecil. 

Selain itu, ia juga boleh membuatkan otot dan ligamen bayi menjadi tegang dan kemungkinan mendatangkan kecederaan pada mereka. 

Bahkan sesetengah bayi juga akan mengalami sakit leher dan ketegangan pada pergerakkan leher sehingga menyebabkan gerakan terbatas.

#3. Ganggu saraf penting 

Penggunaan pelampung kanak-kanak ini juga boleh mengakibatkan saraf penting si kecil terganggu kerana ia membataskan pergerakan kepala mereka. Sekaligus, melambatkan refleks kepala bayi untuk belajar duduk dan meniarap. 

#4. Tumbesaran tulang punggung yang perlahan 

Penggunaan neck float ini juga melambatkan proses tumbesaran tulang punggung bayi hingga mengakibatkan mereka tidak cukup kuat untuk belajar duduk, berdiri dan berjalan. 

Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor untuk sebarang kemusykilan tentang isu ini. Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook theAsianparent Malaysia. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hidayatul IsmailTheProParenting

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-dan-cara-mengajari-bayi-berenang