6 Perkara Perlu Anda Ambil Tahu Mengenai Sistem Pendidikan Di Malaysia Sebelum Anak Masuk Darjah 1!

Sistem pendidikan di Malaysia berada di bawah payung Kementerian Pendidikan Malaysia. Ada beberapa jenis sekolah yang boleh anda pilih untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sistem pendidikan di Malaysia berada di bawah payung Kementerian Pendidikan Malaysia. Di Malaysia, masyarakat dapat menerima pendidikan dari sekolah milik kerajaan atau sekolah swasta. 

Visi pendidikan di Malaysia adalah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera manakala misi sistem pendidikan di Malaysia adalah Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada: 

  • Pendidikan Prasekolah (Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun)
  • Pendidikan Rendah (Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun). Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan
  • Pendidikan Menengah (Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas) Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada; sekolah akademik, sekolah teknik dan vokasional, sekolah kebangsaan agama
  • Pendidikan Lepas Menengah (Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi)

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

  • Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas
  • Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan

Apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ?

Kredit: ismaweb

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah teras kepada pendidikan sekolah rendah. PBS1 merangkumi 4 komponen, yang membabitkan Akademik dan Bukan Akademik.

#1. Komponen akademik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komponen Akademik terdiri daripada Pentaksiran Bilik Darjah dan Pentaksiran Pusat.  Terdapat 2 Pentaksiran Pusat, iaitu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid-murid yang menduduki Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) arus perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR PK) Masalah Pembelajaran.

#2. Komponen bukan akademik

Manakala komponen Bukan Akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK).

PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). 

Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Apa itu sekolah kluster?

Kredit: qureta

Sekolah kluster2 ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tujuan pewujudan sekolah kluster

Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan pemegang taruh seperti Persatuan Ibu Bapa dan Gurui (PIBG), alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. 

Panel Penasihat Sekolah Kluster pula membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Cara pemilihan sekolah kluster

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  1. Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  2. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  3. Sekolah Pendidikan Khas, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  4. Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.
  5. Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

Bagi Sekolah Menengah, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 3 tahun berturut-turut:

  • SBP: GPS 2.50 dan ke bawah
  • SMKA: GPS 3.00 dan ke bawah
  • SMT: GPS 4.00 dan ke bawah
  • SM Harian: GPS 4.00 dan ke bawah

Bagi sekolah Rendah,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR);
  • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan, atau
  • GPS UPSR ialah 2.00 dan ke bawah dalam tempoh 3 tahun kebelakangan, berturut-turut.

Apa itu sekolah vernakular?

Kredit: blogkelola

Berdasarkan latar belakang sejarah, Malaysia merupakan sebuah negara berkepelbagaian etnik yang telah melalui proses ‘pecah dan perintah’ pihak penjajah. Justeru itu, aspek etnik dan masyarakat merupakan satu realiti yang telah mempengaruhi ruang pendidikan sehingga terbentuknya sistem pendidikan vernakular3.

Menurut, Pensyarah Pusat Pengajian Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, di Malaysia terdapat hanya ada dua aliran persekolahan. 

Pertama, aliran kebangsaan dan keduanya aliran persendirian4. Semua sekolah yang di pangkalnya ada perkataan ‘kebangsaan’ maka itu adalah sekolah aliran kebangsaan. Maksudnya semua sekolah SK, SMK, SRJKC, SRJKT, SMJKC SMAK dan SMAP adalah sekolah aliran kebangsaan.

Semua sekolah yang ditubuhkan oleh individu, badan bukan kerajaan atau syarikat swasta adalah tergolong dalam aliran sekolah persendirian. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta, sekolah persendirian Cina, sekolah agama/tahfiz persendirian dan sekolah pondok persendirian tergolong dalam aliran sekolah persendirian ini.

Sekolah persendirian yang menggunakan bahasa pengantar selain bahasa Melayu inilah yang membawa maksud sekolah vernakular dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia. 

Sekolah vernakular adalah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sesuatu kaum atau menggunakan bukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa urusan rasmi pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sangat jelas perbezaan sekolah kebangsaan dengan sekolah vernakular.

SJKC adalah sekolah aliran kebangsaan dan bukan sekolah vernakular. Sekolah SJKC menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi di sekolah. Pentadbiran rasmi sekolah juga menggunakan bahasa Melayu.

Pelajar juga mengambil semua peperiksaan rasmi dalam bahasa Melayu serta persijilan awam (PT3 dan SPM) juga dalam bahasa Melayu. Oleh itu SJKC dan SJKT bukan sekolah vernakular.

Kebenaran bagi penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di mana-mana sekolah SJKC dan SJKT memang diperuntukkan di dalam Ordinan Pelajaran 1956, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Sekolah antarabangsa yang disediakan untuk anak anak ekspariat Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya di negara ini adalah contoh terbaik sekolah persendirian/vernakular. Sekolah agama (kalau ada) yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya juga adalah contoh sekolah vernakular.

Sekolah persendirian Cina yang menggunakan bahasa Mandarin sepenuhnya dalam urusan pentadbiran, peperiksaan dan pengajaran adalah contoh sekolah vernakular. Jadi isu perbezaan sekolah kebangsaan dan sekolah persendirian/vernakular ini sudah jelas di negara ini. Malah sejak tahun 1996 lagi sudah ada akta pendidikan yang diperuntukkan berkaitan sekolah persendirian/ vernakular di negara ini.

Apa itu sekolah amanah?

Sekolah 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah.

Apa itu sekolah kebangsaan?

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah manakala Sekolah Menengah Kebangsaan adalah salah satu jenis sekolah menengah.

Apa itu sekolah wawasan?

Sekolah Wawasan5 merupakan beberapa sekolah kebangsaan yang berbeza aliran ditempatkan di dalam satu kawasan yang sama. 

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum.

Sekolah Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu kompleks sekolah yang sama. 

Setiap murid daripada sekolah-sekolah tersebut akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti padang, kantin dan koperasi sekolah yang sama. Dalam pelaksanaan Kertas Konsep dan pelaksanaan Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan empat matlamat Sekolah Wawasan iaitu:

  • Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
  • Untuk memupuk semangat integrasi antara murid dari pelbagai aliran
  • Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
  • Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Sumber:

  1.  Kementerian Pendidikan Malaysia (n.d) Pentaksiran Bilik Darjah. https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum
  2.  Kementerian Pendidikan Malaysia (n.d). SMK Bandar Putra, Kulai. Definisi Sekolah Kluster. https://smkbp.edu.my/v1/profil-sekolah/definisi-sekolah-kluster/
  3.  Nur Atiqah Tang Abdullah & Ong Puay Liu Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. (Disember 20, 2017). Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia. https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/5.Manuskrip-ICIP.Dr-Atiqah-_-Prof-Ong-B.pdf
  4.  Anuar Ahmad, Edisi 9 (n.d). Apa itu sekolah vernakular? Sejarahnya… (Bahagian 1). https://www.edisi9.com.my/2020/06/apa-itu-sekolah-vernakular-sejarah-bahagian-1/
  5.  UMP News. (Ogos 12, 2020). Sekolah Wawasan: Pemangkin atau Pemusnah Perpaduan? https://news.ump.edu.my/experts/sekolah-wawasan-pemangkin-atau-pemusnah-perpaduan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Berita Harian

Baca juga: Semakin Ramai Pilih Homeschool Atau Ajar Anak Di Rumah, Benarkah Lebih Baik?

Baca juga: Persiapan hari pertama anak ke sekolah, apa peranan anda

Baca juga: Faktor Mengapa Ibu Bapa Bukan Cina Pilih Sekolah Rendah Jenis Cina

Penulis

Lala Annuar