Hairan dengan pemikiran masyarakat sekarang yang sanggup melakukan pembunuhan kejam ke atas janin atau bayi yang belum tahu apa-apa. Ini kerana masih ada kes bunuh bayi, buang bayi dan sebagainya terjadi dalam dunia hari ini.
Bila difikirkan semula, apa keuntungan yang boleh mereka dapat jika melakukan perbuatan terkutuk ini?
Hal tersebut tentunya membuatkan masyarakat menjadi geram dan sedih dengan apa yang terjadi.
Namun baru-baru ini di gemparkan pula penemuan sosok janin yang direbus dalam sebuah periuk dan kejadian ini berlaku di blok HDB Chin Swee Road, Singapura.
Pembunuhan kejam, penemuan mayat janin dalam periuk
Pada awalnya, penduduk sekitar melaporkan ada terhidu bau busuk pada 10 September 2019 yang lalu selama hampir dua minggu.
Setelah disiasat, mereka akhirnya menemukan mayat janin dalam keadaan setengah matang direbus dalam periuk logam sekaligus terus melaporkan pada pihak polis.
Walau bagaimanapun, keadaan janin itu dalam keadaan hangus hingga memberi kesukaran pada pihak polis untuk memastikan identiti janin.
Berdasarkan maklumat dari jiran tetangga, penghuni yang tinggal di rumah tersebut adalah dua bersaudara yang menetap hampir empat bulan. Namun si kakak kini sedang menjalani hukuman di penjara.
Jadi sekarang tinggal si adik yang berumur 20 tahun yang tinggal sendirian dalam flat itu. Menurut media di sana lagi, adik lelaki itu telah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan lanjut.
Namun menurut jiran, pemuda itu memiliki cacat intelektual dan jarang keluar dari rumahnya.
2 keadaan atau faktor pembunuhan janin
1. Faktor dalaman : Ibu kepada janin
2. Faktor luaran : Individu yang sengaja berniat untuk membunuh janin atau berlaku penganiayaan ke atas si ibu hingga keguguran.
Pembunuhan janin berlaku berdasarkan beberapa keadaan seperi berikut
#1. Janin benar-benar gugur dan terpisah dari kandungan ibu. Sekiranya tidak maka individu itu dikira tidak bersalah dan tidak dikenakan sebarang hukuman.
#2. Janin mesti berpisah daripada ibunya dalam keadaan mati. Namun sekiranya masih hidup dan kemudiannya mati ini perlu diperbincangkan dalam kalangan pelbagai mazhab.
#3. Sesuatu berlaku hingga memberi kesan pada janin seperti memukul, meracun atau menggunakan alat tertentu dengan tujuan untuk membunuh janin. Namun perlakuan kecil seperti mencubit tidak termasuk dalam kategori ini.
Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan pembunuh yang mengaku bersalah akan mendapat hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukannya itu.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: World Of Buzz
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compembantu-rumah-bunuh-bayi