Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang

Pendidikan kewangan di setiap negara di Asia jauh berbeza. Berikut adalah beberapa penemuan serta perbandingan menarik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu ketika dahulu, stereotaip untuk seorang ibu bapa Asia seringkali dikaitkan dengan autoritarian. Sudah tentu kita tahu ini tidak menggambarkan semua ibu bapa Asia – sebagaimana setiap orang berbeza, ibu bapa dan gaya keibubapaan mereka juga berlainan. Dan ini juga berkait rapat dengan cara mereka mengajar tentang kewangan.

Dalam tinjauan Asia Money Parenting, ditauliahkan oleh Eastspring Investment dan melibatkan 10,000 ibu bapa di seluruh 9 negara Asia, kami mendapati beberapa penemuan menarik tentang bagaimana ibu bapa di seluruh Asia berbeza apabila mereka mengajar anak-anak tentang wang.

Tahukah anda…?

1. Ibu bapa Asia mentakrifkan “kejayaan pendidikan kewangan(Money Parenting) dalam pelbagai cara

Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak mewarisi sikap dan kepercayaan yang baik tentang kewangan, agar ia mempengaruhi sikap mereka berkaitan kewangan pada masa hadapan secara positif. 

Kita semua adalah orang Asia, namun ibu bapa di negara-negara berbeza melihat kejayaan dalam pendidikan kewangan tidak sama rata. Nilai dan sikap berbeza di sesebuah negara menggambarkan keinginan yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Kanak-kanak dalam budaya berbeza mula belajar tentang kewangan pada usia berlainan.

Sepintas lalu, 30% ibu bapa yang menyertai tinjauan ini mengajar anak-anak mereka pada usia 7-10 tahun.

Walaupun ia satu kebiasaan untuk sesetengah budaya, ibu bapa di Singapura, Malaysia dan Thailand lebih proaktif – anak-anak mereka mula belajar tentang penggunaan dan pengurusan wang pada usia 5-6 tahun. 

Jika anda rasakan usia itu terlalu muda, tanya kepada orang Taiwan: 28% daripada mereka berkata mereka mula mengajar anak-anak tentang wang sejak usia 4 tahun! Bak kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebungnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Sebahagian daripada ibu bapa Asia percaya kandungan digital (TV, aplikasi, laman web) amat berguna sebagai alat pendidikan kewangan

Ini khusus untuk ibu bapa di negara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan China.

Ibu bapa Vietnam gemar akan TV – 54% percaya bahawa program TV untuk kanak-kanak yang menghiburkan & mendidik boleh menjadi alat pengajaran terbaik untuk anak-anak mereka belajar dan mengurus wang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan kebangkitan gergasi teknologi Cina yang menakluki seluruh dunia, tidak hairan bahawa 42% ibu bapa Cina inginkan aplikasi yang membantu anak-anak mereka belajar.

Sebaliknya, hanya 5% ibu bapa Jepun berpendapat bahawa sebuah laman web boleh memanfaatkan anak-anak mereka – satu statistik menarik buat masyarakat Jepun yang mahir teknologi dan kadar penembusan internet mereka yang tinggi.

Secara keseluruhan, 43% ibu bapa yang menyertai tinjauan ini bersetuju bahawa apabila mereka sendiri belajar tentang pengurusan kewangan, ia adalah cara terbaik untuk membantu anak-anak mereka. Ramai yang akui bahawa tiada hanya satu kaedah yang sesuai untuk semua dan akan mempertingkatkan ilmu mereka untuk menjadi pendidik dan model kepada anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Pengajaran penting ibu bapa Asia ingin anak mereka belajar berbeza di seluruh negara

Mempelajari tentang nilai wang menjadi kepentingan utama kepada semua, kecuali 3 negara: Indonesia, Taiwan dan China.

Apakah gaya pendidikan kewangan anda?

Di Asia sahaja, ada pelbagai pendekatan tentang pendidikan kewangan – tiada cara yang tepat untuk isu ini. Sesetengah ibu bapa mungkin berkongsi matlamat dan kerisauan yang sama dengan anda, namun memilih pendekatan yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ini bergantung kepada gaya pendidikan kewangan anda. Tinjauan Asia Money Parenting mendapati ada 5 persona pendidikan kewangan – The Freestylers, The Facilitators, The Nurturers, The Go-Getters dan The Balancers.

Secara keseluruhan, profil tersebut berdasarkan:

  • ibu bapa yang ingin lebih ‘terlibat’ dan aktif dalam mengajar anak mereka, berbanding mereka yang percaya bahawa anak-anak lebih baik belajar melalui pengalaman peribadi;
  • mereka yang melihat pendidikan kewangan amat penting, berbanding dengan mereka yang tidak menganggapnya penting;
  • ibu bapa yang percaya mereka mempunyai ilmu kewangan mencukupi untuk mengajar anak-anak mereka, berbanding dengan dengan mereka yang tidak mempunyai tanggapan sama;
  • mereka yang melihat diri mereka sebagai guru berjaya, berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai tanggapan sama

Ingin tahu mana satu persona anda? Cuba kuiz ini!

Ingat, anda tidak keseorangan – sentiasa ada yang perlu dipelajari, sama ada daripada ibu bapa lain atau daripada sumber yang ada seperti laman Money Parenting kami. Luaskan minda anda dan tingkatkan pendidikan kewangan anda sekarang.

Penulis

Anis Hanini