Wahai ibu bapa, hubungan intim memang salah satu benda penting dalam perkahwinan. Tapi, anda juga wajib untuk mengetahui bagaimana nak melakukan seks yang selamat. Ada ke seks yang tak selamat? Ya ada, jika anda memakai pendakap gigi!
Seks yang selamat bukan bermaksud tentang pil perancang dan kondom saja. Seks yang selamat juga melibatkan kecederaan yang boleh berlaku jika anda tak berhati-hati.
Contohnya seperti kes pendakap gigi ini. Seorang doktor gigi dari Thailand telah berkongsi bagaimana salah seorang pesakitnya mencederakan zakar si suami selepas melakukan seks oral!
Pendakap gigi punca zakar cedera
Dalam laporan yang dikongsikan itu, wanita yang memakai pendakap gigi terbabit telah melakukan seks oral pada suaminya. Tiba-tiba, sebahagian daripada kulit zakar terkepit dan tersangkut di dawai braces itu.
Doktor gigi terbabit juga mengongsikan gambar cadar katil mangsa yang dilimpahi darah selepas kejadian yang tidak diingini terbabit.
Kecederaan yang berpunca dari pendakap gigi ini bukan satu-satunya peristiwa tidak diingini yang boleh berlaku ketika foreplay atau bersenggama.
Ada hampir 5 jenis kecederaan lain lagi yang anda harus berwaspada!
Cedera kerana braces: Bagaimana ingin mengelak kes ini?
Memang kita jarang dengan tentang kecederaan ketika melakukan seks atau seks oral kerana pendakap gigi. Tapi, itu tak bermaksud anda tak boleh berhati-hati.
Jika anda memakai braces dan ingin melakukan seks oral pada pasangan, lakukan ia dengan penuh lemah-lembut dan berhati-hati.
Pastikan tiada kulit atau rambut yang melekat di besi pendakap gigi. Malah, doktor juga menyarankan agar sesiapa yang memakai braces tidak memasukkan zakar ke dalam bahagian mulut.
Anda juga boleh menggoda pasangan dengan cara-cara ini. Ia tak berbahaya pun. Apa yang penting adalah keselamatan ketika berasmara. Jangan sampai terluka, ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Coconuts Bangkok, Oral Health Foundation
Baca juga: