5 pengajaran praktikal untuk mengajar anak anda nilai duit

Tiada istilah terlalu awal dalam mengajar anak anda berbelanja dengan cermat, dengan ini, mereka tidak akan mempunyai kesukaran dengan duit apabila dewasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkan anda berhenti sejenak dan berfikir jika anak anda tahu bagaimana berbelanja dengan cermat, atau menguruskan kewangan apabila mereka besar? Ia tidak cukup dengan hanya memberitahu mereka yang mereka perlu menyimpan lebih banyak, anda perlu mengajar mereka kepentingan kewangan diusia muda supaya mereka lebih faham nilai duit.

1. Ajarkan mereka bagaimana orang mencari duit

Apabila anak-anak bertanyakan kepada ibu bapa mereka dari mana datangnya duit, ada yang menjawab ianya datang dari bank, atau dari ‘orang kaya’. Sebenarnya, ini ialah idea yang kurang bagus, jika anda mahu mengajar anak anda realiti dunia sebenar apabila bercakap tentang duit.

Ini sebabnya, amat penting untuk anda pastikan mereka faham bagaimana orang mencari duit dan anda boleh lakukkan ini dengan bercakap tentang pekerjaan dan bagaimana seseorang itu dibayar untuk perkara yang mereka lakukan. Anda juga boleh jelaskan tentang bagaimana berniaga juga membantu mencari duit.

Anda juga boleh memberi mereka ‘pekerjaan’ di dalam rumah, atau meminta mereka mengumpulkan mainan dan pakaian lama dan mulakan jualan garaj di kawasan rumah. Ini adalah permulaan yang bagus untuk mereka.

2. Ajarkan mereka bagaimana untuk membeli dengan cermat dan bajet

Anda boleh mengajar mereka tentang bajet dengan bermain permainan menggunakan duit mainan. Anda boleh memberi mereka bajet dan senarai barang yang mereka ingin beli dan anda bantu mereka berfikir cara yang terbaik untuk menggunakan ‘duit’ mereka dengan cermat.

Selain itu, anda juga boleh mengajar anak anda menjadi juruwang, jadi mereka boleh berlatih skil matematik mereka dengan cara yang seronok. Lama-kelamaan anda boleh meminta mereka membantu anda membeli-belah dan membuat bajet untuk melatih mereka.

3. Berikan mereka elaun mingguan yang mereka boleh simpan

Cara yang bagus untuk mengajar anak anda menguruskan kewangan mereka ialah dengan memberi mereka elaun, walaupun dalam jumlah yang kecil. Anda boleh menjadikan ia lebih seronok dengan meminta mereka memasukan duit ke dalam tabung supaya mereka dapat menyimpan.

Anda juga boleh bertanya jika ada mainan atau barang yang mereka ingin beli, dan menyimpan untuk itu, serta anda boleh membantu dengan memberi duit saku setiap minggu dan mereka boleh perlahan-lahan menyimpan untuk membeli apa yang diingini. Mengajar mereka nilai menyimpan untuk masa depan adalah penting supaya mereka dapat membawa ajaran ini hingga dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Ajarkan mereka tentang simpanan kompaun

Satu cara lain untuk menggalakan menyimpan duit ialah dengan mengajar mereka tentang simpanan kompaun. Anda boleh memberitahu mereka yang anda akan menambah dengan jumlah yang tertentu kepada simpanan mereka jika mereka berjaya menyimpan sejumlah duit. Ini akan membantu mereka untuk menyimpan dengan bijak di masa hadapan, juga merupakan motivasi yang bagus untuk mereka terus menyimpan dan melihat duit mereka semakin banyak.

5. Ajarkan mereka bagaimana membezakan kehendak dan keperluan

Sesetengah kanak-kanak boleh menyimpan untuk membeli apa yang mereka mahu, ia juga pengajaran yang bagus untuk mengajar anak anda yang ia tidak cukup untuk hanya menyimpan wang dan kemudian berbelanja besar semuanya pada satu perkara. Anda boleh mengajar mereka tentang apa yang mereka mahukan dan apa yang mereka betul-betul perlukan dan mereka patut mengutamakan hal yang mereka perlukan dahulu.

Dengan ini, mereka akan lebih faham bagaimana untuk mengutamakan perbelanjaan mereka supaya mereka dapatfokus dengan apa lebih penting, dan bukan sekadar apa yang mereka mahukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: parents.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma