Pengalaman bersalin jarak anak rapat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah Bersalin Saya

Mempunyai dua orang anak lelaki yang cukup rapat jarak perbezaan umur mereka, hanya selang setahun. Anak pertama aku bersalin secara czer. Pada mulanya aku datang ke hospital sebab kurang gerak baby, selepas tu terus admitted wad sebab Doktor kata kandungan aku dah cukup bulan (waktu tu 37minggu 4hari). Aku pun proceed je lah nak bersalin memandangkan aku dah rasa berat bawak perut. Aku dipaksa bersalin sebab baby taknak keluar, jadi Doktor masuk pil induce sebanyak 3kali. Bila dah buka 4cm baru tolak kat labor room. Contraction makin kuat tapi bukaan tak buka sepenuhnya jadi doctor decide untuk czer memandangkan jantung baby dah lemah.

Itu pengalaman pertama aku bersalin, nak dijadikan cerita bila baby pertama aku baru 5 bulan aku dah disahkan hamil yang kedua. Terkejut dan bersyukur. Nak inform nurse mula-mula tu memang takut, yelah berdasarkan aku baca ramai kata nurse bebel, aku dah lah czer lepastu anak tak cecah setahun lagi dah pregnant balik. Minggu ke 12 baru aku beranikan diri pergi scan untuk confirm kan betul ke aku pregnant. Bila dah confirm terus aku inform nurse tempat aku. Alhamdulillah dia tak marah cuma terkejut jelah. Alhamdulillah sepanjang pregnant kan no 2 ni langsung tak ada sangkut GDM, masa first pregnant aku sangkut GDM, jenuh lah nak ulang-alik KK buat bsp. Baby pun sihat tak ada masalah apa apa. Waktu 36minggu pregnant, aku ada appointment dengan Doktor pakar, yelah sebab sebelum ni czer jadi dia nak scan balik tempat czer aku dah okay ke belum. Alhamdulillah dia Kata aku boleh proceed normal, tapi awal-awal lagi dia dah explain chances kalau aku cuba normal untuk pregnant Kali ini. Aku tekad aku nak cuba normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang bersyukur sangat waktu nak bersalin kan no 2 ni aku dapat bersalin secara normal. Tak masuk ubat. Semua proses datang sendiri. Paling tak boleh lupa waktu dalam lr, baru aku rasa sendiri baby dalam pelukan selepas dilahirkan memang rasa sebak. Sekarang baby pun dah masuk 5 bulan alhamdulillah untuk perjalanan yang indah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

faten asnida