Saya seorang bapa berusia 75 tahun, dan saya dan isteri kini menikmati persaraan kami dengan simpanan yang selesa. Apabila saya mengimbau kembali, saya berpuas hati bahawa kami bekerja keras namun masih dapat membeli barangan yang digemari – dan masih menyimpan secukupnya.
Secara ringkas, ini adalah kelebihan yin dan yang: keseimbangan antara kerja keras dan menikmati kehidupan. Ia bukan satu kebetulan yang kami adalah Balancer – ibu bapa yang cuba capai keseimbangan ini dalam hidup mereka dan anak-anak. (Ingin tahu tentang persona keibubapaan kewangan anda? Cuba kuiz di sini).
Yang lebih penting, kami lega kerana dapat menyampaikan pengajaran wang berfokus kepada keseimbangan kepada anak lelaki kami. Sekarang dia menjangkau pertengahan 30-an, dan mempunyai hidup yang selesa serta simpanan yang mencukupi.
Mampukah ibu bapa Balancer yang lain capai perkara sama? Mengapa tidak?
Pengajaran Wang Yang Kami Ajar Pada Anak
1. Simpan
Apabila anak saya berusia 3 tahun, saya membeli tabung pertamanya. Dia amat gembira mendengar bunyi duit syiling di dalam bekas plastik itu. Lantas hadir pengajaran wang pertamanya: semakin banyak duit dalam tabung, semakin kurang bunyi. Walaupun bunyi kosong mengujakan, ia sebenarnya tanda amaran!
Sejak daripada hari itu, dia mula menyimpan duit syiling dalam tabung. Ia menjadi tabiat kebiasaan seumur hidup.
Namun begitu, keseimbangan penting. Kami sering mengingatkan dia bahawa dia tidak harus melupakan keseronokan dalam hidup. Kami mendorong dia menggunakan wang tersebut untuk membeli pemadam atau gula-gula apabila kami membawa dia keluar. Simpan, namun hidup dengan baik – itulah moto kami sebagai Balancer.
2. Melabur
Apabila anak saya berusia 6 tahun, saya mengajar dia pengajaran pertama tentang ‘faedah’. Saya ujar bahawa dengan setiap 10 dollar yang dia simpan, saya akan tambah satu dollar.
Dia menangkap idea ini dengan pantas, dan menyimpan bila-bila masa dia mampu agar saya dapat menambah wang dalam simpanannya. Saya membiayai beberapa perkara dalam kehidupan remajanya – dan dia juga mula melabur pada usia muda.
Lebih mengejutkan, dia gemar mengambil risiko. Saya lebih konservatif, namun dia sering mendidik saya mengambil risiko yang terhitung sejak dia muda.
3. Anda tidak akan selalu nampak wang itu
Juga pada usia 6 tahun, saya mengajar anak tentang akaun simpanan bank. Dia pernah bertanya di mana kami menyimpan duit syilingnya setelah tabung menjadi penuh, dan duit yang diterima ketika perayaan.
Saya jelaskan, “anda tidak akan nampak wang itu, tapi ia wujud dan ia berkembang. Dan semakin lama anda tidak nampak wang itu, semakin lama ia berkembang.”
Sudah tentu, dia tidak terus memahami mengapa perlu menyimpan simpanannya dalam akaun bank. Seorang yang pakar perundingan walaupun baru berusia 6 tahu, dia akan mengemukan hujah kreatif mengapa dia perlu menggunakan wang tersebut sebelum selebihnya disimpan dan dilupakan.
Dan kami tidak memaksa dia menyimpan semua wang itu; bagi kami, kami melihat kehidupan bukan berpaksi wang sahaja. Jika dia ingin membeli sesuatu, dia akan membelinya menggunakan wang yang kami biarkan dia simpan.
Sekarang dia akan menyimpan sedikit wang untuk deposit tetap dan sedikit wang untuk pelaburan yang memberinya pendapatan pasif. Kami mungkin mulakan anak awal dalam perkara ini, namun dia juga hadir dengan pendapat sendiri – mungkin lebih lagi, namun itulah yang kami inginkan daripada dia!
4. Semuanya bertambah
Sebagai seorang yang mahir dengan matematik secara semula jadi, nombor sentiasa masuk akal buat anak saya. Jadi saya biasanya menggunakan pengalaman kehidupan dalam mengajar dia cara untuk memahami perbelanjaan dengan menambah jumlah nombor – apa lagi cara terbaik untuk belajar selain konteks kehidupan sebenar?
Sebagai contoh, apabila kami makan McDonald’s sekali sekala sebagai ganjaran, saya akan bertanya padanya, “Berapa akan anda belanja dalam seminggu jika anda membeli satu Happy Meal setiap hari?” Dan dia akan mengira sendiri. Kemudian, saya akan tanya jumlah nilai untuk sebulan, setahun, dan sebagainya.
Bagi dia memahami “hanya satu” benda boleh menambah “banyak” dalam perbelanjaan merupakan pengajaran penting buat kami, dan ini boleh digunapakai sehingga hari ini. Melihat perbelanjaan dia, dia juga berjaya menyimpan! Malah, saya rasa dia lebih baik daripada saya.
5. Wang susah dijana
Anak saya mula menjana pendapatan sendiri apabila dia di kolej. Dia memberi tuisyen untuk menjana wang lebih untuk konsert, menonton wayang dan apa sahaja yang diperlukan. Kemudian, dia bekerja sambilan di gudang sehingga dia masuk universiti, wang itu digunakan untuk percutian bersama teman-temannya.
Kami sentiasa mendorong anak untuk mengimbangi dua dunia; untuk belajar cara menjana pendapat (walaupun hanya satu aspek dalam skema kehidupan), serta untuk membina pengalaman budaya dan melancong.
Bagi kami, wang yang digunakan untuk perkara tersebut adalah satu pelaburan juga. Kami menanggung percutiannya selama 3 bulan ke Eropoh sebagai hadiah tamat pengajian – kami bayar separuh sahaja. Dia sedar bahawa itu wang usaha kami, dan berkeras untuk bayar separuh lagi.
Lantas, bagi saya, itu satu penunjuk bahawa pengajaran wang kami berjaya. Dia belajar nilai wang. Dia juga belajar kepentingan berbelanja pada perkara yang bernilai.
Perjalanan Tanpa Henti
Apa yang saya temui adalah pengajaran wang adalah satu perjalanan dan ia bukan ke satu destinasi sahaja. Dulu, saya yang mengajar dia; kini, dia yang mengajar saya tentang simpanan saraan, polisi insurans, pelaburan, apa yang perlu dilakukan dengan harta dan sebagainya. Saya suka bagaimana ada percaturan antara pengajaran awal yang saya ajarkan dengan perkara baru yang dia belajar sendiri sepanjang hidupnya.
Saya rasa itulah apa pendidikan kewangan buat kami Balancer: memberi anak kami asas kukuh agar dia dapat berdiri sendiri, dan mempimpinnya tanpa mengongkong.
Kami berusaha untuk ajar anak kami nilai wang dan cara terbaik menggunakannya. Mengetahui bahawa anak kami telah capai keseimbangan ini memberikan kami jaminan bahawa dia sudah bersedia untuk kehidupan.