Jika anda mempunyai anak perempuan terutamanya, pasti anda sering kali ‘berebut’ gincu dengan anak anda. Mungkin ada baiknya anda mencuba pelembap bibir buatan sendiri untuk anak anda.
Biasalah, anak pasti mengikut tingkah laku ibunya. Mereka nampak anda kelihatan cantik memakai gincu, mereka juga mahukan perkara yang sama. Jom cuba!
Pelembap Bibir Buatan Sendiri
Pelembap bibir buatan sendiri lebih selamat buat anak. Yang pasti, ia menjimatkan dan selamat! Tidak perlu ‘berebut’ lagi dengan si kecil anda.
Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pelembap bibir (resipi ini adalah untuk 5 hingga 6 bekas pelembap bibir bergantung pada bekas):
- 2 sudu besar lilin lebah (beeswax)
- sudu kecil shea butter
- 1 sudu kecil minyak kelapa dara (virgin coconut oil)
- 5 titis minyak pati (essential oil)
- Spatula
- Double boiler atau pencair coklat
- Bekas atau tiub berpenutup
- Pewarna makanan organik (tidak semestinya perlu ada)
Bahan-bahan ini sangat mudah didapatkan dari kedai-kedai kraf. Manakala bagi pewarna makanan organik pula boleh didapatkan di kedai bakeri.
Cara membuatnya:
- Pasangkan double boiler atau pencari coklat dan cairkan lilin lebah sehingga menjadi cecair.
- Kemudian campurkan shea butter dan minyak kelapa dara. Kacaukan.
- Anda boleh memilih untuk meletakkan pewarna makanan organik bagi menambah warna.
- Tutupkan pemanas double boiler dan tunggu sehingga campuran sedikit sejuk.
- Titiskan beberapa titis minyak pati (saya memilih oren) ke dalam adunan dan kacaukan.
- Sebelum campuran menjadi sejuk dan mengeras, masukkan ke dalam bekas atau tube.
- Biarkan ia mengeras dan pelembap bibir sudah siap untuk digunakan.
Sekiranya pelembap bibir anda terlalu keras, lebihkan kuantiti shea butter dan sebaliknya jika terlalu lembut, kurangkan shea butter.
Tambah Madu Untuk Menambah Kekilatan
Anda juga boleh tambah madu untuk menambah kekilatan pelembap bibir anda.
Pastikan anda menggunakan bahan-bahan yang organik untuk membuat pelembap bibir ini.
Anda juga boleh membuat pelbagai warna dan perisa (menggunakan minyak pati berbeza) untuk mempunyai lebih banyak pilihan.
Ia bukan sahaja bagus untuk anak anda tetapi juga untuk anda.
Anda juga boleh mengajak anak anda turut sama membuat pelembap bibir ini. Mereka pasti seronok dapat membuat pelembap bibir mereka sendiri.
Selamat mencuba!
Baca juga:
Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!