Memandangkan seluruh negara di dunia masih lagi dalam fasa pemulihan dari ancaman Covid-19, masyarakat dinasihatkan berjaga-jaga meneruskan kehidupan norma baru seperti memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dengan pembasmi kuman atau sabun serta mengamalkan SOP yang ditetapkan.
Sebagai ibu ayah, anda adalah ketua bagi memastikan ahli keluarga dalam keadaan baik dan majoritinya akan menyimpan ‘stok’ cecair pembasmi kuman di rumah, dalam beg tangan, malah dalam kenderaan.
Bayi terminum cecair pembasmi kuman yang diberi oleh neneknya
Namun siapa sangka kesilapan kecil dalam menyimpan dan menggunakan cecair hand sanitizer ini telah mengundang tragedi buruk terhadap anak yang masih kecil.
Seorang wanita dari Manitoba, Kanada, Nikki Teixeira telah memberi amaran kepada para ibu bapa untuk berhati-hati dalam memilih pembungkusan hand sanitizer yang dijual dalam pasaran.
Difahamkan anak lelakinya yang bernama Logan baru berusia 18 bulan. Mukanya bertukar kemerah-merahan dan menjadi sangat mengantuk setelah memakan beberapa paket cecair pembersih tangan Trolls World Tour yang diberikan oleh neneknya.
Hal ini terjadi apabila nenek bayi berkenaan tersalah memberinya makan kerana menyangka ia adalah bungkusan snek ringan. Memandangkan design paket tersebut terlalu comel dan tulisannya pula begitu kecil, wanita berkenaan tanpa berfikir panjang memberikan kepada cucunya.
Ibu ayah bayi berkenaan telah berkongsikan kepada pihak media tempatan, Good Morning America bahawa mereka membeli alat pembersih tangan itu untuk anaknya berusia 7 tahun dengan tujuan mudah dibawa ke sekolah.
”Saya berkenan dengan cara pembungkusan hand sanitizer berkenaan. Pada mulanya ketika memilih, saya langsung tidak menganggapnya seperti makanan,” jelasnya.
Bayi tiba-tiba ingin ‘tutup mata’
Berceritakan tentang kejadian itu, setelah Logan makan barulah neneknya menyedari ia adalah cecair pembasmi kuman. Dia dengan paniknya telah memanggil jiran dan menghubungi talian kecemasan kerana bayi berkenaan kelihatan pening dan ingin menutup mata.
Ms Teixeira mengatakan dalam lima minit dia “tertidur”. Kami mengawasinya dengan teliti sebelum menunggu pihak paramedik tiba untuk membawanya ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Wanita berkenaan turut sempat berkongsikan paket Trolls World Tour yang dibeli secara atas talian pada 25 Ogos lalu dan memberi amaran kepada ibu bapa agar tidak membeli produk tersebut.
“Tolong JANGAN beli beg pembersih tangan yang comel ini dari Wal-Mart yang mudah disalah anggap sebagai paket makanan untuk anak kecil,” tulisnya dalam catatan Facebook.
“Saya hanya ingin memastikan agar anda sentiasa berhati-hati. Paket hand sanitizer yang comel boleh disalahguna oleh orang lain memandangkan ia kelihatan seolah-olah makanan ringan kanak-kanak. Saya juga menyeru agar ia tidak diletakkan di mana-mana rak pasaraya,” jelasnya.
Hasil penelitian pada paket berkenaan telah disertakan dengan tulisan peringatan kecil yang mengatakan: “Jangan Makan”.
Menurut syarikat pengeluar produk berkenaan, Smart Care, sejak berita berkenaan menjadi tular, pihaknya telah menarik semula barangan tersebut dari seluruh kedai.
“Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan No.1, kami telah menukar pembungkusan paket plastik cecair pembersih tangan ini ke dalam botol untuk menghilangkan salah faham atau kebimbangan,” kata jurucakap syarikat itu.
Tidak sengaja telan hand sanitizer boleh menyebabkan kematian
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melaporkan bahawa sesiapa yang terminum cecair ini boleh mengalami kematian atau buta.
Menurut MedicalXpress, dari bulan Mei dan Jun, seramai 15 orang pesakit telah dikejarkan ke hospital selepas minum hand sanitizer yang mengandungi methanol. 4 daripadanya telah meninggal dunia dan 3 lagi mengalami buta.
”Menelan produk cecair hand sanitizer jenis alkohol mengandungi methanol yang menyebabkan keracunan mengancam nyawa,” ujar Dr. Luke Yip dari pasukan Respon Covid-19 CDC.
Tambahnya lagi, sebarang jenis hand sanitizer boleh membahayakan kesihatan. Hal ini kerana umumnya produk pembasmi kuman mengandungi 60 hingga 90 peratus kadar alkohol.
”Anak-anak kecil paling berisiko menelannya, tetapi ini boleh beracun jika menggosokkan pada bahagian kulit atau menghirupnya,” ujar peneliti.
Sumber: Mirror.co, Suara
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkandungan-hand-sanitizer