Pembedahan Caesarean Seorang Ibu Selepas Kemalangan Maut

Doktor berjaya melakukan pembedahan kecemasan caesarean untuk menyelamatkan seorang bayi yang masih dalam kandungan ibunya yang kemalangan maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita warga Malaysia telah maut dalam sebuah kemalangan jalan raya yang berlaku di Jurong West, Singapura. Shin Min Daily News telah melaporkan bahawa Goh Chieh Ting, 25, sedang mengandung enam bulan apabila dia dilanggar oleh sebuah lori ketika melintas jalan.

Goh, yang berasal dari Johor, adalah seorang pemegang permit pelawat jangka panjang dan tinggal berhampiran lokasi kemalangan dengan mertuanya. 

Saksi telah melihat Goh memegang tangan wanita lain yang ternyata ibu mertuanya, ketika melintasi jalan raya. Pada hari kejadian, dia dan ibu mertuanya baru sahaja habis sarapan pagi sebelum berjalan ke pasar berdekatan. 

Kecederaan Parah di Kepala

“Wanita yang dilanggar itu dalam keadaan berbaring, dan sebelah kanan badannya penuh dengan darah,” kata seorang tukang pembersih bernama Yi Fan. Goh dikejar ke Hospital Umum Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: Facebook Goh Chieh Ting

Keadaannya tidak bertambah baik walaupun diberi rawatan di hospital dan kemudian disahkan telah meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi akibat kecederaan parah di kepala. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pembedahan Kecemasan Caesarean

Walau bagaimanapun, doktor di Singapura telah berjaya melakukan pembedahan kecemasan caesarean untuk menyelamatkan anak yang masih dalam kandungannya. Anak perempuan pramatang yang selamat dikeluarkan itu, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sedih betul membaca tentang kejadian yang menyayat hati ini, satu hari sebelum hari ibu. Pengorbanan seorang ibu tidak mengenal batas.

Malangnya seorang ibu telah meninggal dunia akibat kecederaan parah, tetapi badan ibu itu telah berjaya untuk melindungi bayi dalam kandungan. 

Rahim Ibu Tempat Yang Paling Selamat

Sumber: saferide4kids

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Rahim seorang ibu sebenarnya diperbuat dari otot-otot yang sangat kuat dan direka untuk memberikan bayi persekitaran yang selamat dan terlindung untuk berkembang.
 
Ia boleh melindung janin dari pelbagai ancaman: bunyi bising, hantukkan, gegaran dan bagaikan “ruang” kebal dari ancaman. Kedudukan rahim yang berada dalam ruang tulang pelvis, juga memberi perlindungan tambahan kepada janin.
 
Cecair amnion juga boleh membantu untuk mengurangkan pukulan keras, hantukkan dan gegaran ke perut. Ia membolehkan bayi untuk bergerak dan mengekalkan suhu bayi agar mereka tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
 
Sungguh ajaib rahim seorang ibu.

Sumber: The Star, Straits TimesLivestrong

Penulis

Rosanna Chio