Bayi Lelaki Dijumpai Dalam Kotak Di Hadapan Surau, Siap Dengan Nota & Lampin

“Minta maaf, tidak mampu menjaga bayi ini,” antara petikan nota yang ditulis pembuang bayi yang dijumpai di hadapan surau pagi tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi kejadian buang bayi, dan kali ini seorang bayi lelaki telah ditemui dalam kotak di pintu utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru pagi tadi. “Minta maaf, tidak mampu menjaga bayi ini,” antara petikan nota yang ditulis pembuang bayi berkenaan.

Mengikut laporan Harian Metro, bayi yang cukup sifat itu telah ditemui oleh Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.

Disangkakan kucing 

Ketua Guru tersebut memaklumkan selain nota, di dalam kotak itu juga disertakan lampin, bedak dan tisu basah yang disediakan oleh pembuang bayi berkenaan.

Dia juga menyatakan ketika itu dia dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan dan ketika itu ternampak sebuah kotak di pintu pagar surau. Pada awalnya dia menyangka ia adalah anak kucing yang biasa dibuang orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kotak itu ditutup dengan kain biru, dan Mohd Maidin mengambil keputusan untuk melihat apa dialamnya lantas dia menyelah kain itu dan cukup terkejut apabila mendapati ia adalah seorang bayi.

Kerana faktor ekonomi, punca bayi dibuang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Nota tulisan tangan itu yang disertakan, antaranya memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga bayi itu," katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Maidin berpendapat ada kemungkinan bayi itu ditinggalkan selepas Subuh kerana surau berkenaan mengehadkan jemaah untuk bersolat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

"Saya maklumkan penemuan itu kepada jemaah surau dan mereka beritahu tidak perasan kotak berkenaan di pintu pagar ketika mereka mahu beredar," katanya yang memberitahu kejadian itu pertama kali berlaku di kampung berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui siapa pembuang bayi berkenaan dan bayi lelaki tersebut diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan