Banyak Pilihan Hand Sanitizer Di Kedai, Jangan Main Beli Kerana Belum Tentu Ia Berkesan

Malaysia mencatatkan dua kes kematian akibat Coronavirus, anda diminta meningkatkan kebersihan diri dengan kerap mandi dan menggunakan pembersih tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan pembersih tangan (hand sanitizer) adalah salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk melindungi anggota tangan tanpa perlu sabun ataupun air.

Disebabkan oleh penularan wabak Coronavirus semakin mengganas dalam negara sehingga pihak kementerian menasihatkan orang ramai meningkatkan perlindungan diri dengan amalan kebersihan yang tepat.

Bukan itu sahaja, pengisytiharan Arahan Kawalan Pergerakan bagi seluruh rakyat Malaysia dilakukan bagi mengatasi gejala ini.

Pemilihan pembersih tangan

foto: livemint

Pastinya anda akan berasa tertarik dan akan berusaha mendapatkan sebotol pembersih tangan untuk kegunaan keluarga.

Namun, kebanyakan hand sanitizer yang dijual di kedai-kedai mempunyai label mengatakan ia mampu ”membunuh 99.9% kuman yang membawa penyakit”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, sedarkah anda bahawa ia tidak bermakna produk tersebut mempunyai jaminan untuk anda dan keluarga terhindar dari serangan virus Covid-19 ini?

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), mencadangkan agar seluruh ibu ayah memilih pembersih tangan yang memiliki kandungan alkohol sekurang-kurang 60% ketika anda tidak mencuci tangan menggunakan air bersih.

Melangkah sahaja masuk di kedai, pastinya membuatkan anda rambang mata melihat pam besar dan pelbagai jenis botol pembersih tangan.

Jika pada labelnya terkandung perkataan ”bebas alkohol”, ia tidak disyorkan oleh CDC meskipun orang ramai berlumba-lumba mendapatkannya.

”Beberapa pembersih tangan yang dibuat oleh jenama Purell dan Germ-X ​​bergantung kepada benzalkonium klorida dan bukan alkohol sebagai bahan aktif.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Produk antiseptik bukan alkohol seperti ini tidak berfungsi dengan baik untuk pelbagai jenis kuman. Ia mungkin hanya mengurangkan kuman, tetapi tidak mampu membunuhnya.” ujar CDC.

Tambahnya lagi, kebanyakan pengguna hanya membeli pembersih tangan tanpa mengetahui perbezaannya.

Penjualan hand sanitizer bebas alkohol 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: Gettyimages

Produk-produk bebas alkohol dijual dengan harga yang murah di kedai dan juga atas talian.

Kadang-kadang, ia sukar untuk dikesan melainkan anda melihat sendiri senarai pembersih tangan dalam pasaran, ia akan berbeza jenis dari yang disyorkan oleh CDC.

Bahagian hadapan botol tidak menyatakan bahawa ia bebas alkohol. Namun, jika meneliti kandungan belakang, terdapat cetakan kecil yang menyenaraikan benzalkonium klorida sebagai bahan aktif dan label formula bebas alkohol.

Laman web Ebay mengumumkan bahawa ia mengharamkan penyenaraian pembasuh tangan, topeng dan tisu basah pembasmi kuman.

Jika anda menaip “hand sanitizer Coronavirus” di Amazon, hasilnya akan menunjukkan pembersih tangan yang dibuat oleh syarikat berbeza dan tidak mengandungi alkohol. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya, pelanggan akan dilanda kekeliruan. Ada pengguna yang memberikan review tanda bagus dan lima bintang terhadap pembersih tangan berasaskan benzalkonium klorida bebas alkohol.

Tidak cukup dengan itu, mereka menulis: “Secara jujur, tisu basah ini adalah penyelamat hidup. Oleh kerana virus corona dan saya pergi ke Vietnam, saya membeli dengan banyak dan gunakannya ketika penerbangan, perkakas sebelum makan dan duduk sebelum duduk. Ia membuat saya rasa selamat.”

Tidak setanding amalan mencuci tangan

foto: the new york times

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Pakar Penyakit Berjangkit dari Universiti of Chicago Medicine, Emily Landon, beliau mengatakan saranan  CDC untuk memilih pembasuh tangan memiliki 60% alkohol adalah berdasarkan fakta mampu membunuh kuman.

”Pembersih dengan benzalkonium chloride sebagai bahan aktif adalah tidak baik kerana kita tidak tahu kesannya untuk perlindungan kesihatan.”

”Sebagai seorang pakar perubatan, saya mencadangkan ibu ayah agar meletakkan produk berasaskan alkohol sebagai pilihan pertama,” kata Landon.

Sehubungan dengan itu, ProPublica telah berusaha mendapatkan keterangan lanjut dari pihak pengeluar pembersih tangan bebas alkohol yang mengatakan ia mampu membunuh sehingga 99.9% kuman penyakit.

Namun, pendekatan tersebut gagal kerana mereka enggan mengulas lanjut mengenai hal ini.

Menghasilkan pembersih tangan sendiri

Disebabkan oleh kebanyakan farmasi mengalami kehabisan stok hand sanitizer, topeng muka dan cecair pembasmi kuman, terdapat pengguna yang ”kreatif” menghasilkan sendiri keperluan ini.

Bagi mereka yang bukan beragama Islam, ibu ayah menggunakan resepi dalam internet yang mencampur alkohol dengan gel dari daun lidah buaya.

Menurut Emily Landon, mereka menggunakan wiski atau vodka kerana percaya ia mengandungi alkohol yang cukup berkesan membunuh kuman.

Namun, menurut Garis Panduan Organisasi Kesihatan Dunia, penghasilan tangan memerlukan sebanyak 96% alkohol.

Pihak Vodka Handmade Tito tampil memberikan amaran kepada para pelanggan  bahawa produknya tidak mengandungi alkohol yang cukup untuk membersihkan secara berkesan.

Sumber: Motherjones

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperlindungan-diri