Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya

Pembulian telah menyebabkannya membunuh diri. Namun pembulinya masih tidak puas hati. Semoga tenang di sana, Brandy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang sudah terjadi dengan dunia sekarang? Saya bertanya kepada diri sendiri soalan yang sama ketika terbaca tentang seorang remaja perempuan menembak dirinya sendiri di hadapan ibu bapanya kerana penat dibuli di alam maya.

Walaupun begitu, dia tetap diganggu di atas talian selepas kematiannya. Dan paling teruk, pembuli itu, atau sekumpulan pembuli itu, mengejek tentang kematiannya dengan membuat laman khas sebagai ucapan kematian (eulogy) untuknya.

Brandy Vela, seorang gadis remaja berusia 18 tahun dari Texas, menamatkan nyawanya bulan lalu.  Dia telah dibuli dengan kejam dan tanpa belas kasihan. Punca utama buli – berat badannya. Menurut kakaknya, geng pembuli akan membuat profil Brandy palsu di laman berpacaran (dating site), dan memberikan nombor telefon sebenarnya. Keluarnya Brandy telah melaporkan hal ini kepada pihak polis, namun tiada apa yang dapat dilakukan.

Hari yang Brandy membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya, dia menghantar mesej kepada keluarganya.

Sumber: KPRC

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum Brandy menembak dirinya, kakaknya mendengar suara sesorang menangis dan masuk ke biliknya. Dia menemui Brandy dengan sepucuk pistol menghala ke dadanya, menangis tanpa henti. Keluar Brandy cuba memujuk supaya dia tidak meneruskan niatnya, namun gagal. Dia menembak dirinya dan meninggal dunia akibat kecederaan itu dalam perjalanan ke hospital.

Dia disahkan meninggal pada 7 Disember 2016. Dua hari kemudian, seseorang telah menubuhkan kumpulan Facebook sempena madah untuknya. Malangnya, pembuli-pembuli siber langsung tidak kasihan dengan gadis yang sudah meninggal dunia itu. Menurut laporan berita, sama ada orang yang sama atau empat orang yang menjadikan bahan lawak dengan kematiannya. Ia adalah sesuatu yang sangat kejam.

Kematiannya telah membawa kepada lebih ramai aktivis melawan pembuli siber. Bapanya meraih sokongan netizen terhadap seksaan dunia moden itu. Hal yang terburuk mengenai perkara ini ialah, termasuk orang yang dilihat sebagai tidak akan melakukan perkara tersebut juga berakhir dengan menghakimi sebegitu atas pengaruh internet.

Kumpulan Facebook itu telah menjadi kumpulan tertutup sekarang, dan bukan untuk para pembuli.

Adakah anak anda dibuli secara siber?

Bertentangan dengan apa yang anda mungkin fikir, pembulian siber adalah tidak jarang. Jika anak anda bermain permainan atas talian yang melibatkan ramai pemain atau jika dia berinteraksi dengan media sosial, dia berpeluang untuk dibuli. Menurut National Crime Prevention Council, anak anda mungkin menjadi mangsa pembulian siber jika dia menunjukan pengunduran diri dari sosial. Ini bermakna dia tidak membuat perkara yang sebelum ini menjadi kegemarannya.

Selain daripada gangguan emosi, dia mungkin akan mengelak daripada pergi ke beberapa tempat, mendapatkan kumpulan rakan baru atau terus mengelak daripada menggunakan teknologi. Seperti yang telah dinyatakan, bendera merah adalah pengeluaran secara tiba-tiba daripada teknologi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi dari sudut yang lain, jika seseorang itu membuli seseorang yang lain, dia akan menjadi sangat berahsia tentang aktiviti dalam taliannya. Dia mungkin akan menjadi gelisah jika akses kepada teknologinya adalah terhad.

Apa yang anda patut buat jika ini terjadi?

Dibuli atau membuli bukanlah sesuatu yang boleh di ambil ringan. Yang menjadi masalahnya ialah, kanak-kanak tidak dapat membezakan dunia realiti dan maya lalu berakhir dengan membuat pilihan drastik jika tidak dibantu dengan segera.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan di dalam situasi tersebut

  1. Pastikan peralatan teknologi di tempat terbuka. 
    • Ia kedengaran seperti susah tetapi tidak mustahil. Daripada memberi anak-anak anda komputer riba atau tablet, pasang komputer meja di ruang tamu. Ini akan memastikan anak-anak anda tidak keseorangan di hadapan komputer. Hadkan penggunaan internet mereka. Ada sebabnya mengapa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan mempunyai email sendiri.
  2. Memandang serius sebarang perubahan sikap.
    1. Remaja mempunyai kecenderungan untuk perubahan mood. Namun ia juga mungkin disebabkan oleh pembulian siber. Jika anak anda dibuli, dia memerlukan anda. Jadi pastikan anda bersembang secara terbuka dengan anak anda.
  3. Buat mereka faham yang dunia realiti lebih penting.
    • Ya, ianya amat sukar untuk memisahkan alam maya dan realiti. Namun amat penting untuk mereka belajar tentang nilai memisahkan dua dunia ini. Dia akan belajar dari anda. Jadi, simpan jejak penggunaan atas talian anda. Sebaliknya, tunjukan kepadanya dunia sebenar – kemewahan dunia realiti dan makanan di dapur. Biarkan dia faham yang lebih penting ialah membina identiti di dunia sebenar.
  4. Cari sebab.
    • Jika anak anda dibuli, pasti ada puncanya. Bercakap dengan anak anda. Mungkin, dia tidak sedar akan impaknya terhadap orang lain. Mungkin, dia hanya menjadi kanak-kanak, atau mungkin dia sedang cuba menyesuaikan diri. Tetapi jika ada sebab yang lebih serius, anda memerlukan pertolongan profesional. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat dari pakar psikiatri. Yang paling penting, dia mendapat pertolongan.

Mari kita berganding bahu melawan pembulian siber.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

(Sumber cerita: CNN. Sumber imej : Laman Facebook mangsa. Semoga dia tenang di sana)

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma