Jurugambar Biadap Ini Hina Ibu Bersalin Pembedahan Caesar Sebagai Tak "Real"

Jurugambar biadap ini lantang menghina seorang wanita yang bersalin secara pembedahan c-seksyen sebagai tak "real". Apa pandangan anda?

Wanita yang bersalin secara pembedahan caesar sering ditindas

Kebanyakan orang suka mengutuk dan menghina wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan Caesar sebagai orang yang mengambil cara mudah untuk bersalin.

Namun, ibu ini tak menyangka dia akan menerima reaksi biadap sebegini teruk. 

Permintaannya ditolak mentah-mentah oleh seorang jurugambar kelahiran selepas mengetahui dia akan bersalin melalui pembedahan caeser.

Berang dan tidak berpuas hati, ibu tersebut telah berkongsi gambar tangkapan skrin perbualan mereka dan memuatnaiknya di laman Facebook Sanctimommy, seperti di bawah:

Sumber gambar: Facebook / Sanctimommy

Ternyata ramai ibu-ibu marah dan tidak bersetuju dengan perbuatan jurugambar tersebut. Selepas perbualan itu dimuat naik, ia telah tular dan dikongsi sebanyak 4000 kali.

Tuduhan memperlekehkan pembedahan caesar yang tidak berasas

Jurugambar itu menuduh wanita itu mementingkan diri dan mengambil cara mudah dengan melakukan pembedahan.

Petikan mesej tersebut berbunyi begini:

“Pembedahan adalah sebuah pembedahan. Ia tak boleh diambil kira sebagai proses melahirkan anak. Anda tak melahirkan anak. Anda cuma mengeluarkan anak dari ruang perut sahaja. Saya tidak peduli macam mana anda mahu memutar-belitkan situasi ini, tetapi saya tak mahu mengambil gambar-gambar anda. Jangan panggil saya sehingga anda berani menyahut cabaran sebenar sebagai seorang ibu dengan membuat keputusan untuk bersalin secara normal!”

Sebelum ini wanita tersebut telah menjelaskan bahawa dia tidak pernah membuat “pilihan” itu.

“Tidak sangka ada juga jurugambar kelahiran yang mendiskriminasikan cara ibu melahirkan bayi mereka.”

Jurugambar biadap yang kurang ilmu

Foto ehsan news.com

Orang ramai selalu menganggap jurugambar kelahiran sepatutnya tahu sedikit sebanyak tentang proses kelahiran dan keputusan yang perlu diambil ketika saat genting ini.

Kita tidak tahu cerita disebalik keputusan seorang ibu.

Mungkin kerana keadaan terdesak, ibu itu terpaksa memilih pembedahan caesar untuk keselamatan bayinya.

Apa-apa pun pilihan ibu tersebut, orang lain tidak berhak untuk mengutuk atau memperkecilkan keputusannya.

Pembedahan caeser adalah pembedahan yang besar, mempunyai risiko yang lebih tinggi serta masa pemulihan yang lebih lama.

Maka, keputusan untuk menjalani pembedahan adalah keputusan ibu itu sendiri dan bukan keputusan yang dibuat oleh orang ramai.

Mari berhenti menghina dan memperlekeh wanita hamil lain kerana kita semua sama saja. Kita berusaha keras untuk melahirkan si manja tercinta di dunia ini. 

Kita sama-sama seorang wanita hebat yang harus dihargai. 

Sumber: Little Things 

Gambar © Westend61/Getty Images, Sanctimommy 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com10-perkara-untuk-dijangkakan-sekiranya-anda-melalui-c-seksyen/

Penulis

Rosanna Chio