5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

Ini antara senarai pemeriksaan semasa mengandung yang perlu anda lakukan pada setiap trimester. Pemeriksaan ini dilakukan ada sebabnya...

Pasti ia satu berita yang menggembirakan apabila doktor mengesahkan anda hamil. Tapi dalam excited itu, untuk memastikan kandungan anda tetap sihat, anda perlu melakukan pemeriksaan semasa mengandung setiap bulan.

Mengapa ada pemeriksaan semasa mengandung? Setiap pemeriksaan ada tugasnya yang tersendiri.

Di sini, kami sediakan senarai pemeriksaan semasa mengandung yang harus anda buat mengikut trimester.

Pemeriksaan semasa mengandung trimester pertama

Pemeriksaan kehamilan di trimester pertama adalah antara yang paling penting untuk mengetahui perkembangan janin dalam rahim.

Pemeriksaan semasa mengandung ini juga untuk memastikan janin sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat. Ini adalah pemeriksaan yang perlu anda lalui:

1. Pemeriksaan darah

Darah anda akan diambil untuk membuat pemeriksaan:

  • Imunisasi terhadap penyakit rubella dan cacar air
  • Penyakit Hepatitis B, Sifilis dan HIV
  • Memeriksa tahap hemoglobin dalam darah
  • Mengetahui jenis darah
  • Memeriksa sama ada anda mempunyai penyakit toxoplasmosis atau tidak

2. Ujian air kencing

Ujian ini dilakukan untuk mengetahui sama ada anda mengalami jangkitan saluran kencing atau ginjal, hormon hCG, dan tahap gula dalam air kencing.

Selain dua ujian ini, anda juga akan menjalani pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan dan mengira due date anda.

Pemeriksaan semasa mengandung trimester kedua

Pemeriksaan pada trimester kedua pula meliputi pemeriksaan darah untuk mengetahui sama ada anda ada kelainan di tabung saraf tulang belakang, kemungkinan down syndrome, kencing manis semasa hamil.

Untuk ujian air kencing pula, doktor akan memeriksa jika anda mempunyai kemungkinan jangkitan saluran kencing atau praeklampsia.

Pemeriksaan ultrasound juga dilakukan untuk memeriksa perkembangan janin normal atau tidak berdasarkan usia kandungan serta mengukur panjang rahim dan gerakan janin.

Pemeriksaan semasa mengandung trimester ketiga

Ultrasound dilakukan untuk memeriksa jumlah air ketuban, perkembangan janin dan mengukur tulang peha, kepala dan perut bayi anda.

Ultrasound juga dibuat untuk periksa kedudukan bayi sama ada songsang atau tidak dan periksa jantung bayi dan kesihatan bayi dalam rahim serta kedudukan uri dan servik sama ada anda sudah bersedia untuk bersalin atau belum.

Ujian air kencing dan darah terus dilakukan sepanjang trimester ini kerana ia harus dipantau dengan sentiasa.

Semua jenis pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan keadaan anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang proses kehamilan.

Setiap ibu yang hamil juga mungkin akan mengalami pemeriksaan yang berbeza terutamanya jika anda mengalami komplikasi kehamilan.

Apa yang paling penting, anda perlu jaga kesihatan dan berehat dengan secukupnya untuk menjaga kesihatan anda dan bayi anda. Semoga info ini bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Gerakan Janin Dapat Dirasai Seawal Usia 18 Minggu Kehamilan, Buat Ibu Makin Teruja!

Penulis

Nadia Ghafar