Pendarahan semasa hamil boleh membuatkan ibu berasa risau kerana ia boleh membuatkan anda overthinking tentang apa yang sedang terjadi. Ramai mengatakan pendarahan ketika hamil adalah tanda keguguran atau masalah pada janin.
Selain itu ia boleh membuatkan anda tertanya-tanya kenapa pendarahan semasa hamil berlaku? Apa punca pendarahan ini? Adakah ia “implantation bleeding”? Bolehkah datang haid walaupun sedang mengandung? Adakah ia normal? Pendarahan yang macam mana tidak normal? Perlukah kita “bedrest” jika berdarah?
Pendarahan Semasa Hamil
Bagi menjawab setiap persoalan yang timbul, kami telah mengadakan Sesi Tanya Pakar.
Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang membincangkan tentang pendarahan pada awal atau sepanjang kehamilan di laman komuniti theAsianparent Malaysia.
Saya Ada Pengalaman Spotting Dan Makan Duphaston Ketika Trimester Pertama (Anak Pertama). Jika Saya Hamil Lagi, Adakah Saya Perlu Jumpa Doktor Untuk Ambil Ubat Sama Walaupun Belum Spotting?
Jawapan: Ia bergantung kepada sebab pendarahan semasa hamil. Ada subchorionic hematoma / PCOS / induced pregnancy.
Sesetengah doktor mungkin memberikan Duphaston untuk kehamilan berikutnya sebagai langkah berjaga-jaga. Namun tidak semestinya untuk setiap kehamilan. Ia bergantung pada indikasi duphaston.
Orang-orang tua di rumah kata spotting disebabkan makan atau minum air sejuk atau cooling food/drink macam tembikai, air kelapa. Adakah benar atau mitos?
Jawapan: Mitos
Saya pernah dpt cucukan pada punggung masa spotting. Adakah berfaedah ambil kedua-dua suntikan dan duphaston oral? Atau mengambil suntikan hanya menambah hormon berlebihan dan sia-sia?
Jawapan: Ia bergantung pada simptom yang dialami. Sesetengah kes doktor kena beri dusphastin sahaja ( content progesterone ) tak mencukupi.
Bolehkah Bersama Suami Apabila Pendarahan Telah Berhenti? Atau Perlu Tunggu Sebulan?
Jawapan: Dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks bersama suami ketika berada di trimester pertama kerana ia boleh meningkatkan risiko keguguran.
Terutamanya jika anda ada faktor risiko lain seperti placenta bawah, sejarah bersalin pramatang dan sebagainya. Jika tiada sebarang risiko lain, selepas 13 minggu kehamilan sudah boleh bersama suami. Pastikan anda berbincang dengan pakar terlebih dahulu.
Benarkah Naik Turun Tangga Yang Tinggi Di Tempat Kerja Akan Menganggu Janin Dalam Rahim dan Menyebabkan Pendarahan?
Jawapan: Kalau tiada apa-apa faktor risiko, jadi ia adalah mitos, lebih- lebih lagi kalau naik turun sekali sehari. Saya amat galakkan gaya hidup sihat.
Cecair Warna Coklat Keperangan Salah Satu Jenis Pendarahan Ketika Trimester Pertama? Saya Keliru Sama Ada Ia Pendarahan Ataupun Tidak Kerana Tiada Simptom Lain. Adakah Perlu Ke Hospital?
Jawapan: Sebaik-baiknya, sila rujuk doktor pakar supaya boleh menentukan samada ia jangkitan kuman atau spotting.
Spotting Sering Dikatakan Berlaku Di Awal Kehamilan. Namun Berapa Banyak Spotting Menunjukkan Tanda Kita Perlu Rujuk Doktor?
Jawapan: Kebiasaannya, pendarahan yang sedikit adalah tanda implantasi. Namun sebarang pendarahan tidak mengira jumlah, perlu rujuk pakar bagi memastikan kandungan dalam rahim tiada masalah dan boleh kenal pasti samada ia hanya implantation bleeding atau masalah lain.
Saya Sekarang Hamil 16 Minggu, Bermula 13 Minggu Kehamilan Saya Mengalami Pendarahan Warna Merah Dan Coklat. Bila Pergi Check Klinik, Doktor Scan Dan Semuanya Okay. Doktor Minta Saya Cari Ubat Vagina Progesteron Dengan IM Hipogrin Kerana Klinik Tiada Ubat Tersebut. Adakah Saya Perlu Dapatkannya Di Hospital Atau Doktor Boleh Cadangkan Ubat Atau Tips Hentikan Pendarahan Ini?
Jawapan: First kena ada diagnosa punca pendarahan semasa hamil berlaku. Uterogestan dan ubat cucuk ada di hospital. Doktor perlu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk tahu sebab bleeding sebelum boleh bagi apa-apa nasihat.
Jika Pendarahan Awal Kehamilan Hanya Sedikit Sahaja Terjadi Sekali/ Dua, Adakah Saya Perlu Jumpa Doktor?
Jawapan: Sebaik-baiknya kalau mengalami pendarahan semasa hamil, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Ibu tidak boleh terus bersangka baik seperti tiada apa-apa. Namun selepas diperiksa, ada ibu mendapati kandungan luar luar rahim, keguguran dan sebagainya.
Justeru saya nasihatkan supaya terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan kepastian.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia