Di zaman serba canggih sekarang, sukar untuk kita didik anak-anak untuk tidak menjadi pembuli siber. Tiada ibu bapa mahu membesarkan anak menjadi orang yang tidak baik. Kita selalu mengajar anak kita untuk menjaga kelakuan dan menghormati orang lain.
Tapi, kajian baru-baru ini oleh Pusat Kajian Internet dan Projek Kehidupan Rakyat Amerika Pew mendapati, 1 dari 4 dewasa telah diganggu oleh pembuli siber dan peratusnya lebih tinggi pada orang muda.
Ini bermakna anda perlu mendorong anak-anak untuk tidak berhubung atau terlibat dalam apa-apa perbualan yang bahasa kasar yang menjadi kebiasaan mereka.
Sebelum anak-anak boleh melibatkan diri dalam membantu orang lain dari dibuli, mereka perlu mengamalkan cara-cara ini.
Ia mungkin nasihat yang lapuk, tapi cara-cara ini adalah asas untuk mendidik anak-anak bagi menjalinkan hubungan yang sihat dengan orang di rumah, di sekolah dan lambat laun di tempat kerja dan kehidupan dalam masyarakat yang lebih besar.
Cara-cara mengajar anak untuk tidak menjadi pembuli siber
1. Jangan PERNAH mengeluarkan kata-kata yang tidak baik – Pastikan anak-anak faham yang anda tidak akan toleransi jika anak-anak anda mengeluarkan perkataan yang merendah-rendahkan bangsa, agama, jantina, kaum, keupayaan atau orientasi seksual seseorang.
2. Penderitaan orang lain bukan sesuatu yang kelakar. Jauhkan anak dari rancangan TV, filem atau video online yang mendorong mereka mentertawakan penderitaan orang lain.
3. Jangan sebar khabar angin. Ajar anak untuk tidak menceritakan atau forward apa-apa cerita atau pernyataan yang mereka dengar tentang orang lain. Ini adalah penting lebih-lebih lagi untuk sebab-sebab tertentu mereka tidak sukakan orang itu.
4. Menghormati privasi. Mesej atau gambar yang dihantar oleh rakan adalah privasi antara penghantar dan penerima. Komunikasi atas talian tidak patut dikongsikan tanpa kebenaran si penghantar.
5. Jangan merungut. Di kehidupan biasa, jika anak anda tidak suka sesuatu yang orang lain lakukan atau cakapkan, mereka boleh menyatakan pendapat mereka, tapi tidak boleh menyumpah atau menjerit.
Online juga tidak ada bezanya. Jangan membebel. Jangan menggunakan bahasa kasar. Jangan melakukan serangan peribadi.
6. Berhati-hati bila bergurau. Di dunia realiti, bila kita berkata sesuatu yang sarkastik, orang boleh melihat reaksi kita dan tahu yang ia hanyalah gurauan. Di alam maya sebaliknya, susah untuk bezakan komen yang patut dianggap kelakar atau sebaliknya.
7. Fikir sebelum menghina. Sesetengah orang menghina untuk menunjukkan yang mereka lebih pandai. Soalan yang kita perlu tanya pada diri sendiri adalah, “Mengapa kita rasa seronok bila kita merendahkan orang lain?”
Ibu bapa boleh membantu anak anak untuk membayangkan perasaan orang lain. Suruh mereka bayangkan, cakap benda yang sama depan-depan.
Apa yang orang akan rasakan dan jika ada orang cakap benda yang sama pada mereka, apa yang mereka rasa?
Semua ini boleh membuat anak-anak berfikir tentang moral. “Layan orang seperti mana anda mahu orang melayan anda.” Dengan berfikiran sebegini, anda dapat mengenal kekejaman dan berbuat baik. Dua kebolehan yang penting dalam hubungan sesama manusia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Carolina Parent
Baca juga:
https://my.theasianparent.comiphone-terkunci-48-tahun