Pemandu Tidak Berhemah Hanya Akan Meninggikan Risiko Kemalangan Jalan Raya

Sebuah video rakaman telah menunjukkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan berbahaya, mengejar kenderaan Tunku Khalsom.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali kita membawa kenderaan, kita akan menghadapi risiko kemalangan jalan raya.

Sebuah video rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh Tunku Khalsom Ibrahim (@khalsomsom) telah mendapat perhatian orang ramai dan media sosial.

Video berkenaan menunjukkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan berbahaya, mengejar kenderaan Tunku Khalsom.

Ketika itu, ibunya yang membawa kenderaan pickup tersebut dan kedua-dua kenderaan sedang menuju ke Kuala Lumpur, di Lebuh Raya Karak, Pahang.

sumber: Facebook

Marah apabila kena hon

Pemandu bas yang memandu dengan laju telah mengejutkan semua orang di dalam kereta mereka. Ibu Tunku Khalsom telah membunyikan hon agar pemandu bas itu boleh memperlahankan permanduannya. Tetapi sebaliknya, pemandu itu telah membalas dengan menggunakan honnya pula.

Ibu Tunku Khalsom telah bertindak menjauhkan kenderaan mereka dari bas tersebut, memandangkan anak Tunku Khalsom yang berusia satu tahun bersama dalam kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Situasi semakin mencemaskan apabila pemandu bas ekspres itu seolah-olah tidak berpuas hati dan bertindak mengejar kenderaan dipandu ibunya. Pemandu tersebut telah cuba beberapa kali untuk memotong kenderaan mereka.

“Dia langsung tidak memberi isyarat (ketika menukar lorong), dan telah tukar dari satu lorong ke lorong yang lain dengan meleluru” hujar Tunku Khalsom.

sumber: Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya pemandu bas samseng itu telah berjaya memintas kenderaan mereka. Ibunya telah memperlahankan kereta and berjaya menjauhkan diri dari pemandu bas ekspres itu selepas melepasi tol.

Video berkenaan telah mendapat perhatian pihak SPAD dan syarikat bas itu. Pemandu bas ekspres terbabit telah digantung kerja serta merta.

Pemandu yang berhemah untuk mengelakkan risiko kemalangan

Seringkali kita melihat situasi dimana kenderaan besar mengambil kesempatan dengan memandu seperti raja di jalanan tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan yang lain.

Sebenarnya pemandu kereta juga tak kurang yang memandu secara merbahaya, memotong sesuka hati dan tidak menitikberatkan risiko kemalangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang Malaysia dikenali sebagai pemandu jalan raya yang ganas, tidak sabar, pentingkan diri dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Maka tidak hairanlah jika negara kita mempunyai kadar jumlah kemalangan yang tinggi terutama apabila tiba di musim-musim perayaan atau cuti panjang.

sumber: maryland

Walaupun ramai pemandu lain yang bersikap sabar, berhemah dan mematuhi undang-undang. Tetapi oleh kerana sikap segelintir ini, ramai yang marah dan rasa tidak puas hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malangnya, ada yang akhirnya turut bertindak sedemikian. “Meluat betul dengan pemandu macam ni. Rasa nak buat balik je, biar dia rasakan.”

Sebagai pemandu, kita perlu sedar yang kita kongsi gunakan jalan raya. Kita sepatutnya berusaha untuk menjadi pemandu yang berhemah dan bersopan santun. Kita boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan mengikuti peraturan dan keselamatan jalan.

Jangan selalu ingatkan diri sahaja. Pemandu-pemandu lain mungkin seorang bapa, isteri, ataupun anak orang. Kadang-kadang, nyawa sekeluarga dalam satu kereta.

Jangan memandu secara membuta tuli dan bawa bersabar semasa di jalan. Berhati-hatilah di jalan raya, sepanjang cuti sekolah ini. Malang tidak berbau, sesal kemudian tiada gunanya.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: Star, Mynewshub

Penulis

Rosanna Chio