Peranan Pemakanan Semasa Tahun-Tahun Awal Pertumbuhan & Perkembangan Otak Kanak-Kanak

Dalam kesibukan sebagai ibu bapa, sememangnya mudah untuk menjadi kalut dengan rutin harian menjaga anak, terutamanya semasa tempoh lima tahun pertama yang berharga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun-tahun awal inilah si kecil mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat dan perkembangan otak yang pantas, yang menjadi asas untuk keupayaan kognitif dan emosi anak di masa depan.

Namun, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kelewatan perkembangan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Laporan pada 2022 menunjukkan bahawa 7.4% kanak-kanak Malaysia berumur 12 hingga 59 bulan mengalami kelewatan perkembangan, dengan kelewatan sosial didapati paling kerap berlaku dalam kalangan domain-domain utama, termasuk kelewatan kognitif, fizikal, bahasa, dan sosial-peribadi[i]. Angka ini telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh enam tahun berbanding 1.2% pada tahun 2016[ii]

Peningkatan yang membimbangkan ini menunjukkan betapa pentingnya usaha ke arah mempertingkatkan sokongan perkembangan bagi kanak-kanak Malaysia. Ia jelas membuktikan bahawa pemakanan, pengenalpastian dan pemantauan perkembangan anak adalah sama pentingnya semasa tahun-tahun perkembangan ini, untuk memastikan setiap kanak-kanak mempunyai permulaan yang terbaik dalam hidup.

Profesor John Colombo di Universiti Kansas dan pakar perkembangan neuro-kognitif awal kanak-kanak, telah menjalankan kajian yang menekankan kepentingan pemakanan semasa tahun-tahun awal kehidupan. Beliau turut menjelaskan tentang nutrien penting yang diperlukan untuk neuroperkembangan serta kepentingan mengenal pasti dan memantau perkembangan anak untuk mengesan dan mencegah kelewatan perkembangan ini seawal mungkin.

Mengapa Perkembangan dan Penyaringan Awal Kognitif Anak-Anak Penting

Lima tahun terawal kehidupan sering dianggap sebagai “tempoh kritikal” untuk perkembangan otak, dengan seribu hari pertama yang merupanya paling penting. dimana sebanyak 80% hingga 90% daripada sambungan otak yang akan menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak terbentuk. Pada tempoh ini, otak akan mengalami pertumbuhan dan perubahan pesat yang boleh mempengaruhi kebolehan kognitif dan tingkah laku mereka[iii].

“Pada awal kanak-kanak, kemahiran pendahulu akademik dan sosial mula muncul apabila korteks hadapan otak matang. Perkembangan ini berterusan sehingga peringkat awal dewasa, yang mempengaruhi tingkah laku, kemahiran membuat keputusan, dan penaakulan. Itulah sebabnya kenapa pemakanan yang kaya dengan nutrien penting sangat diperlukan pada masa ini. Ia membantu menyokong pertumbuhan dan fungsi otak,” jelas Profesor Colombo.

Nutrien Penting untuk Menyokong Perkembangan Otak

Profesor Colombo terkenal dengan kajian klinikalnya mengenai kesan nutrien dan mikronutrien terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Hasil penyelidikan beliau, terutamanya mengenai Membran Globul Lemak Susu (MFGM), iaitu koleksi sebatian bioaktif yang penting untuk perkembangan otak. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kecerdasan (IQ), bahasa, dan fungsi eksekutif. Profesor Colombo menerangkan, “Fungsi eksekutif melibatkan perhatian terhadap situasi yang berubah, mengingati respons terdahulu, dan membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat ini. Ini adalah kemahiran penting bukan sahaja di sekolah tetapi dalam kehidupan.”

Beliau menyimpulkan penemuan terbarunya dengan menyatakan bahawa, “MFGM didapati berkait dengan fungsi eksekutif yang lebih baik, penting untuk membuat keputusan dan kejayaan akademik selepas umur 5.5 tahun.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut menjelaskan bahawa, “MFGM menyumbang kepada perkembangan myelin, yang penting untuk fungsi otak yang cekap. Ia turut membantu isyarat neural, yang penting untuk kesalinghubungan dan komunikasi antara neuron dalam otak. Proses-proses ini adalah penting untuk kebolehan kognitif dan tindak balas tingkah laku anak,”.

Dalam erti kata yang lebih mudah, bayangkan myelin sebagai lapisan penebat di keliling wayar elektrik. Sama seperti lapisan penebat itu yang membantu elektrik mengalir dengan lancar tanpa litar pintas, myelin memastikan isyarat otak bergerak dengan cepat dan cekap, meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir, belajar, dan menyesuaikan diri[iv].

Bagi ibu bapa, memastikan anak-anak mereka mendapat nutrien yang betul boleh memberi impak yang mendalam terhadap keupayaan mereka untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, dan menyesuaikan diri dengan cabaran baharu—kemahiran yang semakin penting dalam dunia kita yang serba pantas.

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Membantu Menyokong Keseluruhan Pertumbuhan dan Perkembangan Anak

Selain daripada pemakanan yang baik, mencipta persekitaran yang merangsang, responsif, dan positif dari segi emosi juga sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Hubungan yang menyokong dan mengasuh antara ibu bapa dan anak adalah kunci untuk mendapatkan hasil neuroperkembangan yang positif, kerana kanak-kanak mungkin berasa selamat dari segi emosi, meningkatkan kebarangkalian perkembangan daya tahan dan keupayaan kognitif yang diperlukan untuk kejayaan mereka di masa depan[v].

Profesor Colombo menekankan kepentingan memupuk pertumbuhan kognitif kanak-kanak dengan menawarkan alat-alat atau permainainan yang menggalakkan penerokaan dan pemikiran kritis. Alat-alat ini meningkatkan perkembangan kognitif dan menjadi asas untuk rasa ingin tahu dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Beliau mencadangkan agar ibu bapa terlibat dalam “Aktiviti mudah seperti membaca buku, melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna, dan bermain dengan mainan yang menggalakkan penerokaan. Selain itu, mewujudkan hubungan emosi yang positif dengan anak anda, aktiviti-aktiviti ini mencipta persekitaran yang menyokong untuk pembelajaran dan pertumbuhan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa juga harus sedar tentang kepentingan fungsi eksekutif—proses kognitif yang membolehkan tingkah laku yang berorientasikan matlamat. “Permainan klasik kanak-kanak sering menggabungkan elemen fungsi eksekutif, seperti memori dan perhatian, yang penting untuk perkembangan kognitif anak,” ujar Profesor Colombo.

Selain itu, alat saringan perkembangan seperti senarai semak tahap perkembangan C.O.M.E.L. (Kognitif, Optik, Motor, Emosi, Bahasa) boleh dijadikan sebagai panduan berguna untuk profesional penjagaan kesihatan mengikuti perkembangan kanak-kanak. Senarai semak ini adalah alat pemantauan yang dibangunkan bersama oleh pakar pediatrik dan Mead Johnson Nutrition Malaysia. Ia direka untuk memantau perkembangan awal otak, membantu mengenal pasti kelewatan perkembangan tepat pada masanya dan membolehkan intervensi segera.

Dalam perjalanan perkembangan kanak-kanak, pemakanan, persekitaran, dan sokongan emosi adalah tonggak yang membentuk kesihatan, tingkah laku, dan kebolehan kognitif anak-anak di masa depan. Pemberian pemakanan yang betul dan penyediaan persekitaran yang menyokong serta merangsang semasa tahun-tahun awal bukan sekadar langkah segera tetapi ia memberikan manfaat seumur hidup yang membentuk masa depan kanak-kanak untuk permulaan yang terbaik dalam kehidupan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengenai Mead Johnson Nutrition Malaysia 

Mead Johnson Nutrition Malaysia adalah pengeluar   produk pemakanan kanak-kanak yang terkemuka, dengan tujuan menyediakan nutrisi terbaik untuk memberikan khasiat kepada kanak-kanak Malaysia melalui inovasi dan penyelesaian yang berasaskan sains.

Ditubuhkan pada tahun 1905 oleh Edward Mead Johnson, Sr. di Jersey City, New Jersey, Mead Johnson mempunyai sejarah yang kaya selama satu abad dalam penjagaan dan komitmen untuk memajukan sains dalam bidang pemakanan.

Dengan lebih dari 100 tahun kepakaran dalam bidang sains dan pemakanan, Mead Johnson Nutrition merupakan jenama pertama yang menambahkan D.H.A. ke dalam susu formula kanak-kanak pada tahun 2000 dan juga pertama dalam menambah ramuan berinovatif M.F.G.M. ke dalam susu formula kanak-kanak yang terbukti bermanfaat untuk perkembangan otak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Enfagrow A+ MindPro, jenama #1 yang disyorkan pakar di Malaysia [vi], mengandungi tahap D.H.A. [vii] yang disyorkan oleh pakar dan MFGM untuk menyokong perkembangan I.Q. & E.Q. yang lebih tinggi dalam jangka panjang melebihi 5 tahun. 

Menerusi penyelidikan berterusan, penglibatan komuniti, dan kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan, Mead Johnson Nutrition Malaysia memperkasakan ibu bapa dan penjaga dengan ilmu pengetahuan serta sumber yang diperlukan untuk memastikan asas yang kukuh untuk generasi masa depan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari layari [www.enfagrow.com.my/]. 

[i] https://iku.gov.my/images/nhms-2022/TRNHMSmch2022.pdf

[ii]  Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. 2016. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2016: Maternal and Child Health. Vol. II: Findings, 2016. pp 27 poster hamizah (moh.gov.my)  

[iii] First 1,000 Days – a Critical Time for Children’s Brain Development | Masonic Institute for the Developing Brain (umn.edu) and Harvard University. Brain Architecture. Accessed: February 7, 2024. https://developingchild.harvard.edu/science/key-concepts/brain-architecture/

[iv] Lazari, A. (2024). The importance of insulation in our brains’ wiring. Nuffield Department of Clinical Neurosciences. Retrieved from Nature Communications. https://www.ox.ac.uk/news/features/why-our-brain-wiring-s-insulation-matters

[v] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7781063/

[vi] Claim based on 2023 MJN HCP Brand Health Tracker – wave 9 Report

[vii] Viii: FAO/WHO recommends daily dietary DHA intake of 10-12mg/kg body weight for children 12-24 months or 100-150mg DHA+EPA for children 2-4 years old. Reference: FAO 2010. Fats and fatty acids in human nutrition. Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper no.91. FAO: Rome

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan