Pasangan suami isteri terpaksa buang bayi di taman kerana anak sakit

Satu kes pembuangan bayi telah berlaku di China gara-gara bayi tersebut menderita satu penyakit dan ibu ayahnya tidak mampu untuk menanggung kos rawatan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes pembuangan bayi atau kes buang bayi bukan sahaja berlaku di negara kita, malah turut berlaku di luar negara. Seperti satu kes yang berlaku di China di mana seorang bayi yang sakit telah dibuang pada waktu malam.

Pada malam Januari 20, seorang polis yang sedang meronda di satu taman di Guangdon, China, telah menemui seorang bayi perempuan berusia 6 bulan.

Bayi itu tidur di dalam kereta sorong bayi, dibuang oleh ibu ayahnya. Kenapa ibu bapanya sanggup melakukan perbuatan pembuangan bayi ini? Jom baca kisah ini.

Kes pembuangan bayi yang menyentuh hati

Bayi tersebut telah ditinggalkan seorang diri di taman pada malam hari bersama dengan beberapa barangan keperluannya.

The Guangzhou Daily melaporkan di sisi bayi tersebut, terdapat satu beg yang mengandungi susu formula, ubat-ubatan, pakaian dan juga sekeping surat.

Selepas dijumpai, pihak berkuasa telah membawanya ke hospital di mana dia dijaga buat sementara waktu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Scmp.com

Kes pembuangan bayi, ibu ayah tinggalkan nota

Menurut surat yang ditulis oleh ibu bapa bayi tersebut, mereka terpaksa membuang anaknya kerana wang simpanan mereka telah habis dan tidak lagi mampu menanggung kos perubatan si anak.

Tertulis di dalam nota tersebut yang si kecil malang itu mengalami penyakit epilepsi.

Mereka telah membelanjakan hampir 60,000 yuan (lebih kurang RM37,200) demi mengubati penyakit bayinya namun si kecil itu masih gagal untuk sembuh.

Jadi, mereka berharap yang pihak berkuasa ataupun agensi kebajikan dapat menjaga bayi itu bagi pihak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Scmp.com

“Tiada ibu ayah yang tidak sayangkan anak sendiri. Tetapi, kami sangat tidak mampu untuk menanggung perubatan anak kami. Kami tahu tindakan ini sangat mementingkan diri sendiri dan faham jika anda tidak dapat memahami situasi kami.”

Mereka juga turut menulis:

“Kami berharap yang anak kecil ini akan membesar dengan sihat…kami harap seseorang dapat membantu anak malang ini.”

Surat meruntun hati oleh ibu ayah yang terdesak

“Jika boleh (kepada sesiapa yang akan menjaga anak kami nanti), layanlah bayi kami, peganglah tangan dan kakinya.”

Ibu ayah ini turut menulis yang mereka sanggup menanggug dosa dalam “kehidupan yang akan datang” kerana kes buang bayi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga akan berasa amat berterima kasih kepada sesiapa yang menjaga anak mereka.

Pihak berkuasa China sukar menyelesaikan kes pembuangan bayi ini

Kredit: Scmp.com

The Guangzhou Daily  melaporkan yang pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mencari ibu bapa kepada bayi ini.

Mereka meninggalkannya dalam stroller pada waktu malam, jauh daripada rakaman kamera sekuriti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jika dia terus tinggal dengan kami, bayi kami pasti akan mati. Dia tidak akan mendapat pendidikan yang diperlukan. Hidupnya akan musnah.”

Ibu ayah yang terdesak terpaksa buat pembuangan bayi

Kes buang anak yang berlaku di China ini sedikit unik kerana laporan banyak mengisahkan isi hati atau luahan perasaan dalam surat yang ditinggalkan di sisi bayi.

Kredit: Scmp.com

Kes buang anak ini dilakukan oleh sepasang ibu ayah yang sangat terdesak!

Mungkin ia terjadi kerana bebanan kewangan yang menimpa mereka dek kekurangan perkhidmatan kesihatan yang murah di negara tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah pasti, harga kos rawatan yang tinggi tidak mampu ditanggung oleh  keluarga kelas pertengahan dan bawahan.

Kami berharap, kes ini tidak dipandang ringan oleh pihak berkuasa China. Masalahnya melebihi daripada kes buang anak semata-mata, tetapi turut melibatkan masalah perkhidmatan kesihatan yang kurang mesra rakyat.

Kami juga berdoa agar bayi perempuan ini menjumpai penjaga yang dapat menyayangi dan menjaganya sepenuh hati. Serta, semoga si kecil comel ini segera sembuh!

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, Scmp.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bapa selamba campak bayi dalam tong sampah kerana ingat bayi sudah mati

Penulis

Noor