Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Dr. Joann Rajah, daripada First Step Specialist Clinic berkongsi tips dalam amalan kebersihan terbaik untuk anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ada satu perkara yang ditakuti oleh semua ibu bapa, ianya pasti kuman! Memandangkan anak-anak sering menyentuh semua permukaan, mereka lebih mudah terdedah untuk dijangkiti kuman. Apatah lagi, dengan pandemik yang melanda dan pelbagai virus baru muncul, ini membuatkan ibu bapa lebih berasa bimbang. 

Oleh itu, amalan mencuci tangan dengan lebih kerap pastinya langkah yang ibu bapa harus titikberatkan. Ini secara langsung membawa kepada persoalan tentang sabun pencuci tangan terbaik dan cara-cara untuk melindungi keselamatan dan kebersihan anak-anak.

Bagi menjawab semua soalan anda tentang amalan kebersihan untuk anak-anak, kami berbicara dengan Dr. Joann Rajah, dari First Step Specialist Clinic dan ini pendapat beliau.

Persoalan Tentang Mencuci Tangan Untuk Anak-Anak

Sebelum kami jelaskan tentang sabun pencuci tangan terbaik untuk anak-anak, kita perlu bercakap tentang kekerapan mereka mencuci tangan. Dr. Rajah menasihati,

“Anak-anak perlu mencuci tangan sekerap yang boleh sepanjang hari, terutamanya jika tangan nampak kotor. Pada mulanya, ibu bapa mungkin perlu mengingatkan mereka untuk mencuci tangan sebelum makan, selepas menggunakan bilik air, bermain di luar, dan yang paling penting selepas batuk, bersin dan menghembus hidung.”

Kredit: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ibu bapa seringkali tertanya-tanya sekiranya mencuci tangan terlalu kerap boleh menjejaskan kulit anak-anak yang lembut dan halus.

Salah seorang ibu bapa mengeluh, “Tangan saya semakin kering kerana saya kerap mencuci tangan dan saya harap saya dapat menggunakan sabun pencuci tangan yang lembut pada kulit sambil membekalkan 99.9% perlindungan anti-bakteria dalam menghapuskan kuman dengan berkesan.”

Ini semua benar dan sama dengan pendapat Dr. Rajah, “Walaupun mencuci tangan dengan kerap adalah salah satu cara terbaik untuk elak jatuh sakit dan menyebarkan penyakit, namun amalan ini boleh menyebabkan kerengsaan atau kulit kering dan mengganggu bakteria sihat pada permukaan kulit.”

Inilah yang sebenarnya berlaku sepanjang tempoh pandemik. Pakar dermatologi mengulas bahawa “mereka melihat peningkatan bilangan orang yang menghidap ekzema kerana kekerapan mencuci tangan dan penggunaan produk kasar berlebihan1.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Untuk Melindungi Kulit Anak-Anak daripada Kerosakan Akibat Mencuci Tangan Dengan Kerap?

Ini menimbulkan persoalan – bagaimana kita menjaga kulit anak-anak yang halus sedangkan amalan mencuci tangan dengan kerap adalah sesuatu yang kita tidak boleh berkompromi? Dr. Rajah mencadangkan agar ibu bapa mencari produk yang diuji dan disyorkan secara dermatologi, tanpa bahan merbahaya dan lembut pada kulit.

Kredit: Shutterstock

Berdasarkan cadangan Dr. Rajah, kami di sini mencadangkan tentang pencuci tangan yang lembut. Anda perlu ingat bahawa tidak semua sabun pencuci tangan dicipta sama rata. Pastikan sabun pencuci tangan yang anda pilih tidak mengandungi bahan kimia toksik seperti paraben dan Sodium Lauryl Sulfate (SLS).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, cari sabun pencuci tangan anti-bakteria kerana ia lebih berkesan dalam mengurangkan atau menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kulit dan penyakit lain. Sabun pencuci tangan berbuih kini semakin popular, dan menjadi pilihan terbaik kerana boleh memberikan lebih volum dan lebih bersih berbanding pencuci tangan biasa.

Seorang ibu berusia 39 tahun bersetuju, “Sudah tentu, saya lebih mengambil berat tentang kesan antibakteria pencuci tangan sepanjang pandemik ini.”

Dr. Rajah menegaskan bahawa sabun pencuci tangan terbaik untuk anak-anak adalah “produk yang berkesan dalam membunuh kuman, dan pada masa yang sama, lembut dan selamat digunakan setiap hari.”

Kirei Kirei Foaming Hand Wash – Lembut dan Berkesan

Sabun pencuci tangan Kirei Kirei melengkapi semua keperluan anda. Ia diformulasikan dengan 100% bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan diuji secara dermatologi. Kirei Kirei ialah sabun pencuci tangan berbuih anti-bakteria No. 1 di Jepun* yang selamat untuk kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia membekalkan 99,9% perlindungan anti-bakteria dengan menggunakan formulasi antibakteria unik yang berkesan untuk menghapuskan kuman. Kirei Kirei mampu membunuh kuman namun lembut pada kulit, sekaligus ia sesuai bukan sahaja untuk anak-anak, malah seisi keluarga.

Sabun pencuci tangan Kirei Kirei mengeluarkan sejumlah buih yang pekat dan berkrim menjadikan cucian lebih berkesan berbanding sabun pencuci tangan cecair biasa. Ini kerana buih halus yang boleh menanggalkan kotoran dengan mudah tanpa perlu menggosok tangan.

Hanya sedikit sahaja sabun pencuci tangan berbuih Kirei Kirei diperlukan dengan kandungan 250ml boleh memberikan anda 250 cucian! Buihnya mempunyai isipadu 12 kali ganda berbanding sabun pencuci tangan biasa sekaligus memudahkan anak-anak anda menggunakannya. Buihnya juga mudah dibilas dan tidak mudah jatuh jadi anak-anak tidak akan membuat kucar-kacir di sinki!

Bagaimana Untuk Mencuci Tangan Dengan Betul

Sekarang anda sudah tahu apa yang diperhatikan semasa membeli sabun pencuci tangan, anda juga perlu mengajar anak-anak cara mencuci tangan dengan betul. Dr. Rajah menyenaraikan cara tersebut dalam tujuh langkah mudah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Lekapkan kedua tapak tangan dan gosok.

2) Gosok bahagian belakang tapak tangan dengan jari bersilang.

3) Gosok kedua tapak tangan dengan jari bersilang.

4) Cengkam jari-jari kedua tapak tangan dalam arah yang berlawan. Gosok belakang tapak tangan menggunakan ibu jari dan tapak tangan.

5) Genggam ibu jari dan gosok secara berputar.

6) Kuncupkan jari di tapak tangan dan gosok secara berputar.

7) Gosok kedua pergelangan tangan secara berputar. Bilas dan keringkan dengan kain bersih.

Dr. Rajah juga mengingatkan anak-anak tidak boleh menyentuh permukaan sinki selepas mencuci tangan mereka bagi mengelak tangan tercemar. Jika tiada sabun dan air, anak-anak masih boleh mengamalkan kebersihan tangan baik dengan menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol dengan mempunyai sekurang-kurangnya 60% alkohol.

Ibu dan ayah, kami berharap kami telah memberikan penerangan tentang jenis sabun pencuci tangan terbaik untuk keluarga anda. Di samping itu, kami berharap tip-tip mencuci tangan dan kebersihan ini berguna untuk anak-anak anda. Mulakan rutin mencuci tangan yang baik dengan anak-anak anda bermula hari ini bagi memastikan mereka selamat daripada kuman. Ini langkah pertama untuk hidup yang lebih gembira, bersih dan sihat!

Kirei Kirei Foaming Hand Wash boleh didapati dalam talian di Shopee dan Lazada.

*Siri Pencuci Tangan INTAGE SRI No. 1 Jepun, Jualan Nilai Sabun Tangan, CY2021

**Berdasarkan ujian makmal yang dijalankan di Jepun

Rujukan 

Today. Skin problems from frequent washing, sanitising of hands ‘unavoidable reality’ during covid-19 [Internet]. TODAY. [cited 2022Aug26]. Available from: www.todayonline.com/singapore/skin-problems-frequent-washing-sanitising-hands-unavoidable-reality-during-covid-19

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia