Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus

Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, hanya 50% ibu ayah tahu tentang Rotavirus. Belajar cara pencegahan di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(1)

Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, hanya 50% ibu ayah tahu tentang Rotavirus.

Ini adalah panduan ringkas tentang cara membantu melindungi anak-anak daripada jangkitan rotavirus, terutamanya untuk ibu ayah di luar sana. Ibu ayah, tolong jangan ambil mudah jangkitan ini kerana ia boleh membawa maut. Ia mungkin seperti cirit-birit, namun kesannya kepada anak-anak sangat berbahaya.

Selagi ada cara untuk mencegah jangkitan ini, sila teruskan berbuat demikian.

Apa itu Rotavirus?

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rotavirus mendapat namanya daripada perkataan Latin “rota” yang bermaksud roda dan virus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda2.

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit-birit dan muntah di kalangan kanak-kanak3. Ia merebak melalui pencemaran najis2.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(4)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Virus ini boleh mengakibatkan demam, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak berkenaan2.

Walaupun cirit-birit dikenalpasti sebagai simptom utama Rotavirus, hanya 1 daripada 3 ibu yang menjawab tinjauan dalam aplikasi theAsianparent telah mengenal pasti jangkitan ini dengan betul.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(5)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kesan Rotavirus yang paling teruk ialah dehidrasi akibat cirit-birit, 2 daripada 5 ibu yang menjawab tinjauan yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent berpendapat bahawa demam tinggi lebih teruk.

Ini adalah gejala dehidrasi yang ibu ayah perlu menitikberat2:

  • Mulut dan tekak kering
  • Tidak mengeluarkan air mata ketika menangis
  • Mengantuk luar biasa
  • Kekurangan air kencing

Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh menyebabkan kehilangan cecair yang mungkin mengakibatkan kemasukan ke hospital dan perlu mendapatkan rawatan titisan intravena6.

Golongan berisiko dijangkiti rotavirus

Jangkitan rotavirus ini dikenali sebagai jangkitan usus yang kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah3. Ada sepuluh spesies rotavirus tetapi Rotavirus A adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak kanak7

Panduan ringkas: Bilakah anda perlu berjumpa doktor?

Ibu ayah disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya si kecil mengalami8:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Cirit-birit lebih daripada 24 jam
  • Muntah dengan kerap
  • Najis berwarna hitam pekat atau najis yang mengandungi darah atau nanah
  • Demam dengan suhu badan 38.9 °C atau lebih tinggi
  • Badan terasa lesu, tidak selesa atau dalam kesakitan
  • Mengalami tanda atau simptom dehidrasi 

Jika anak anda dewasa, boleh juga perhatikan simptom-simptom seperti8:

  • Muntah ketika makan/minum lebih daripada 24 jam
  • Cirit-birit lebih daripada dua hari
  • Muntah darah atau najis berdarah
  • Suhu badan lebih tinggi daripada 39.4 °C
  • Mengalami tanda atau simptom dehidrasi 

Apa punca jangkitan rotavirus ini?

Rotavirus ini boleh ditemui dalam najis individu yang dijangkiti 2 hari sebelum simptom muncul dan sehingga 10 hari selepas simptom pulih8.

Virus ini boleh merebak dengan mudah melalui hubungan tangan ke mulut sepanjang masa ini. Ianya juga boleh berlaku walaupun individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom8.

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda dijangkiti rotavirus dan anda tidak menjaga kebersihan dengan baik seperti membasuh tangan selepas menggunakan tandas atau jika anak anda dijangkiti dan anda tidak membasuh tangan anda selepas menukar lampin anak anda, virus berkenaan boleh merebak ke apa sahaja yang disentuh, termasuk makanan dan mainan8.

Jangkitan mungkin berlaku apabila individu lain menyentuh tangan anda yang tidak dicuci atau objek yang tercemar dan kemudian menyentuh mulutnya. Virus ini boleh terus kekal di permukaan tersebut selama berminggu-minggu atau lebih lama jika kawasan atau objek itu tidak dibersihkan atau dibasmi kuman8.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(9)

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(10)

Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, 91% ibu bersetuju bahawa Rotavirus adalah penyakit berbahaya untuk kanak-kanak, namun 4 daripada 5 ibu masih belum memvaksin anak-anak mereka dengan vaksin Rotavirus.

Kesimpulannya, ibu ayah bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka termasuk memberi mereka vaksin terhadap penyakit berbahaya. Sila rujuk kepada pakar pediatrik anda tentang langkah pencegahan terhadap Rotavirus!

Jangan bertangguh untuk berjumpa dengan doktor!

Semoga artikel ini memberikan manfaat buat para ibu ayah di luar sana.

MY-ROT-00241 Nov/2022

Reference

  1. theAsianparent Survey. Pernahkah anda mendengar tentang Rotavirus?. Retrieved on 13 Sep 2022.
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus. Available From: https://www.cdc.gov/rotavirus/clinical.html. Last Accessed: 23 Sep 2022.  
  3. Centers for Disease Control and Prevention. Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/rota.html. Last Accessed: 23 Sep 2022.   
  4. theAsianparent Survey. Manakah antara berikut, pada pandangan anda, merupakan simptom jangkitan Rotavirus?. Retrieved on 20 Sep 2022.
  5. theAsianparent Survey. Apakah kesan yang paling teruk apabila kanak-kanak dijangkiti Rotavirus?. Retrieved on 15 Sep 2022.
  6. Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus. Available From: https://www.cdc.gov/rotavirus/about/treatment.html. Last Accessed: 23 Sep 2022.   
  7. Crawford S et al. Rotavirus infection. Nat Rev Dis Primers [Internet]. 2017;3. 
  8. Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Last Accessed: 23 Sep 2022.   
  9. theAsianparent Survey. Adakah anda bersetuju bahawa Rotavirus adalah penyakit berbahaya untuk anak?. Retrieved on 20 Sep 2022.
  10. theAsianparent Survey. Sudahkah anda mendapatkan vaksin Rotavirus untuk anak anda?. Retrieved on 13 Sep 2022.