Pembedahan c-section atau caesar
Kadar dan kekerapan ibu melahirkan anak melalui pembedahan caeser, seolah-olah semakin bertambah tahun demi tahun.
Ini telah menimbulkan rasa ingin tahu seorang ahli biologi teori – Philipp Mitteröcker untuk mengkaji kaitan antara manusia dengan cara bersalin.
Tidak seperti spesies lain, bayi dari manusia selalunya terlalu besar untuk saluran kelahiran (birth canal), maka timbul pelbagai komplikasi apabila tiba masa untuk bersalin.
Tahun lepas, Mitteröcker dan rakan sekerjanya telah menerbitkan model yang menunjukkan bagaimana kesan tekanan terhadap indvidu boleh membawa kepada pembedahan caesar.
Model itu mencadangkan pembedahan caesar mengurangkan kadar kematian ibu dengan bayi yang besar.
Tapi, akibat daripada itu, generasi seterusnya akan mewarisi masalah saiz bayi yang tidak padan dengan saiz pelvis ibu dan meningkatkan risiko kelahiran terhalang sehingga memerlukan pembedahan.
Kesimpulannya, wanita yang telah dilahirkan secara pembedahan caesar, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk bersalin melalui cara pembedahan juga.
Adakah model kajian itu tepat?
Namun, ramai yang mempersoalkan ketepatan model tersebut akibat pengaruh lain.
Wanita yang memilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan, jauh lebih banyak dari wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan akibat komplikasi.
Hanya kadar kekerapan pembedahan akan direkodkan dan sebab untuk pembedahan itu tidak selalunya diambil kira.
Lebih-lebih lagi jika pembedahan adalah akibat kepala bayi yang tidak sepadan dengan saiz pelvis ibu (fetopelvic disproportion, atau FPD).
Kebarangkalian pembedahan c-section akan diwarisi anak
Walaupun model ini menimbulkan banyak persoalan, Mitteröcker telah mengkaji pautan data antara generasi untuk melihat jika ada peningkatan dalam kadar komplikasi kehamilan.
Selepas mengkaji pautan data yang melibatkan 2.5 juta orang Sweden, mereka mendapati ibu-ibu lebih cenderung mengalami komplikasi kelahiran FPD sebanyak 1.66 kali jika ibu mereka (sebelum ini) telah menghadapi masalah yang sama.
Kajian dilakukan di Norway ini juga mendapati risiko itu boleh diwarisi antara ibu dan anak perempuan, tapi tidak dapat mencari kaitannya pada pihak lelaki.
Lelaki yang dilahirkan melalui caesar tidak meningkatkan risiko komplikasi ini.
Ini sangat mengelirukan kerana gen ayah sepatutnya menyumbang kepada saiz bayi juga.
Adakah pembedahan caesar tidak bagus?
Ibu-ibu selalu disalahkan akibat kadar pembedahan yang semakin meningkat kerana memilih pembedahan elektif.
Jika seorang ibu memilih pembedahan caesar, ini tidak bermaksud ibu itu mengalami masalah perubatan yang boleh diwarisi oleh anak perempuannya.
Risiko pembedahan caesar hanya apabila pembedahan itu terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak.
Tapi dengan perkembangan teknologi perubatan yang semakin pesat, kita mampu mengendali masalah ini dan orang ramai tidak perlu fikir semua orang akan dilahirkan melalui pembedahan satu hari nanti.
Tapi hasil kajian ini tidak dibazirkan.
Doktor boleh meramalkan potensi risiko jika generasi sebelum ini pernah mengalami masalah semasa kehamilan dan proses bersalin.
Mitteröcker berkata, tulang pelvis ibu yang lebih besar mungkin boleh mengurangkan masalah kelahiran, tetapi sebaliknya, ibu itu boleh mempunyai risiko organ prolapse yang lebih tinggi.
Sumber: Arstechnica
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: