Peringatan buat ibu bapa ketika berjalan bersama anak-anak tak kira di mana-mana sekalipun – Awas! Operasi penculikan anak semakin berleluasa dan telah berlaku baru-baru ini di KL Sentral, Kuala Lumpur.
Kronologi kejadian kes penculikan anak di KL Sentral
Kejadian buruk ini telah menimpa seorang ibu bernama Nurul Suhada, di mana anaknya hampir diculik oleh seorang wanita yang tak dikenali.
Pada 5 September yang lalu, ibu tersebut keluar bersama saudaranya ke KL Sentral sekitar jam 2.30 petang sambil ditemani anaknya yang berumur 10 bulan.
Tiba-tiba, ada seorang wanita menegur dan mengatakan bahawa anak Nurul Suhada itu adalah anaknya! Kemudian, wanita itu berang hingga mengejar Nurul.
Nurul Suhada menduga wanita itu mungkin anggota sindiket penculikan anak atau mempunyai masalah mental.
“Saya banyak baca kes sebegini tapi hari ini ia terjadi pada diri sendiri apabila ada wanita yang cuba menculik anak lelaki saya.
“Pada mulanya saya tidak sedar, tapi apabila sampai di bahagian food court baru saya perasaan yang ada seseorang mengekori dari belakang,” jelasnya.
Sindiket penculikan anak: Wanita itu mengaku anak lelaki Nurul adalah anaknya!
Tidak lama selepas itu, wanita yang mengekori mereka mula menjerit dan meminta Nurul berhenti. Dia juga kemudian mula bertanya kepada Nurul, apakah tujuannya dan apakah benar anak tersebut anak Nurul?
“Awalnya saya tidak curiga dan mengatakan bahawa anak itu adalah anak saya. Setelah mendengarnya, wanita itu mula naik hantu!” kata Nurul menceritakan situasi yang terjadi.
Pertemuan itu kemudian berubah menjadi aksi berkejaran sehingga Nurul berlari ke kaunter MRT.
Nurul bernasib baik apabila mendapat bantuan polis di kawasan tersebut. Kemudian, dia menjelaskan situasi yang berlaku kepada polis terbabit.
Namun wanita terbabit tetap berteriak dan mengatakan anak Nurul itu adalah anaknya yang hilang.
Kemudian, Nurul terus menunjukkan MyKid anaknya kepada polis tersebut bagi membuktikan bahawa dia adalah ibu kandung anak lelaki itu.
Akan tetapi, wanita itu tetap berdegil hingga Nurul berasa amat takut.
Bantuan pihak polis menghalang kes penculikan anak ini
Polis berkenaan cuba menenangkan kemarahan wanita tersebut tapi tetap gagal. Wanita itu tetap berteriak dan melemparkan tas tangannya ke arah polis.
“Setelah itu ramai pihak polis yang tiba di lokasi tersebut tetapi mereka tidak dapat menenangkannya sehingga meminta kami untuk lari. Kemudian saya berasa lega setelah selamat menaiki komuter di stesen itu,” katanya.
Walaupun berjaya lari daripada wanita itu, namun Nurul rasa kecewa dengan orang yang berada di sekitar kawasan itu kerana tidak turut membantu. Malah bantuan hanya datang apabila bertemu pihak polis.
Pengajaran dari kisah ini, ibu bapa harus lebih waspada dengan orang yang tak dikenali
Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini adalah jangan memberi keizinan kepada orang yang tak dikenali menyentuh atau mengendong anak anda, walaupun mereka bersikap ramah.
Menurut Sinar Harian, Nurul menduga itu adalah lakonan palsu tentang penculikan anak. Maka dia ingin ingatkan semua ibu bapa supaya lebih berjaga-jaga ketika membawa anak keluar bersama-sama.
5 cara melindungi anak dari diculik
#1. Jangan biarkan anak bersendirian
Anda harus memastikan anak sentiasa bersama seseorang yang boleh dipercayai.
Diingatkan supaya tidak membiarkan anak berjumpa rakan-rakan mereka di taman atau di hujung jalan tanpa pengawasan anda.
Jika anda terlepas pandang pergerakan anak, ada banyak sindiket penculikan anak menunggu mangsa mereka.
#2. Hati-hati dengan orang yang tak dikenali
Penting untuk ajar anak supaya tidak berinteraksi dengan orang asing.
Terangkan pada anak jika tidak aman atau berasa takut, maka tidak ada salah untuk menjerit, melarikan diri dan meminta pertolongan.
#3. Ambil foto anak ketika keluar dari rumah
Sekiranya anak keluar dari rumah untuk pergi ke sesuatu tempat, ambil gambarnya dahulu. Jika perkara buruk ini berlaku, anda boleh mengedarkan gambar tersebut dengan cara pakaiannya semasa keluar dari rumah.
#4. Pegang tangan anak ketika keluar bersama
Anak-anak ini cenderung berlari-larian ketika keluar di mana-mana.
Oleh itu, anda harus tetap memegang tangan anak meskipun berada di pusat membeli belah, taman tasik, taman permainan atau dimana sekalipun.
#5. Pantau pergerakan anak
Ketika keluar bersama pilih pakaian anak yang berwarna cerah supaya dapat membezakan anak dengan orang lain.
Selain itu, pastikan anak-anak mengetahui maklumat diri ibu bapanya seperti nama penuh,nombor telefon dan alamat rumah.
Kemudian ajar juga kemana harus dituju jika mereka mungkin sesat ketika berada diluar dan dengan siapa harus dihubungi.
Semoga perkongsian kisah ini memberikan kita tauladan dan pengajaran bersama.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Anak Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong – Ibu Ini Berkongsi Kisahnya