Makanan yang WAJIB ibu menyusu amalkan, barulah bayi kekal sihat!
Pemakanan ibu menyusu harus dijaga dengan sebaiknya supaya penghasilan susu badan tetap berterusan sekaligus bayi dapat khasiat daripadanya!
Jika anda bercadang nak berikan anak susu badan secara eksklusif selama dua tahun, pemakanan ibu menyusu harus dijaga supaya bekalan susu tetap ada.
Sebelum itu, anda perlu tahu kalori yang diperlukan bagi menghasilkan susu sebenarnya diperolehi daripada lemak badan semasa hamil.
Pemakanan ibu menyusu: 5 makanan yang WAJIB diambil
Sesetengah ibu menganggap, penyusuan adalah satu motivasi bagi mengekalkan diet sihat sepertimana yang dilakukan ketika hamil.
Oleh itu, anda harus lebih fokus pada makanan seperti di bawah:
- Pengambilan bijirin penuh seperti nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Amalkan makanan yang mengandungi tinggi protein, kalsium dan zat besi.
- Makanan ringan kalau nak makan sekali sekala juga dibolehkan. Tapi janganlah selalu ya!
- Pilihan snek berkhasiat seperti yogurt, kekacang, telur dan sandwich roti gandum penuh.
- Namun hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.
Ada sebilangan masyarakat di Malaysia mengamalkan beberapa pantang terhadap beberapa jenis makanan.
Namun, menurut pakar, tak perlu hadkan diet pemakanan ibu menyusu ini kecuali jika bayi menunjukkan sebarang alahan selepas menyusu.
Pemakanan ibu menyusu: Sila minum banyak air
Di samping itu, pastikan anda minum banyai air sekurang-kurangnya 12 gelas sehari. Untuk lebih menarik lagi, anda boleh memilih beberapa jenis jus buah-buahan atau sayur-sayuran seperti
- Air kurma merah
- Susu soya tanpa gula
- Minuman dadih
Minuman yang disenaraikan ini boleh membantu menghasilkan susu badan dengan lebih banyak.
Hati-hati dengan makanan dan minuman yang diambil
Anda juga diingatkan supaya tidak mengambil makanan dan minuman yang berbahaya pada kesihatan ibu dan bayi. Antaranya seperti:
- Kafein yang berlebihan
- Minuman beralkohol
- Merokok dan nikotin
- Ubat-ubatan terlarang tanpa nasihat doktor terlebih dahulu
Seterusnya, anda juga boleh mengetahuinya anak alah atau alergik terhadap sesuatu makanan yang anda ambil melalui sensitiviti anak seperti:
- Menunjukkan keresahan dan ketidakselesaan selepas menyusu
- Menangis dan tidak tidur lena
- Ruam dan gatal-gatal kulit badan
- Pernafasan berbunyi atau kesesakan nafas
- Najis hijau atau bermukus
Sekiranya terdapat gejala di atas selepas menyusukan bayi anda, adalah lebih baik, mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik untuk lebih lanjut.
Sebilangan wanita juga tahu pemakanan ibu menyusu harus dijaga sebaiknya terutama makanan berempah dan pedas yang boleh membawa masalah pada bayi.
Namun, tak ada salahnya jika anda ingin ‘mencuba’ sama ada ia serasi atau tidak dengan anak anda selepas menyusu.
Sebagai peringatan, punca kolik biasanya terjadi jika ibu makan brokoli, kubis dan bawang.
Kepentingan zat besi ketika menyusu bayi
Vitamin tambahan yang diambil semasa hamil boleh dihentikan selepas bersalin.
Namun, ada sebilangan wanita yang ada simpanan vitamin tambahan untuk dimakan semasa waktu subur.
Nak diet semasa menyusu? Lebih baik jangan…
- Penurunan berat badan yang terlalu cepat akan membahayakan bayi kerana pembebasan toksin yang selalunya disimpan dalam lemak badan. Lalu ia boleh masuk ke dalam susu badan ibu.
- Sebenarnya, penyusuan juga bantu bakar lemak yang terkumpul ketika hamil.
- Ibu yang sedang menyusu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang tidak berbuat sedemikian.
- Jadi, ibu menyusu boleh turun berat sebanyak SETENGAH KILO! Kerana banyak tenaga diperlukan bagi hasilkan susu.
Justeru, adalah lebih baik tunggu sampai 10 bulan atau setahun bagi mengembalikan semula berat badan anda yang menawan seperti anak dara ituuu.
Juga, jika ingin kurangkan pengambilan makanan. Lakukan sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda.
Ingat, jika anda kurang makan maksudnya anda MENGURANGKAN BEKALAN SUSU. Jadi renung dan fikir-fikirlah ya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Baby Center
Baca juga: