Lelaki dari Malaysia ini memohon bantuan orang ramai demi menyelamatkan kakaknya yang sedang kritikal di Singapura.
Berikut adalah rentetan apa yang terjadi kepada kakaknya hingga perlu untuk membuat pembedahan demi menyelamatkan nyawanya.
19 Julai lalu, kakaknya yang sedang hamil enam bulan telah membuat pemeriksaan berkala.
Namun selepas pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati degupan jantung bayi sudah semakin lemah. Jadi kakaknya terpaksa dimasukkan ke hospital dengan segera.
Doktor telah menjalankan pemeriksaan lanjut. Mereka kemudiannya diberitahu yang kakaknya perlu dibedah demi menyelamatkan nyawa kakaknya serta bayi yang dikandungnya.
Anak saudaranya kini masih di dalam unit rawatan rapi KK Hospital sedang bertarung nyawa.
Namun bagi kakaknya, selepas pembedahan Caesarean dijalankan, doktor mendapati tahap animotransferases semakin meningkat. Ini menandakan kegagalan hatinya untuk berfungsi.
Kakaknya kemudian di tukarkan ke Hospital Besar Singapura. Dan berada dalam keadaan koma sejak itu.
Doktor telah memberitahu mereka yang hati kakaknya gagal berfungsi akibat jangkitan bakteria.
Kini doktor menggunakan antibiotik untuk mengawal keadaan kakaknya. Namun jika keadaan makin merosot, kakaknya perlu mendapatkan pemindahan hati.
Mereka mengharapkan ada orang baik hati boleh mendermakan hati serta membantu kakaknya.
Disebabkan keadaan kakak dan anak saudaranya yang sedang tenat bertarung nyawa, bil perubatan mereka semakin meningkat.
Anggaran nilai bil dari pihak hospital ialah di dalam lingkungan $300,000.
Dan disebabkan mereka adalah warganegara Malaysia, mereka tidak mendapat apa-apa subsidi dari kerajaan Singapura.
Jadi, mereka merayu untuk mendapatkan derma supaya dapat menyelamatkan nyawa kakaknya.
Mereka sangat berharap agar kejadian budak lelaki warganegara Malaysia yang meninggal dunia akibat tidak cukup wang untuk pembedahan tidak berulang buat kakaknya.
Seiring dengan rayuan Jun Liang untuk memohon apa sahaja bantuan untuk kakaknya, dia dahului dengan terima kasih.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah lawati laman sesawang ini, give asia. Semoga kakak Jun Liang mendapat bantuan yang diperlukan dan cepat sembuh.
Sumber: give asia